Assalamualaikum dan salam sejahtera. Entri untuk kali ni berkaitan dengan Pembantu Setiausaha Pejabat Gred N19. Tahu tak apa itu Pembantu Setiausaha Pejabat ? Skop-skop tugas jawatan tersebut ? ke tau apply ja...hahaha.


Temuduga Pembantu Setiausaha Pejabat N19 2019
Temuduga Pembantu Setiausaha Pejabat N19 2019
Credit Pic : SUMBER


Temuduga Pembantu Setiausaha Pejabat N19 2019



Temuduga Pembantu Setiausaha Pejabat N19 2019
Temuduga Pembantu Setiausaha Pejabat N19 2019
Sekali kali diucapkan kepada yang lulus ujian online dan dipanggil temuduga. Tarikh temuduga akan berlangsung pada 14.4.2019-19.4.2019. So..dalam 5 hari la sesi temuduga. Untuk tempat temuduga selalunya di buat di Bangunan Persekutuan untuk Pulau Pinang la. Komtar pon ada juga tempat temuduga, tapi lebih kepada temuduga SUK Pulau Pinang . 

So, apa yang anda perlu prepare..? Mestilah soalan wajib iaitu skop tugas bagi jawatan ini yang akan ditanya. Pembantu Setiausaha Pejabat ni lebih kepada PA Pengarah. Maksudnya di sini, skop tugas lebih kepada bekerja dengan Pengarah di tempat kerja itu sendiri. Jadi kena pandai la ambik hati dan layan Pengarah dengan baik. Huahuahuaha.



Tugas-Tugas Pembantu Setiausaha Pejabat


- Menguruskan fail atau surat-sulit - maksudnya macam surat-surat yang di hantar ke Pengarah akan melalui PSP ini dahulu. Surat-surat sulit atau surat-surat personal kepada Pengarah.

- Merekod semua fail atau surat keluar masuk. 

-  Membuat salinan dokumen atau surat kepada Pengarah (jika perlu)

- Menguruskan dokumen atau surat-surat yang memerlukan tandatangan Pengarah.

- Mengawal jadual kerja Pengarah seperti temujanji, urusan perjalanan dan aktiviti yang dijadualkan suapaya berjalan dengan lancar.

- Menjaga keselamatan barangan pejabat dan harta benda

- Mengendalikan segala panggilan telefon bagi pihak Pengarah.

- Melayan ke semua tetamu atau rakan sekerja Pengarah yang datang berurusan di pejabat Pengarah walaupun tanpa temujanji.

- Memastikan SKT Pengarah diisi mengikut tempoh yang ditetapkan.


* Kalau susah nak hafal, gubal sikit ayat bagi mudah faham dan hafal. Tak perlu karang panjang-panjang sangat, asalkan mudah difahami.


Bagi saya, jawatan ini ok ja...seronok tengak akak PSP tu buat kerja. Macam tak ada tekanan sangat pon. Andai rezeki anda tertulis buat jawatan ini. Saya just nak ingatkan, paling penting buat yang baru bekerja, sila jaga kehadiran anda ya. Itu yang teramat penting, Benda kedua yang perlu di jaga ialah mutu kerja, buat sesuatu kerja tu perlulah sungguh-sungguh ya. Jangan seperti melepaskan batuk di tangga. PA Pengarah tu cik kak. HAHAHAHA.

Rahsia Mudah Lulus Temuduga Kerajaan > Klik disini <

Tapi jawatan ni lelaki pon ada juga la, cuma x ramai ja. Nisbah dlm 2:20. Jangan pelik pula, andai yang hadir temuduga nanti ada calon lelaki. Akhir kata ..

SEMOGA BERJAYA  !!!!


Baca juga : Persediaan Awal Hadapi Temuduga Kerajaan

5 Comments

  1. insyaallah minggu depan saya akan ke temuduga n19...saya lelaki terkejut tgk nisbah..moga ada rezeki

    ReplyDelete
  2. saya dulu calon simpnan. Sekarang diserap tetap..Tggu tarikh lapor dirI..Nervous jgak sbb pa bos ni lelaki.Mhih i

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah saya saya dah melapor diri di suk negeri sembilan sebagai pembantu setiausaha pejabat,, satu2nya pa lelaki di pntdbiran kerajaan negeri... saya doakan kalian yg menduduki atau iv psp semoga terus berusaha

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post