Artikel Terkini

Adakah Kerap Upload Gambar Di Media Sosial Petanda Kurang Bahagia ?


Menurut pakar, pasangan yang kelihatan sering update status yang menunjukkan  saling bergurauan sesama sendiri di media sosial, sering berkongsi komen dan selfie diri sendiri walaupun berada dalam situasi yang biasa-biasa sahaja, mungkin bermaksud untuk menyembunyikan hubungan mereka yang agak tidak stabil.

Adakah Kerap Upload Gambar Di Media Sosial Petanda Kurang Bahagia ?
Adakah Kerap Upload Gambar Di Media Sosial Petanda Kurang Bahagia ?
Credit Picture : SUMBER 

Nikki Goldstein, pakar perhubungan dan seksologi dari Australia menyatakan bahawa pasangan yang kerap memuat naik status di media sosial selalunya mengharapkan tanggapan yang baik daripada orang luar tentang hubungan mereka.

Adakah Kerap Upload Gambar Di Media Sosial Petanda Kurang Bahagia ? 


Kebiasaannya, individu yang sering membuat posting itu adalah mereka yang mahu kelihatan bahagia di mata orang lain di media sosial tetapi hakikatnya lakonan bahagia. Jumlah like dan comment yang banyak memberi kelagaan kepada individu ini. Mereka sepertinya cuba membuktikan betapa bahagianya hubungan mereka dimata orang lain. Tapi hakikatnya hubungan mereka agak tidak stabil.

Goldstein juga berpendapat pasangan yang cenderung untuk mengambil gambar antara satu sama lain dan segera memuat naiknya ke Instagram adalah pasangan yang sering ‘hilang’ serta tidak dapat menghayati momen bersama pasangan.

Seseorang individu yang terlalu fokus mengambil selfie, kemudian mengaplikasikan filter terbaik dan meletakkan hashtag yang pelbagai sebenarnya terlepas momen indah yang berlaku disekelilingnya. Bukankah tujuan asal mengambil gambar itu adalah untuk merakamkan kenangan indah untuk dikenang semula satu hari nanti?

Pasangan masa kini lebih gemar merakamkan gambar dan terus memuat naik di media sosial dan sentiasa memerhatikan jumlah like dan comment yang diperolehi dari masa ke semasa.

Berswafoto atau berselfie juga dikaitkan dengan individu yang bangga dengan diri sendiri, mengharapkan pujian orang ramai. Betul ke ?


Hati-hatilah dalam berselfie iya. Berselfie itu tak salah namun biarlah berpada-pada dan janganlah sehingga memudaratkan diri sendiri mahupun mengabaikan sensitiviti. 


SUMBER

Baca Juga : Perkara Yang Nampak Remeh Tetapi Mampu Membuat Orang Sekeliling Senang Hati

No comments:

Post a Comment