Artikel Terkini

Hukum Mengambil Wudhuk Dalam Keadaan Tidak Berpakaian


Dari segi bahasa, wuduk ialah nama bagi sesuatu perbuatan menggunakan air pada anggota tertentu. Suruhan untuk menutup aurat ketika mengambil wuduk tidak ada dinyatakan sebagai satu perkara wajib atau sunat untuk dilakukan.

Hukum Mengambil Wudhuk Dalam Keadaan Tidak Berpakaian
Hukum Mengambil Wudhuk Dalam Keadaan Tidak Berpakaian
Credit Pic : SUMBER


Bagaimanapun, dalam bab mandi ada dinyatakan menutup aurat adalah satu daripada perkara sunat. (Rujuk kitab al-Taqrirat al-Sadidah fi a;-Masail al-Mufidah, m/s 120)

Hukum Mengambil Wudhuk Dalam Keadaan Tidak Berpakaian


Namun begitu, ia berlainan pada keadaan mengambil wuduk atau mandi tanpa pakaian di tanpa awam. Hukumya wajib menutup aurat ketika mengambil wuduk.

Ini berdasarkan hadi Nabi SAW yang bermaksud : Lelaki tidak boleh melihat aurat lelaki dan begitu juga wanita tidak boleh melihat aurat wanita. (Hadis riwayat Muslim)

Dalam sebuah hadis lagi, daripada Muawiyah bin Haidah, beliau berkata, saya bertanya : Wahai Nabi Allah, aurat kita manakah yang harus kita tutup dan manakah yang boleh kita nampakkan?'' Nabi menjawab : Jagalah auratmu kecuali terhadap isterimu atau hamba wanitamu.''

Saya bertanya : Jika lelaki bersama lelaki ? '' Nabi menjawab : Jika engkau mampu agar auratmu tidak dilihat oleh sesiapa maka (usahakan) jangan sampai ada orang yang boleh melihatnya.

Saya bertanya : Wahai Nabi Allah, jika berada dalam keadaan bersendirian ? '' Nabi menjawab : Allah lebih berhak baginya untuk malu terhadapNya daripada (malu) terhadap manusia. (Hadi riwayat al-Tirmidzi :No 2769)

Menurut mazhab syafie, wajib kepada seseorang Muslim yang berada dalam keadaan bersendirian dan di tempat tertutup untuk menutup aurat.

Pandangan itu juga disokong daripada kalangan Hanafi dan Hanbali manakala ulama mazhab Maliki menyatakan, ssunat untuk menutup aurat ketika berada dalam keadaan bersendirian dan di tempat tertutup. (Rujuk kitab Mausuah Fiqhiyah quwaitiyah, 24/176)

Namun begitu, dibenarkan seseorang untuk tidak menutup aurat ketika bersendirian dengan syarat perlu disertakan dengan hajat seperti mandi atau menyejukkan badan. (Rujuk kitab Mughni Muhtaj, m/s 185)

Jesteru, dalam keadaan tidak memakai pakaian ketika wuduk adalah sah, tetapi tidaklah dilakukan di tempat terbuka atau dilihat orang lain. Begitu juga sepatutnya seorang Muslim hendaklah menjaga maruahnya dan tidak mendedahkan aib diri sendiri di hadapan orang lain Walaupun sah wuduknya tetapi dia berdosa kerana mendedahkan aurat kepada orang yang haram melihatnya. 

Bahkan Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud : Malu itu sebahagian daripada Iman. (Hadis Riwayat Bukhari - no 24)

Allah lebih berhak baginya untuk malu terhadapNya daripada (malu) terhadap manusia. (Hadis riwayat al-Tirmidzi - no 2769)

Walaupun tidak dinyatakan sebagai perkara sunat atau wajib menutup aurat ketika mengambil wuduk, lebih baik dan utama untuk menutup aurat seperti yang disunatkan ketika mandi.


SUMBER


Baca juga : Adakah Air Liur Itu Najis?


No comments:

Post a Comment