Memandangkan hari demi hari menunjukkan adanya peningkatan Covid-19 di kalangan masyarakat, tentu ramai di antara kita tertanya-tanya, apakah petanda-petanda awal kita sudah dijangkiti virus yang belum ada penawarnya ini?

Bagaimana Hendak Tahu Jika Kita Telah Dijangkiti Covid-19?
Bagaimana Hendak Tahu Jika Kita Telah Dijangkiti Covid-19?
Credit Pic : SUMBER


Untuk pengetahuan korang, memandangkan kita tidak tahu siapa sudah dijangkiti kerana mungkin mereka telah travel ke negara-negara yang terjejas, tanda-tanda awal yang boleh dikesan kalau seseorang itu dijangkiti Covid-19 ialah mereka akan mengalami selesema, demam, sakit kepala, merasa tidak enak badan dan juga batuk kering. 

Bagaimana Hendak Tahu Jika Kita Telah Dijangkiti Covid-19?


Namun dari hari ke hari gejalanya mulai berbeza mengikut daya tahan pesakit sendiri. Ada jangkitan boleh berubah kepada  bronchitis dan pneumonia (disebabkan oleh COVID-19 )


Ini tanda hari ke hari :-

Hari Pertama :– Pesakit akan mengalami demam yang disertai dengan rasa sakit pada otot dan alami batuk kering. Sebahagian dari pesakit akan alami diare (cirit birit) atau mula pada gejala awalnya.

Hari ke lima :- Pesakit akan mula mengalami kesukaran bernafas. Lebih teruk lagi jika sudah agak berusia dan memiliki sejarah penyakit yang pernah dihidapi sebelumnya.

Hari ke tujuh :- Menurut penelitian dari Universiti Wuhan (tempat pertama dikesan wabak ini), rata-rata pesakit akan mulia dirawat di Hospital pada hari ketujuh selepas mengalami tanda-tanda awal tadi.

Hari ke lapan :-  Menurut Pusat Pengendalian dan Pencegahan Penyakit China (CCDC), sekitar 15 peratus orang yang mengalami gejala teruk akibat infeksi Covid-19, akan terkena sindrim gangguan pernafasan akut (ADRS). Penyakit ini akan menyerang akibat terkumpulnya cairan di bahagian paru-paru.

Hari ke -10 :- Umumnya bagi pesakit yang gejalanya kian teruk akan mengalami rasa sakit di perut dan keinginan untuk makan tiada berbanding mereka yang mengalami gejala tanda yang lebih ringan.

Hari Ke -17 :- Rata-rata pesakit yang sembuh dari Covid-19 akan dikeluarkan dari hospital setelah dirawat selama dua minggu setengah.


Cara Menghidari Agar Tidak Terjangkit Virus Corona


Diambil dari laman web rasmi World Health Organization (WHO), langkah percegahan virus ini dapat dilakukan dengan beberapa langkah. Antaranya ialah :

- Rajin bersihkan dan mencuci tangan

- Menutup mulut dan hidung ketika anda bersin atau batuk

- Elakkan makan telur dan daging mentah

- Menjauhi orang yang disyaki mengalami gejala ini dan elakkan mengunjungi tempat tumpuan ramai

Bagi yang ada alami tanda-tanda di atas, jangan berlengah lagi jalani pemeriksaan di hospital atau klinik agar wabak ini dapat menghindari dan kita tidak menjangkiti kepada individu lain.

SUMBER

Baca Juga : Apa Itu Sebenarnya Penyakit Autoimun?

Post a Comment

Previous Post Next Post