Artikel Terkini

Hukum Bersetubuh Dengan Isteri Ketika Haid


Suami yang benar ialah suami yang menjaga isterinya dari azab neraka dengan mentaati perintah Allah.

Koleksi Soal Jawab Agama

Hukum Bersetubuh Dengan Isteri Ketika Haid
Credit Pic : SUMBER


Soalan : 

Apakah hukum seorang suami bersetubuh isterinya semasa haid ? Jika haram, Apakah yang perlu dilakukan ?

Hukum Bersetubuh Dengan Isteri Ketika Haid


Jawapan : 

Berkenaan dengan soalan yang diajukan, di dalam mazhab Imam Al-Syafie, haram hukumnya seorang suami menyetubuhi isterinya dalam keradaan haid atau keadaan sudah terhentinya darah haid tetapi belum mandi wajib. Ini berdasarkan firman Allah SWT : 
''Dan janganlah kamu hampiri mereka (untuk bersetubuh) sebelum mereka suci.''(Surah Al-Baqarah: 222)

Maka hukumnya adalah berdosa besar bagi seseorang lelaki menyetubuhi isteri ketika haid, secara sengaja, mentehaui hukum haramnya dan tanpa lupa dan dipaksa. As-Sayyid al-Bakri menukilkan kata-kata Syeikh al-Islam Zakariyya al-Anshari dalam Syarh al-Raudh, sebagaimana diharamkan bersetubuh pada akhir waktu haid, diharamkan juga bersetubuh setelah darah haid berhenti atau kering sebelum mandi mengangkat hadas besar.

Menurut jumhur ulama, hukum bersetubuh dengan perempuan yang haid sebelum dia mengangkat hadas sekalipun darahnya sudah kering atau berhenti atau bersih adalah haram sehinggalah dia terlebih dahulu mandi mengangkat hadas besar ataupun bertayamum (pada keadaan sah tayamumnua itu). Begitu juga dengan mubasyarah (menyentuh) kawasan antara pusat dan lutut sehinggalah perempuan tadi mengangkat hadas besar. 

Jika dia tidak mendapati air, maka hendaklah dia bertayamum kerana bertayamum itu bersamaan dengan mandi dalam mengangkat hadas. Secara dasarnya darah haid itu, bukan sahaja menjijikkan kepada orang lain, malah bagi perempuan yang mengalami haid itu sendiri. Oleh itu, tegahan melakukan persetubuhan ketika haid walaupun menggunakan kondom adalah sangat wajar, disamping ia mendatangkan mudarat.

Manakala dari sudut padangan agama, hukumnya adalah haram dan melakukannya dengan sengaja merupakan dosa besar maka hendaklah dia bertaubat kepada Allah sengan sebenar-benar taubat. Suami juga disunatkan membayar kaffarah kepada golongan fakir atau miskin menggunakan mata wang Islam iaitu emas tulen. Ini berdasarkan hadis Ibnu Abbas RA : 
'Jika seorang lelaki menyetubuhu isterinya sedangkan dia sedang haid, jika darahnya berwarna merah maka hendaklah dia bersedekah dengan satu dinar dan jika darahnya berwarna kekuningan maka hendaklah dia bersedekah dengan separuh dinar.' (Riwayat Abu Daud. Al-Hakim mensahihkannya)
Bayaran itu hendaklah dibayar oleh si suami dan bukan si isteri kerana lelaki itu yang menyetubuhi. Begitu juga jika dia bersetubuh apabila berhentinya darah haid tetapi belum mandi, maka keadaan wanita itu dianggap sama seperti yang keluar darah kekuningan. Ertinya, sunat dibayar denda separuh harga dinar. (Rujuk Al-Iqna' oleh Imam Al-Khatib Al-Syarbini (146-147).

Satu dinar adalah 4.25 gram emas dan separuh dinar adalah 2.125 gram. manakala jenis emas yang mempunyai ketulenan yang tinggi adalah 24 karat (24k). Justeru dalam kes di atas, hendaklah si suami bertaubat nasuha atas kesilapan yang dilakukan. Sunat dilakukan solat sunat taubat dan juga membayar kaffarah separuh dinar emas kepada fakir miskin walaupun kepada seorang.

Wallauaklam.


SUMBER

No comments:

Post a Comment