Assalamualaikum dan salam sejahtera buat pembaca2 sekali terutamanya adik2 lepasan SPM. Pada kali ni, sy akan kupaskan kepada adik2 semua tentang 1 kos iaitu Diploma Kejuruteraan Awam. Adakah adik2 tahu apa itu Kejuruteraan Awam ?


Apa itu Kejuruteraan Awam ?
Credit pic : SUMBER

Kejuruteraan Awam ini adalah merupakan bidang kejuruteraan dimana merangkumi kerja-kerja yg melibatkan pembinaan dan pembangunan seperti pembuatan jalan raya, jambatan, rumah, empangan, sistem perparitan, trafik , ukur tanah dan lain-lain lagi.

Apa itu Kejuruteraan Awam ? 


Kali ni kita akan ceritakan tentang Diploma Kejuruteraan Awam yg ditawarkan di Politeknik Malaysia. Bagi adik2 yg berminat untuk mengikuti program pengajian Diploma Kejuruteraan Awam ini, terdapat 15 politeknik yg menawarkan kos kejuruteraan awam ini di seluruh Malaysia. Tempoh pengajian pula adalah selama 3 tahun iaitu 6 semester. Di akhir semester adik2 akan menjalani Latihan Industri (Praktikal) selama 6 bulan sebelum tamat pengajian Diploma Kejuruteraan Awam.


Prospek Kerjaya


Dari segi prospek kerjaya pula, peluang pekerjaan selepas tamat Diploma Kejuruteraan Awam adalah seperti berikut : 

= Penyelia Tapak
= Pembantu Teknik
= Penolong Jurutera
= Kerani Tapak
= Kontraktor Binaan 
= Pembekal Bahan Binaan 

Di Politeknik, adik2 akan diajar tentang pengetahuan teori, kemahiran teknikal dan tingkat laku yg diperlukan dlm bidang ini. Di peringkat pembelajaran pula, adik2 akan didedahkan dengan skop kerja yg sebenar tentang penggunaan bahan dan teknologi, reka bentuk struktur, kaedah binaan, peraturan di tapak bina, keselamatan pekerja, undang-undang, peraturan Pihak Berkuasa Tempatan dan penjagaan alam sekitar. 

Selain itu, kemahiran komunikasi dan kerja berpasukan juga akan diterapkan kepada pelajar-pelajar supaya dapat berkomunikasi dan bekerja secara berpasukan dengan penuh berdedikasi serta bertanggungjawab. Segala kemahiran dan pengetahuan yg diperoleh pelajar ni amat berguna dlm membina kerjaya atau melanjutkan pelajaran dalam bidang kejuruteraan awam ini. Selain di Politeknik, kos ini juga ditawarkan di universiti-universiti awam Malaysia. 

Jika adik2 menyambung ke peringkat Ijazah, adik2 boleh mendapat gelaran Jurutera Awam (Ir). Adik2 perlu menjalani ujian dan proses temuduga yg dijalankan oleh BEM dan IEM. Setelah lulus ujian dan temuduga tersebut, adik2 layak diberi gelaran Ir didepan nama sebagai contoh Ir Lukman.

Peluang pekerjaan juga luas dalam bidang kejuruteraan awam ini. Pekerjaan dalam bidang kejuruteraan awam juga tidak mengira jantina samada lelaki mahupun perempuan.

Sampai disini sahaja, penerangan tentang Kejuruteraan Awam kali ini. Jika terdapat sebarang pertanyaan, adik2 boleh membuat pertanyaan melalui komen atau mesej secara personal. Nukilan perjalanan dari bekas penyelia projek.

Baca Juga : Subjek-Subjek Kos Diploma Kejuruteraan Awam

30 Comments

  1. Boleh saya thu lebih lanjut tentang ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh adik....Bawah ni ada Contact Us..Isi maklumat adik kat situ. Jngn risau akan hubung ke email terus.

      Delete
    2. course ni perlukan bakat dalam melukis ke? atau perlukan bakat yang lain?

      Delete
    3. X pandai melukis pon x apa... Tapi.. Ada subjek lukisan kejuruteraan... X fokus sngt pada melukis ni... Tapi. Kena tahu basic juga la.

      Delete
  2. Blh sya thu lebih lanjut x pasal bidang Ni😭

    ReplyDelete
  3. Jangan risau...ramai ja masuk nanti bukan ada basic Lukisan Kejuruteraan...kacang je...Sem 1 ja belajar LK nih...mudah lulus. Insha Allah.

    ReplyDelete
  4. Anak sya dpt diploma kejuruteraan awam. Adakah ia bagus utk anak sya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ikut kepada anak Puan juga...kos ni x heavy sngt mcm kos2 lain..peluang pekerjaan juga luas dalam sektor swasta cuma peluang pekerjaan dalam kerajaan sahaja terhad.

      Delete
  5. Kalau Saya mau tahu lebih lanjut tentang kejuruteraan awam boleh Tak?
    Sebab Saya baru-baru saja dapat kejuruteraan awam...Saya tak sangka dapat... Kalau boleh Saya nak tahu lebih lanjut

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagi email adik...atau isi platform 'Contact Us' di bawah sekali.

      Delete
    2. boleh saya tau lebih lanjut tak tentang kejuruteraan awam ni

      Delete
  6. Boleh saya tahulebih lanjut tentang peluang pekerjaan dalam kejuruteraan awam?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh isi platform 'Contact ' di bawah sekali untuk dapatkan maklumat dengan lebih lanjut.

      Delete
  7. Kos ni mcm payah x utk get pekerjaan x sbb terlalu ramai graduate civil engeneering skrg

    ReplyDelete
    Replies
    1. Untuk swasta luas ja peluang pekerjaan...cumanya dalam sektor kerajaan la terhad ...ramai calon...kena bersaing.

      Delete
  8. Assalamualaikum..bleh saya tau dengan lebih detail tentang kos ni?

    ReplyDelete
  9. english kene power ke untuk bidang civil engineering ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak perlu pon power sngt....biasa2 pon boleh..:D belajar pon dlm english dan malay..campur2.

      Delete
  10. boleh saya tahu dengan lebih lanjut? lagi lagi dari segi pembelajaran dan kemahiran yang akan dipelajari ?

    ReplyDelete
  11. mcm mana nak contact admin tkda pun kt bawah contact us

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh isi platform 'Contact' di bawah sekali untuk dapatkan maklumat dengan lebih lanjut.

      Delete
  12. Dibawah sekali ada perkataan contact...boleh tekan disitu untuk berhubung dngn admin.

    ReplyDelete
  13. Selalu aktiviti yg diberi dlm individu atau team

    ReplyDelete
  14. Kos course ni mahal sangat ke???

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mcm sy masuk politeknik...x ada la mahal mana 1 sem tu...cuma ambik PTPTN...lebih kepada duit makan ja la...kos ni x banyak duit sngt pon kena keluarkan....

      Delete
  15. Bole says tahu dgn lebih mendalam lgi tntg course kejuruteraan awam ni ?

    ReplyDelete
  16. Boleh saya tau subjek apa ya wajib lulus dan subjek apa yang perlu ambil untuk course ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. https://dakcaii.blogspot.com/2020/06/subjek-subjek-kos-diploma-kejuruteraan.html?showComment=1627028059971#c9159644193801520652


      Copy paste link di atas ...

      Delete

Post a Comment

Previous Post Next Post