Artikel Terkini

Pengalaman Temuduga Pembantu Perawatan Kesihatan 2019

Pengalaman Temuduga Pembantu Perawatan Kesihatan 

Pengalaman Temuduga Pembantu Perawatan Kesihatan 2019
Pengalaman Temuduga Pembantu Perawatan Kesihatan 2019
Credit pic : SUMBER

Assalamualaikum dan salam sejahrera.

Untuk kali ini pula sy nak kongsikan pengalaman temuduga Pembantu Perawatan kesihatan. Ini kali pertama saya telah ditemuduga bagi jawatan Pembantu Perawatan Kesihatan dan kali ke 12 interview SPA ni. Saya baru saja minta jawatan ini pada tahun 2016 dan alhamdulillah 2018 saya melepasi syarat-syarat tapisan. 

Bagi yang belum tahu, Pembantu Perawatan Kesihatan ni dah lama diwujudkan cuma ditukar nama jawatan. Dulu kita panggil Atendan Kesihatan. Untuk Gred Pembantu Perawatan Kesihatan (PKK) ni adalah gred u11. Boleh naik ke gred u14. 

Untuk pengetahuan semua, tahun 2018 adalah tahun pertama ujian online sebelum melangkah ke peringkat temuduga. Jadi, anda semua kena lulus dulu ujian online tersebut.
Dlm ujian tersebut dipanggil Ujian Psikometrik.

Dalam ujian psikometrik ni, anda akan diuji soalan2 maths dan juga soalan berkaitan dengan teori serta psikologi. Dalam ujian ini juga anda kena menjawab dngn jawapan yg positif sahaja. Soalan maths pula bagi sy, anda perlu join group bagi memudahkan proses menjawab nanti. Boleh tngk2 komen di page rasmi SPA. Mesti org kongsikan link2 whatsap group nanti.

Anda x perlu risau...pengalaman sy..join group ni selain dapat mengenal rakan2 baru...kita juga boleh menambahkan ilmu lagi....Insha Allah...sedikit sebanyak dpt memudahkan dlm proses ujian nanti.
Pengalaman Temuduga Pembantu Perawatan Kesihatan 2019

Dan alhamdulillah...sy lulus di peringkat ujian online...so apa yg perlu anda buat adalah anda perlu tunggu email seterusnya dari SPA untuk tahu mengenai tempat dan masa yang akan di temuduga dan anda boleh juga check online di laman rasmi page SPA di Facebook mahupun di web SPA sendiri.


Pengalaman Temuduga Pembantu Perawatan Kesihatan 2019
Ni contoh panggilan temuduga sy pada baru2 ni.

Untuk sesiapa yg baru pertama kali dengar jawatan Pembantu Perawatan Kesihatan ni,
sy akan terangkan sedikit apa itu pembantu perawatan kesihatan ni. 

Tugas ppk ni berbeza mengikut tmpt masing2 sebagai contoh di klinik ataupun hospital.


1. Hospital



 -> Wad 

= Mengemas katil pesakit
= Lap pesakit yang terlantar
= Membantu jururawat


 -> Kecemasan 

 = Menghantar darah ke makmal
 = Mengiringi pesakit ke hospital lain
 = Menghantar pesakit ke wad
 = Menghantar mayat ke bilik mayat (jika ada kematian)

* Tugas ppk di hospital berbeza mengikut unit masing2. 



2. Klinik



 = Mencari file2 pesakit
 = Mendaftar pesakit baru dan lama
 = Mengiringi pesakit ke Hospital

# Skop tugas2 ni diceritakan sendiri oleh beberapa org yg menjawat jawatan tersebut
( Ada banyak lagi..ikutkan nak karang 1 per 1 ...huuhhhh)

Di sini sy akan kongsikan soalan2 yang ditanya kepada sy dan rakan2 pelbagai negeri. Jadi anda boleh prepare soalan2 yg bakal di tanya akan dtg.

- Apakah tugas ppk?
- apakah tugas ppk di kecemasan?
- Apa warna uniform ppk?
- Perbezaan hospital dan klinik?
- Adakah anda merokok?
- Jika anda ditmptkan di bilik mayat, adakah anda sanggup?
- Jika anda ditmptkan di luar daerah atau kawasan pedalaman, adakah anda sanggup?
- Adakah anda sanggup berdepan dengan najis,darah dan nanah?
- Menteri Kesihatan serta timbalannya
- Rukun negara
- Ceritakan diri anda
- Apa kelebihan yg ada pada anda yang x ada pada mana2 calon lain?
- Knpa patot sy ambil anda bekerja?
- Siapa yang banyak bekerja dengan ppk?
- Cara mengatasi jejentik di rumah?
- Jenis kumpulan darah?


Rahsia Lulus Temuduga Kerajaan : > Klik Disini <

Sampai situ sahaja perkongsian sy kali ni kepada anda semua.....bukan semua akan di tanya serentak tau..random soalan ...so anda boleh nampak gambaran sedikit sebanyak tentang soalan2 yg akan ditanya kelak. Soalan2 ni sy kumpulkan dari rakan2 pelbagai negeri. 

Saya berharap dengan perkongsian ini dpt memudahkan anda di hari temuduga nanti dan sy ucapkan selamat maju jaya. 

Baca Juga : Keputusan Temduga Pembantu Pengurusan Murid N19 2019

No comments:

Post a Comment