Setiap individu memerlukan jumlah makanan yang berbeza mengikut jantina, umur serta aktiviti yang dilakukan. Justeru itu, sekiranya seseorang indvidu itu makan dengan kuantiti yang lebih daripada sepatutnya iaitu tidak bersesuaian dengan jantina, umur dan aktiviti seharian akan membawa kepada kemudaratan kesihatan diri seseorang. 

Cara Terbaik Mengurangkan Nafsu Makan
Cara Terbaik Mengurangkan Nafsu Makan
Credit Pic : SUMBER

Cara makan ini lebih merujuk kepada makan menurut kehendak atau keinginan dan bukan lagi mengikut keperluan yang sewajarnya.

Cara Terbaik Mengurangkan Nafsu Makan 


Contoh gejala makan berlebihan yang perlu diberi perhatian adalah :

Makan Tidak Ikut Waktu

Makan ketika tidak rasa lapar. Individu ini selalu akan makan walaupun perut tidak lapar dan tidak mengikut waktu yang sepatutnya. Individu ini makan kerana ingin memuaskan nafsu makan sahaja dan tidak dapat menerapkan dalam diri dan mendisiplinkan diri berkaitan waktu makan yang betul dan sesuai.


Pengambilan Lemak Terlalu Banyak

Individu ini mengambil makanan yang banyak mengandungi lemak dalam pemakanan seharian. Antara makanan yang mengandungi lemak yang banyak seperti mayonis, kekacang, mentega kacang, kerepek kentang, keju dan daging merah.


Makan Tidak Ikut Keperluan Badan

Individu yang tidak dapat mengawal nafsu makan seringkali akan terus mengunyah makanan walaupun tubuh badannya telah memberikan tanda kekenyangan. Tanda kekenyangan tersebut sering diabaikan kerana keinginan terhadap makanan yang amat tinggi dan tidak dapat dibendung lagi.


Menghadapi Tekanan Dengan Cara Makan

Terdapat pelbagai kaedah bagi mengendalikan atau menguruskan tekanan dalam hidup. Bagaimanapan terdapat individu yang memilih untuk makan sebagai kaedah atau cara untuk menguruskan dan mengendalikan tekanan yang dihadapi.

Ini boleh membawa kepada makan secara berlebihan kerana ia tidak lagi mengikut waktu makan dan jumlah makanan yang sesuai bagi setiap individu.


Melewatkan Waktu Makan

Melewatkan waktu makan adalah salah satu ciri orang yang suka makan berlebihan. Individu ini kebiasaannya akan melewatkan waktu makan yang penting seperti  pengambilan sarapan pagi.

Pengambilaan makanan yang berlebihan ini menyebabkan perut anda yang tadinya kosong akan dipenuhi dengan makanan yang banyak pada satu masa yang singkat dan ini akan membebankan sistem pencernaan perut.

Akibat Tidak Mengawal Nafsu Makan

Berat Badan Berlebihan

Pemakanan yang sihat amat penting untuk tubuh manusia. Diet pemakanan yang sihat membantu tubuh kita untuk mendapat tenaga dan melakukan aktiviti fizikal dengan selesa. Bagaimanapun pengambilan makanan secara tidak sihat dan berlebihan boleh menyebabkan pengumpulan lemak berlebihan dalam tubuh kita. Ini membawa kepada berat badan berlebihan atau obesiti.

Mudah Mendapat Penyakit Tidak Berjangkit

Gagal mengawal nafsu makan boleh menyebabkan seseorang individu mempunyai risiko yang tinggi untuk mendapat masalah kesihatan yang serius. Antara masalah kesihatan tersebut ialah diabetes mellitus (kencing manis), tekanan darah tinggi, strok (angin ahmar), penyakit kardioviskular (berkaitan dengan jantung), paras kolesterol yang tinggi, sukar bernafas dan penyakit hati.


Masalah Kewangan

Bagi individu yang mengamalkan makan mengikut nafsu, dia tidak pernah mendapat  kepuasan hakiki kerana lebih banyak dimakan, perasaan puas semakin tidak dirasai. Oleh itu, nafsu makan jika semakin dituruti, lebih banyak keburukan yang timbul. Hakikatnya, makan berlebihan bukan saja mendatangkan masalah kepada kesihatan, tetapi juga kewangan.

Cara Mengawal Nafsu Makan

Minum Air

Minum air sentiasa dapat membantu bagi memudahkan penghadaman dan pembuangan air kecil dan besar. Setiap individu digalakkan unuk minum air sebelum mengambil makanan berat. Kekerapan minum air akan membuatkan anda sentiasa kenyang dan  membantu anda untuk mengurangkan pengambilan makanan dan minuman manis.


Makan Buah sebelum Makan Makanan Berat

Buah-buahan amat baik untuk kesihatan kerana di dalam buah-buahan terdapat serat yang membantu proses penghadaman dan membantu mengurangkan pengambilan kalori dalam makanan berat. Pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran segar yang kaya dengan kandungan serat dan tinggi kandungan airnya boleh dijadikan sebagai snek sehari-hari terutamanya ketika perut anda terasa lapar.


Kurangkan Makanan dan Minuman Manis

Makanan dan minuman manis berpotensi untuk menaikkan kadar insulin dalam tubuh anda. Kenaikan kadar insulin ini boleh menyebabkan anda cenderung untuk makan berlebihan. Makanan dan minuman manis juga selalunya mempunyai kalori yang tinggi dan menjadikan anda lebih bernafsu untuk makan lebih.


Mengunyah Berulang Kali

Amalan mengunyah makanan berulang kali adalah baik untuk membantu proses penghadaman makanan tersebut. Sebenarnya apabila kita mengunyah sehingga lumat, barulah nikmat makanan tersebut dirasai.

Orang gemuk mengunyah dengan bilangan yang paling sedikit manakala orang yang badannya normal mengunyah lebih lama. Mengunyah berulang kali membuatkan perut menjadi cepat kenyang dan membantu mengurangkan berat badan.


Uruskan dan Kendalikan Tekanan Dengan Lebih Bijak

Tekanan merupakan salah satu dugaan dalam kehidupan setiap manusia. Terdapat pelbagai kaedah dan cara bagi menghadapi tekanan ini. Tindakan mengambil makanan secara berlebihan sebagai satu kaedah untuk menghadapi tekanan adalah satu tindakan yang kurang bijak dan sebaliknya membawa kepada lebih banyak tekanan dan masalah. Bertindak secara positif bagi menghadapi tekanan seperti beriadah, berfikir positif, berkongsi perasaan dan belajar cara penyelesaian masalah.


Makan Makanan Bersumberkan Protein

Pengambilan makanan yang mengandungi protein adalah lebih mengenyangkan. Ia boleh membantu dalam pengawalan nafsu makan kerana protein juga terdiri daripada makanan yang enak. 

Anda disarankan untuk mengambil makanan yang mempunyai sumber protein yang asli seperti daging ayam, agar dapat mengelak daripada pengambilan kalori berlebihan dan lemak tepu.


Makan Sebelum Lapar dan Berhenti Sebelum Kenyang

Rasa lapar yang keterlaluan menyebabkan anda cenderung untuk makan melebihi kuantiti yang sepatutnya. Nafsu makan juga akan melonjak pada ketika ini dan mendorong anda untuk membuat pilihan yang salah dalam diet pemakanan anda. Anda dinasihatkan makan sebelum perut benar-benar lapar. dan berhenti sebelum perut benar-benar kenyang dan penuh sehingga menyukarkan pergerakan.


SUMBER

Baca Juga : Apa Perlu Buat Jika Datang Bulan Buat Kali Pertama ?

Post a Comment

Previous Post Next Post