Artikel Terkini

Tips Mudah Penjimatan Bil Air


Air sangat penting untuk hidup. Banyak aktiviti harian yang memerlukan air untuk melakukannya, Namun jika kita tidak menggunakannya secara berhemah akan terjadinya pembaziran.

Tips Mudah Penjimatan Bil Air

Tips Mudah Penjimatan Bil Air
Tips Mudah Penjimatan Bil Air
Credit pic : SUMBER


Ayuh kita saling menasihati tentang hal ini. Ini juga termasuk dalam usaha mengajak ke arah kebaikan dan mencegah kemungkaran.


1. Mandi menggunakan air yang disimpan di dalam kolah atau baldi.

Tadah air ketika bersabun atau bersyampu.


2. Gunakan tandas yang mempunyai dua pam dalam sistem pengepaman.

Ia hanya menggunakan 6 liter untuk pengepaman sepenuhnya dan 3 liter untuk pengepaman separuh berbanding sistem pengepaman biasa yang menggunakan 10 liter air.


3. Cuci kenderaan hanya apabila benar-benar kotor.

Jika membasuh kenderaan, gunakan air yang ditadah dalam baldi.


4. Membasuh menggunakan tangan

Jika membasuh menggunakan tangan, pastikan pakaiann dibilas dalam baldi, bukan terus dari paip.


5. Cuci pakaian menggunakan mesin basuh hanya apabila muatannya penuh.

Jumlah penggunaan air bagi muatan penuh dan separuh adalah lebih kurang sama sahaja.


6. Tadahan air hujan.

Gunakan untuk membasuh kenderaan, membersihkan laman rumah atau menyiram pokok bunga


No comments:

Post a Comment