Artikel Terkini

Benarkah Perkahwinan Dapat Mengelakkan Seseorang Itu Menjadi Nyanyuk


Perkahwinan telah terbukti boleh mengelakkan kemurungan, mengurangkan stress yang berlebihan dan juga membantu dalam memanjangkan umur seseorang.

Benarkah Perkahwinan Dapat Mengelakkan Seseorang Itu Menjadi Nyanyuk
Benarkah Perkahwinan Dapat Mengelakkan Seseorang Itu Menjadi Nyanyuk
Credit Pic : SUMBER

Kajian terkini pula menunjukkan bahawa berkahwin boleh mengelakkan seseorang itu daripada mengalami dementia iaitu (Nyanyuk).

Benarkah Perkahwinan Dapat Mengelakkan Seseorang Itu Menjadi Nyanyuk


Dementia adalah sindrom dimana terdapat kemerosotan dalam fungsi berfikir, mengingat sehingga mana ia mengganggu kegiatan harian seperti mandi, makan, menguruskan diri dan sebagainya.

Mereka yang berkahwin mempunyai kebarangkalian yang rendah untuk mengalami penyakit yang dikatakan ini berbanding mereka yang telah bercerai, menjadi balu ataupun tidak pernah masuk ke dalam alam perkahwinan langsung.

Malah perkahwinan juga lebih terbukti melindungi daripada mereka yang mengamalkan ‘Cohabitation’ iaitu duduk dalam rumah yang sama, melakukan hubungan seks tetapi tidak berkahwin.

Mereka yang bercerai pula adalah 2 kali ganda lebih tinggi kebarangkalian untuk mengalami masalah mental berbanding mereka yang menjadi pasangan suami isteri.

Dan lelaki yang bercerai pula mempunyai kebarangkalian yang lebih tinggi menghadapi masalah ini berbanding wanita.

Dalam kajian ini, mereka melakukan pemantauan pada 15,000 peserta kajian yang berumur 52 tahun ke atas. Pada ketika itu, peserta tidak menunjukkan sebarang simptom dementia pada permulaan kajian. Selepas 14 tahun, mereka ditemuramah untuk mengukur fungsi kognitif dan mental mereka.

Mereka yang hidup berpasangan mempunyai risiko dementia yang rendah disebabkan
mereka sentiasa berinteraksi antara satu sama lain, berbincang dan sebagainya membuatkan korteks otak pasangan tersebut sentiasa mendapat stimulasi dan melindunginya daripada mengalami dementia.

Ia bukanlah bermaksud perkahwinan tersebut akan bebas 100% daripada stress, tetapi kelebihannya adalah terdapat jalinan perhubungan di situ yang akan mengurangkan risiko berlakunya masalah mental yang kita sebutkan diatas.

Bahkan diantara pasangan juga akan membantu pasangan masing-masing terutamanya memberikan sokongan emosi yang akan membantu mereka.

Kajian ini tidaklah merendah-rendahkan mereka yang masih lagi tidak berkahwin. Ia mungkin disebabkan jodohnya belum sampai.


SUMBER


Baca Juga :  Tips Mengenalpasti Seseorang Itu Ikhlas Dalam Suatu Perhubungan

No comments:

Post a Comment