Artikel Terkini

Cara Mudah Bagi Melatih Bayi Anda Untuk Tidur Sepanjang Malam


Bagaimana mahu melatih bayi anda untuk tidur sepanjang malam ?

Saya tidak menafikan bahawa sesetengah bayi mudah tidur dan akan tidur sepanjang malam seawal usia lapan minggu. Namun kebanyakan bayi belum boleh melakukan sebegini sehingga mereka berusia lima atau enam bulan, atau mungkin lebih lewat dari itu. 


Cara Mudah Bagi Melatih Bayi Anda Untuk Tidur Sepanjang Malam
Cara Mudah Bagi Melatih Bayi Anda Untuk Tidur Sepanjang Malam
Credit Pic : SUMBER


Jadi sebagai ibu bapa seharusnya banyakkan bersabar. Jika mahu bayi tidur sepanjang malam, anda boleh membantu anak anda tabiat tidur yang baik seawal mungkin.

Cara Mudah Bagi Melatih Bayi Anda Untuk Tidur Sepanjang Malam 


Antaranya ialah :

1. BELAJAR MENGENAL TANDA-TANDA YANG MENUNJUKKAN BAYI SUDAH LETIH DAN MEMAHAMI POLA CARA TIDUR ANAK.

Selalunya pada usia bayi enam hingga lapan minggu, bayi tidak boleh berjaga lebih daripada dua jam pada satu-satu masa. Jika lewat menidurkannya, bayi anda mungkin terlalu letih dan tidak dapat tidur dengan mudah. Lihatlah tanda-tanda yang menunjukkan bayi anda sudah mengantuk, seperti menggosok matanya, atau menarik telinganya.

Jika anda mengesan tanda-tanda ini, berkemungkinan besar bayi anda telah mengantuk dan segera meletakkan dia ke atas tilam tempat tidurnya. Secara perlahan-lahan anda akan belajar rentak masa bayi tidur dan tahu masa anak anda akan sedia untuk tidur.


2. MENGAJAR BAYI ANDA TENTANG PERBEZAAN DI ANTARA SIANG DAN MALAM.

Bayi yang baru sahaja dilahirkan agak sukar membezakan antara waktu siang dan waktu malam. Disebabkan itu, bayi akan tidur dan bermain mengikut selera mereka. Jika mereka tidak diajar, ibu yang menjaga akan merasa keletihan kerana bayi mereka tidak mahu tidur di malam hari dan tidur sepanjang waktu siangnya.

Bayi yang sudah berusia berusia kira-kira empat minggu dan ke atas, dapat diajar membezakan waktu malam daripada waktu siang. Apabila bayi sedang berjaga atau bermain  pada waktu siang, bermainlah dengannya sekerap mungkin.

Pastikan rumah anda dan biliknya cerah dan terang, dan jangan risau mengenai kebisingan biasa seperti telefon, TV atau mesin basuh. Ini akan membantu dia akan tetap berjaga dan tidak menghabiskan waktu siangnya dengan hanya tidur sahaja. Jika anak suka tidur semasa sedang menyusu di waktu siang, kejutkan dia.

Pada waktu malam, cuba jangan bermain dengan anak anda apabila anda memasukkan dia ke dalam bilik untuk menyusukannya. Pastikan cahaya dalam rumah suram dan bunyi-bunyi bising pada tahap minima, dan jangan terlalu banyak bercakap dengannya. Lama-kelamaan dia akan tahu bahawa waktu malam ialah waktu untuk tidur.


3. BERIKAN ANAK ANDA PELUANG UNTUK BELAJAR TIDUR DENGAN SENDIRI.

Apabila dia berusia enam hingga lapan minggu, anda boleh cuba memberi peluang kepada bayi anda untuk tidur dengan sendiri. Cara terbaik melakukannya ialah dengan meletakkannya di katil semasa dia sedang mengantuk, walaupun masih lagi berjaga.

Mengajar bayi anda tentang corak tidur adalah penting. Jika tidak anda akan bangun sepanjang malam kerana anak tidak mahu tidur dan mahu bermain.

Ada ibubapa yang mendodoikan anak mereka sebelum tidur. Jika anda dodoikan bayi untuk tidur setiap malam pada usianya lapan minggu, berkemungkinan bayi anda akan mahu didodoikan setiap kali mahu tidur.

Rahsia Anak Pintar Sebelum Masuk Tadika > Klik Disini<

Inilah sebabnya sesetengah pakar kanak-kanak tidak menggalakkan para ibu mendodoikan atau menyusukan bayi mereka untuk tidur. Untuk mendapat tabiat dan corak tidur yang sama setiap malam, anda harus menggunakan cara yang sama setiap malam.

SUMBER

Baca Juga : Perkara Yang Bakal Ayah Perlu Tahu Dalam Mendidik Anak

No comments:

Post a Comment