Tahukah anda, kerap membuang air kecil sebenarnya turut menentukan tahap kesihatan pundi kencing anda? Lebih sukar lagi, keinginan atau gesaan membuang air kecil bukan sekadar masalah kecil tetapi turut menjadi petanda anda berkemungkinan besar mengalami gejala dikenali pundi kencing terlalu aktif Overeactive Bladder (OAB).


Adakah Kerap Kencing Tanda Penyakit ?


Apa yang dikesali,majoriti mereka yang mengalami masalah kesihatan ini lebih sanggup menderita dalam diam daripada berkongsi dengan rakan-rakan rapat, keluarga mahupun pakar kesihatan. Alasan mereka malu atau menganggap ia sebahagian daripada kesan atau proses peningkatan usia. 


Adakah Kerap Kencing Tanda Penyakit ?
Adakah Kerap Kencing Tanda Penyakit ?
Credit pic : SUMBER


Masalah sukar kawal kencing itu turut menjejaskan kehidupan seharian. Ramai yang salah faham mengenai masalah ini apabila menganggap OAB sesuatu yang lumrah padahal ia sebenarnya boleh dirawat. Tindakan membiarkan masalah itu berlarutan sebaliknya boleh mengundang padah kerana ia menjejaskan kehidupan lelaki dan wanita pada semua peringkat umur.


Silap jika ada yang beranggapan masalah ini cuma dihadapi mereka di peringkat usia lanjut kerana gadiss remaja juga tidak terkecuali. Kajian yang telah dilakukan ke atas wanita di 11 negara di Asia mendapati 53.1 peratus individu berusia di antara 29 hingga 59 dibelenggu masalah tersebut.

Apa puncanya OAB ini ? Ia disebabkan keadaan punci kencing yang terlalu aktif sehingga menyebabkan pesakit perlu kerap ke tandas. Tanda-tanda paling penting OAB ini adalah rasa tersedak untuk buang air kecil, diikuti kekerapan dan perlu bangun sehingga dua kali atau lebih pada waktu siang atau waktu malam untuk kencing.

Bagaimanapun OAB juga wujud pada individu yang mempunyai sistem saraf yang normal. Sebagai contoh jangkitan saluran kencing, batu karang atau ketumbuhan pundi kencing juga boleh menyebabkan aktiviti melampau pada otot 'detrusor' yang membawa gejala OAB. Apapun, punca sebenar yang telah menyebabkan OAB ini masih tidak dapat dipastikan lagi.

Kekerapan bermaksud pesakit OAB berulang je tandas berkali-kali manakala terdesak/gesaan menjelaskan rasa tersedak untuk membuang air kencing yang sukar ditangguh. Antara tanda-tanda ini, kekerapan adalah gejala yang paling penting dalam membuat penilaian OAB. 'Overactive Bladder' adalah penyakit yang disahkan dan boleh dirawat dengan bantuan perubatan moden dan juga tradisional.


SUMBER - Norshida Kamaruddin (Pengamal Perubatan Herba Tradisional Dalam Konteks Sains Dan Perubatan Moden

Post a Comment

Previous Post Next Post