Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Pada entri kali ini, saya akan kemukakan keputusan temuduga bagi jawatan Pembantu Perawatan Kesihatan yang telah keluar pada hari ini bertarikh 11.3.2019. 

Pada entri sebelum ini pun saya pernah tulis pasal jawatan ni. Post sebelum ni bertajuk Pengalaman Temuduga Pembantu Perawatan Kesihatan 2019. Fuhh...untuk jawatan 'hot' ini agak mengambil masa yang begitu lama untuk mengumumkan keputusan temuduga dalam 1 bulan lebih juga la. Tarikh temuduga Pembantu Perawatan Kesihatan jatuh pada 14.1.2019. 


Keputusan Temuduga Pembantu Perawatan 2019
Keputusan Temuduga Pembantu Perawatan 2019
Credit pic : SUMBER


Bilangan yang memohon jawatan Pembantu Perawatan Kesihatan pada tahun 2018 adalah seramai 136074 dan yang lulus ujian online serta dipanggil temuduga seramai 13805. Bagi saya jumlah itu adalah yang agak besar. Jumlah untuk mengisi kekosongan jawatan tersebut adalah seramai 2003 orang di seluruh Malaysia. 


Keputusan Temuduga Pembantu Perawatan 2019


Manakala calon simpanan pula seramai 400 orang. Apa yang dapat disimpulkan di sini adalah untuk jawatan PPK kali ni, agak banyak kekosongan dan agak ramai calon yang hebat-hebat bersaing dalam menonjolkan diri masing-masing. Semuanya atas rezeki kita masing-masing.

Ok..baik !! saya semak keputusan tadi pada pukul 4 petang mcm tu la bertarikh 11.3.2019. dan keputusannya adalah seperti berikut : 




Alhamdulillah lulus temuduga bagi jawatan Pembantu Perawatan Kesihatan. Ini kali pertama saya ditemuduga bagi jawatan PPK ni.

Selalunya lepas lulus temuduga, pihak kementerian dan pihak SPA akan hantar surat ke rumah. Kiranya surat lapor diri la. Ambik masa berbulan juga la dalam 2 ke 4 bulan mcm tu. Then, lepas tu...kena ke web SPA, cari pautan pantas kemudian klik muat turun dan download la borang2 yang diminta. Anda x perlu risau, nanti dalam surat yang anda akan dapat tu, akan ada tertulis borang-borang yang perlu download. Tak silap saya 2 borang iaitu borang pemeriksaan kesihatan bagi calon lantikan (medical checkup) dan borang berkanun bagi kegunaan calon lantikan.

So, anda perlu buat medical checkup di mana-mana klinik atau hospital kerajaan. Percuma sahaja jika anda bawa borang lantikan tersebut. Manakala borang akaun tu pula x silap sy kena ke mahkamah, x sampai 10 minit pon ambil cop dan percuma juga jika pamerkan surat tawaran kerja tu. 

Dah settle semua, tunggu la lapor diri kat mana-mana yang di arahkan. Masa lapor diri tu pakai la pakaian macam ke temuduga. Bagi lelaki x nak pakai tie pon x apa. Asalkan baju berkemeja dan berseluar slack biru atau hitam. Jangan lupa bawa borang-borang yang anda dapat dari KKM dan SPA. Tak lupa juga bawa la borang-borang yang anda telah download tersebut.

Buat kawan-kawan yang gagal temuduga. Jangan putus asa dan hilang semangat. Masih ada banyak lagi peluang dan rezeki kerja. Teruskan 'apply' jawatan ini dan juga lain-lain jawatan. Dan buat yang lulus temuduga, selamat bertugas saya ucapkan, Semoga Maju Jaya.


Keputusan Temuduga Pembantu Perawatan 2019
Klik Di Sini

Buat kekawan yang bertanya, adakah saya akan terima lantikan tetap ini ? Jawapan saya, saya minta maaf, saya terpaksa tolak jawatan Pembantu Perawatan Kesihatan ni. Bukan sebab gred atau saya x berminat yang membuatkan saya menolak tawaran ni. 




Saya ada sebab-sebab kukuh yang lain kenapa saya menolak jawatan tersebut. Tak perlu la tahu sebab-sebabnya. Buat calon simpanan, jika rezeki tertulis buat anda, anda tak perlu risau. Insha Allah,rezeki tidak pernah salah alamat.


Baca juga : Pengalaman Temuduga Pembantu Awam SUK Pulau Pinang

10 Comments

  1. Doakan rezeki utk sya calon simpnan ppk u11 tahun ni

    ReplyDelete
  2. Selalunya lepas lulus temuduga, pihak kementerian dan pihak SPA akan hantar surat ke rumah. Kiranya surat lapor diri la. Ambik masa berbulan juga la dalam 2 ke 4 bulan mcm tu. Then, lepas tu...kena ke web SPA, cari pautan pantas kemudian klik muat turun dan download la borang2 yang diminta. Anda x perlu risau, nanti dalam surat yang anda akan dapat tu, akan ada tertulis borang-borang yang perlu download. Tak silap saya 2 borang iaitu borang pemeriksaan kesihatan bagi calon lantikan (medical checkup) dan borang berkanun bagi kegunaan calon lantikan.

    Macamana ye awk tau procedur seterusnya....? suami sy pun dapat. betul ke kene tunggu berbulan lagi untuk dapat penempatan?

    ReplyDelete
  3. hii.. sya dh sediakan borang2 tu yg kna download.. boleh saya tau tarikh lapor diri tu memerlukan proses jugak ke? maksud sya..kalau surat dtang ke rmh dari SPA, dlm surat baru tertulis tarikh lapor diri tu?? mcm tu ke??

    ReplyDelete
  4. Saya juga sama situasi. Menunggu tarikh lapor diri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. samala. sy pun tgh mnunggu tarikh lapor diri jugak. call kkm nak tye psl tarikh lapor diri tak pnh nak jwb call. risau pulak takut borang yg lmbat smpai dari tarikh lapor diri ni.

      Delete
    2. Blh semak dlm kkm portal...semak penempatan

      Delete
  5. salam o haii,, sy nak tnya pasal lapor diri ni. sy dah siapkan smua borang2 tu, cuma sy x tau bila sy kena lapor diri. apa pihak spa or kkm akan telpon ke mcm mna..? trus kerja ke..? ataupon perlu mghadiri kursus terlebih dahulu..?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi.maaf bertanya. penempatan tu awak dapat tahu dari sebelum awak lapor diri atau mcm mana ya

      Delete
  6. Hi, maaf sekadar bertanya.. wkt iv awak ada sertakan sekali tak salinan sijil lahir mak dan ayah. Dan lepas tu kalau tak sertakan, sebelum keluar result lulus tu ada tak pihak spa buat panggilan atau email utk minta dokumen yang x lengkap?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak perlu pun salinan sijil lahir mak atau ayah...just sijil kelahiran sendiri saja..

      Delete

Post a Comment

Previous Post Next Post