Sekarang dah mula masuk musim kenduri kahwin. Bila kenduri kahwin ni terutamanya kenduri kawan sendiri, mesti feel dia lain macam sikit... Maklumlah umur sebaya, dari kecil membesar sama-sama hingga dewasa. Dah kahwin ni mestilah kena pandai bahagikan masa untuk keluarga sama. 

Hukum Tapau Makanan Di Majlis Kenduri Tanpa Meminta Izin
Hukum Tapau Makanan Di Majlis Kenduri Tanpa Meminta Izin
Credit Pic : SUMBER


Tapi yang  kerap jadi masalah di kenduri terutamanya tapau makanan dari tuan rumah kenduri tanpa meminta izin. Boleh ke? Kalau boleh tapau tu..huh..tak ingat dunia. (bukan semua ya), orang tertentu sahaja.

Hukum Tapau Makanan Di Majlis Kenduri Tanpa Meminta Izin


Koleksi Soal Jawab Agama


Soalan 

Apakah hukum membawa pulang makanan (tapau) ke rumah tanpa meminta izin daripada tuan rumah di majlis perkahwinan?


Jawapan 

Jika tetamu ingin membawa pulang makanan daripada majlis perkahwinan hendaklah mendapat keizinan terlebih dahulu daripada tuan rumah. Jika tidak diizinkan, hukumnya haram. Ini kerana keharusan yang diberikan oleh syara' di dalam majlis perkahwinan adalah makan sahaja, bukan tapau dan dibawa pulang.


Jadi, ingat ya. Kalau teringin lauk kenduri sekalipun, minta izin la dahulu dari tuan rumah. Jangan terus ambil dan bungkus bawa pulang tanpa meminta izin. Tak elok buat begitu.


SUMBER


Baca juga : Cara Khusyuk Dalam Solat


Post a Comment

Previous Post Next Post