Artikel Terkini

Benarkah Iblis Berasal Daripada Malaikat ?


Menurut al-Quran, Allah swt mencipta jin daripada api yang panas. Berbeza dengan pula dengan malaikat yang Allah ciptakan daripada cahaya. 

Benarkah Iblis Berasal Daripada Malaikat ?
Benarkah Iblis Berasal Daripada Malaikat ?
Credit Pic : SUMBER


Allah juga menjelaskan bahawa Dia menciptakan jin dan malaikat lebih dahulu daripada manusia. Tetapi tidak diketahui secara terperinci jarak waktunya antara dua penciptaan itu.

Koleksi Soal Jawab Agama

Benarkah Iblis Berasal Daripada Malaikat ? 

Soalan :


Adakah iblis berasal daripada malaikat seperti yang dinyatakan dalam ayat 34 daripada Surah al-Baqarah ?


Jawapan : 


'Maka sujudlah mereka, kecuali si iblis', lantas mereka semua sujud kecuali iblis. Ulama menyembur pengecualian ini ditafsirkan dengan dua pendapat : 

- Iaitu termasuk dari jenis yang sama berdasarkan pendapat ini, iblis termasuk di kalangan malaikat seperti pendapat Ibn Mas'ud dalam satu riwayat dan Ibn Abbas kecuali ianya ditukar rupa oleh Allah menjadi syaitan.

- Ia bukan jenis malaikat tetapi jenis daripada jin. Inilah pendapat hasan al-Basri dan al-Zuhri.


Justeru, jadilah pengecualian sebagai pengecualian yang putus. Kami meyokong pendapat kedua berdasarkan ayat al-Quran yang lain, dalam surah al-Kahfi, ayat 50 yang bermaksud :
Dan (ingatlah peristiwa) ketika kami berfirman kepada malaikat: 'Sujudlah kamu kepada Adam.' lalu mereka sujud melainkan iblis, ia adalah berasal dari golongan jin lalu ia menderhaka terhadap perintah Tuhannya. Oleh itu, patutkah kamu hendak menjadikan Iblis dan keturunannya sebagai sahabat-sahabat baik yang menjadi pemimpin selain daripadaku ? Sedangkan mereka itu ialah musuh bagi kamu. Amatlah buruk bagi orang-orang yang zalim iaitu pengganti yang mereka pilih itu. (Surah al-Kahfi :50)

Perkataan Iblis seperti yang dicatatkan oleh Ibn al-Jauzi mempunyai dua pendapat :

- Ia adalah isim a'jam (bukan nama bahasa arab) yang tida musytaq dengan sebab itulah ia tidak di tasrif. Inilah pendapat Abu Ubaidah, al-Zajjaj dan juga Ibn al-Anbari.

- Ia musytaq daripada perkataan Iblas iaitu putus asa, inilah yang diriwayatkan daripada Abi Soleh dan telah disebut oleh Ibn Qutaibah.



Kesimpulan (Datuk Dr. Zulkifli bin Mohamad al-Bakri = Mufti Wilayah Persekutuan)


Saya lebih cenderung kepada pendapat bahawa ia daripada kalangan jin dan bukan dari kalangan malaikay kerana nas Ilahi yang juga sebab kejadian : 

- Malaikat dijadikan daripada nur yakni cahaya
- Iblis atau jin diciptakan daripada nar iaitu api.


SUMBER

Baca juga : Cara Khusyuk Dalam Solat

No comments:

Post a Comment