Artikel Terkini

Bahaya Leher Pendek Akibat Dari Kegemukan


Obstructive Sleep Apnoea (OSA) atau apnea tidur ini adalah keadaan dimana pesakit berhenti bernafas dengan kerap ketika tidur.

Bahaya Leher Pendek Akibat Dari Kegemukan
Bahaya Leher Pendek Akibat Dari Kegemukan
Credit Pic : SUMBER 

Tanpa sedar, tabiat berdengkur akan mengganggu orang yang tidur disebelah pelaku dan bukan pelaku sendiri. Namun, jika anda rasa diri anda sendiri atau pasangan anda mengalami smptom-simptom yang berikut, anda mungkin perlu lebih risau.

Bahaya Leher Pendek Akibat Dari Kegemukan 


Obstructive Sleep Apnoea (OSA) atau apnea tidur ini adalah keadaan dimana pesakit berhenti bernafas dengan kerap ketika tidur.

Masalah ini merupakan masalah yang agak serius yang boleh menjejaskan sistem pernafasan pesakit dan secara tidak langsung mengganggu tidur mereka. Sekiranya tidak dirawat, pesakit berisiko untuk mendapat tekanan darah tinggi, serangan jantung dan angin ahmar.

Antara simptom-simptom yang dikaitkan dengan OSA ini adalah :

Berdengkur dengan kuat
Mengantuk pada siang hari
Nafas terhenti buat seketika ketika tidur
Kerap berubah posisi semasa tidur
Rasa lemas ketika tidur
Sakit kepala di waktu pagi


Antara kebarangkalian punca penyakit ini adalah :

Masalah kegemukan yang menyebabkan leher menjadi pendek dan besar selain dagu yang bersaiz kecil
Mempunyai tonsil yang besar di bahagian tekak
Bentuk batang hidung yang bengkok
Bahagian dalam hidung yang bengkak dan lelangit yang lembu
Pengambilan alkohol juga boleh menyebabkan otot di bahagian tekak kendur serta menghalang otak daripada bertindak kepada masalah yang berpunca daripada tidur
Tabiat merokok
Pengambilan ubat tidur

Dari segi rawatan, antara langkah semula jadi yang boleh diambil oleh pesakit ialah dengan penurunan berat badan dan disarankan sebanyak 10%. Selain daripada itu, penjagaan postur tidur yang baik dapat menyumbang kepada pengurangan simptom apnea tidur.

Pembedahan dan juga alatan medikasi boleh digunakan bagi mengelakkan tidur apnea anda daripada menjadi lebih kronik.

Pengekalan dan penjagaan gaya hidup yang sihat menjadi kontributor utama dalam pengawalan apnea tidur ini.

SUMBER

Baca Juga : Apa Itu Sebenarnya Penyakit Autoimun?

No comments:

Post a Comment