Hukum berkenaan menggunakan pelaris untuk mendatangkan keuntungan dalam perniagaan. Apakah hukumnya dalam Islam ?
Hukum Berkenaan Penggunaan Pelaris Untuk Mendatangkan Keuntungan Dalam Perniagaan? Credit Pic : SUMBER |
Soalan
Assalamualaikum, Saya ingin bertanya mengenai amalan pelaris yang diamalkan ramai peniaga seperti restoran, kedai runcit dan sebagainya. Disamping mengadakan solat hajat dan amal ibadat lain untuk tujuan mendapat rahmat dalam mencari rezeki melalui perniagaan, ada yang meletakkan beberapa jenis benda fizikal seperti besi, duit syiling, beras, garam, gula dan sebagainya di premis perniagaan.
Hukum Berkenaan Penggunaan Pelaris Untuk Mendatangkan Keuntungan Dalam Perniagaan?
Sebab sebenar alatan ini digunakan adalah samar bagi saya. Ada yang menggunakan alasan bahawa alatan tersebut adalah simbol semata-mata dan rahmat dan kejayaan perniagaan adalah kehendak mutlak Yang Maha Esa. Ada yang memberi contoh; seperti ubat-ubatan doktor adalah simbol sahaja sedangkan sakit hanya dapat diubati jika Allah S.W.T mengizinkan.
Ada yang menggunakan contoh Nabi Musa yang membelah lautan dengan tongkatnya, iaitu bukan tongkat yang membelah laut tetapi izin Allah yang menyebabkan laut terbelah. Jadi kesimpulannya ialah alatan seperti besi, syiling dan lain-lain.
Adalah simbol semata jadi tidak salah untuk diletakkan di premis perniagaan disamping itu memperbanyakkan ibadat memohon restu dari tuhan untuk kejayaan.
Soalan saya ialah, apakah pendapat dari segi hukum mengenai penggunaan alatan tersebut jika dalam hati tetap percaya bahawa semua adalah dengan izin Allah SWT.?
Jawapan
Khurafat sekiranya mempercayai sesuatu yang boleh mendatangkan keuntungan atau kebaikan, seperti yang kita maklum dengan berusaha sahaja Allah S.W.T akan mengizinkan sesuatu itu dengan kehendaknya. Sekiranya kita mempercayai benda lain selain kuasa Allah, ditakuti boleh merosakkan aqidah kita sebagai umat Islam.
Adalah lebih baik sekiranya mengamalkan ayat-ayat al-Quran dan dijadikan doa dalam kehidupan seharian. Ini kerana ayat-ayat al-Quran telah jelas dan mencukupi kehebatannya tanpa perlu di tokok tambah dengan sesuatu perkara atau benda untuk dijadikan simbol atau alat yang kononnya dapat memberi keuntungan.
SUMBER
Baca Juga : Hukum Berkenaan Memakai Pakaian Berfesyen Terkini Yang Menutup Aurat ?
Post a Comment