Austisme ialah berasal daripada perkataan bahasa Greek iaitu 'autos' yang bermaksud sendiri. Dalam konteks ini, ia merujuk kepada seseorang yang hidup dalam dunianya sendiri. 

Adakah Kanak-Kanak Autisme Boleh Normal ?
Adakah Kanak-Kanak Autisme Boleh Normal ?
Credit Pic : SUMBER


Dari sudut perubatan, autisme ialah keadaan di mana interaksi sosial seseorang terganggu akibat masalah kemahiran berkomunikasi, tingkah laku tidak wajar yang berulangan, pemencilan diri serta mempunyai keinginan terhadap terhadap sesuatu benda.


Adakah Kanak-Kanak Autisme Boleh Normal ?



Ciri-Ciri Kanak-Kanak Autisme


Masalah autisme di kalangan kanak-kanak boleh dikesan seawal usia 18 bulan. Antara kemahiran yang mengalami gangguan akibat daripada autisme ialah :


1. Kemahiran Pertuturan Dan Komunikasi

Kanak-kanak autisme mengalami kesukaran untuk memahami percakapan, bertutur dan menyatakan kehendak. Pertuturan mereka mungkin terhad kepada satu patah perkataan. Kebiasaannya mereka membuat bunyi atau perkataan yang tidak bermakna dan tidak boleh difahami (jargon). Kanak-kanak autisme juga dapat mengalami ekolalia iaitu pergulangan perkataan-perkataan yang dituturkan oleh orang lain.


2. Kemahiran Interaksi Sosial

Tidak menunjukkan minat untuk berinteraksi dengan individu lain merupakan ciri utama kesukaran interaksi sosia lkanak-kanak autisme. Mereka sukar untuk bertentangan mata dan tidak menyahut apabila dipanggil. Kanak-kanak autisme sukar bergaul dengan kanak-kanak lain dan sering bermain sendirian.


3. Tingkah Laku Dan Emosi

 Tingkah laku tidak wajar serta berulangan seperti mengibas tangan dan melompat tanpa tujuan merupakan antara ciri-ciri yang terdapat pada kanak-kanak austime. Terdapat juga kanak-kanak autisme yang mencederakan diri sendiri dengan mengigit dan menghantuk kepala ke dinding. Mereka juga boleh menunjukkan emosi seperti ketawa, menangis dan menjerit seorang diri tanpa sebab.


4. Sensori Atau Sentuhan Fizikal

Terdapat kanak-kanak autisme yang sensetif kepada bunyi bising, sentuhan dan rasa. Mereka juga mungkin mempunyai tabiat menjilat, memasukkan barang ke dalam mulut, mengigit atau mencium sesuatu. Kebanyakan kanak-kanak autisme tidak suka disentuh, dipegang atau dipeluk. Ada juga di antara mereka yang memilih makanan kerana masalah sensori badan dan bahagian mulut.


5. Kemahiran Kognitif

Kanak-kanak autisme sering dikaitkan dengan perkembangan kognitif yang lewat berbanding kanak-kanak usia sebaya. Kebanyakannya mempunyai tahap IQ yang lebih rendah berbanding kanak-kanak normal. Hal ini menyebabkan terdapat kanak-kanak autisme yang sukar memahami konsep-konsep tertentu terutamanya konsep abstrak seperti emosi.


6. Kemahiran Bermain

Kanak-kanak autisme tidka memahami konsep bermain secara betul. Mereka sering membaling mainan, memasukkan mainan ke dalam mulut dan kadang kala merosakkannya. Mereka mempunyai minat yang terhad kepada alat mainan dna sering bermain dengan mainan yang sama berulang kali.



Rawatan Autisme


Dari sudut perubatan, maish belum terdapat ubat yang boleh merawat autisme. Kanak-kanak autisme memerlukan rawatan multidisiplin atau terapi yang melibatkan pelbagai pakar dari bidang yang berbeza. Ini bagi membantu mereka mengatasi masalah yang berkaitan dengan kelewatan perkembangan.

Tetapi dapat membantu mereka untuk mendapat kemahiran yang diperlukan bagi membolehkan mereka mengurus diri, belajar dan berkomunikasi dengan orang lain. Antara terapi yang penting untuk kanak-kanak autisme adalah terapi pertuturan bahasa dan terapi carakerja.



Terapi Tertuturan - Bahasa


Terapi pertuturan - bahasa diberikan oleh Pengawai pemulihan Perubatan (Pertuturan) atau Terapis Pertuturan -Bahasa. Terapi ini diberikan kepada kanak-kanak autisme bagi membantu kemahiran bahasa, pertuturan dan komunikasi. Matlamat terapi yang diberikan adalah untuk mengoptimumkan fungsi komunikasi kanak-kanak autisme.


Terapi pertuturan-bahasa bagi kanak-kanak autisme merangkumi : 

- Penilaian bahasa, pertuturan dan komunikasi

- Terapi bahasa, pertuturan dan komunikasi

- Terapi bahasa, pertuturan dan komukasi

- Penggunaan Komunikasi Augmentatif dan Alternatif



1. Penilaian Bahasa, Pertuturan Dan Komunikasi


Penilaian dijalankan bagi mengetahui tahap kemahiran bahasa, pertuturan dan komunikasi kanak-kanak autisme. Berdasarkan hasil penilaian, Terapis Pertuturan-Bahasa membuat diagnosis kemahiran bahasa, pertuturan dan komunikasi serta berbincang dengan ibu bapa / penjaga mengenai matlamat terapi yang dijalankan.



2. Terapi Bahasa, Pertuturan Dan Komunikasi


Terapi yang dijalankan mengikut matlamat yang telah dibincangkan bersama-sama ibu bapa / penjaga. Antara matlamat terapi yang penting bagi kanak-kanak autisme ialah : 

- Meningkatkan kemahiran awal pertuturan (Latih Kemahiran Awal Pertuturan)

- Meningkatkan kemahiran pemahaman bahasa dan pertuturan (Tips supaya anak pandai bercakap, seronoknya bercakap dengan anak dan bagaimana kanak-kanak belajar bercakap)

- Meningkankan kemahiran bermain (Bermainlah dengan anak anda bagi menggalakkan perkembangan pertuturan dan bahasa mereka)



3. Penggunaan Komukasi Augmentatif dan Alternatif (AAC)


Sebahagian besar kanak-kanak autisme memerlukan Komunikasi Augmentatif dan Alternatif bagi membantu mereka berkomunikasi dan menyatakan kehendak. Kaedah AAC amat membantu kanak-kanak autisme yang tidak boleh bercakap atau mempunyai pertuturan yang terhad. Antara kaedah AAC yang sering digunakan dalam membantu kanak-kanak autisme adalah komunikasi bergambar atau Picture Exchange Communication System (PECS). 



Kesimpulan


Kesimpulannya, terapi eprtuturan-bahasa yang diberikan kepada kanak-kanak autisme bertujuan untuk memastikan mereka mendapat kemahiran yang sewajarnya bagi membolehkan mereka berkomunikasi dengan individu lain pada tahap yang optimum. 

Ini boleh mengurangkan ciri-ciri autisme yang terdapat pada kanak-kanak. Kanak-kanak autisme pada tahap ringan berpeluang untuk mencapai tahap perkembangan normal seperti kanak-kanak lain sekiranya mendapat rawatan multidisiplin seawal usia dua hingga tiga tahun. Kanak-kanak autisme pada tahap sederhana dan teruk pula, kebiasaannya adalah sukar untuk mencapai tahap perkembangan normal.


SUMBER


Baca juga : Adakah Kerap Kencing Tanda Penyakit ?

Post a Comment

Previous Post Next Post