Informasi Inovareka

Artikel Terkini

26 June

Jawatan Kosong Pelbagai Jawatan di Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri Kelantan 2019


Jawatan Kosong di Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri kelantan 2019? Berita baik buat pemohon yang berminat dan memenuhi syarat kelayakan termasuk yang sedang mencari pekerjaan dalam sektor kerajaan dan swasta. 

Terdapat kekosongan di Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri kelantan 2019, mana-mana pemohon yang berminat untuk menjawat jawatan tersebut boleh memohon jawatan seperti di bawah.

Jawatan Kosong Pelbagai Jawatan di Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri Kelantan 2019

Pengambilan jawatan kosong terkini di Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri kelantan 2019. Anda semua dipelawa untuk membuat permohonan bagi mengisi kekosongan jawatan di Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri kelantan 2019 sebelum tarikh tutup permohonan pada 08 Julai 2019.


 Jawatan Kosong Pelbagai Jawatan di Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri Kelantan 2019
 Jawatan Kosong Pelbagai Jawatan di Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri Kelantan 2019

 Jawatan Kosong di Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri kelantan 2019

 Jawatan Kosong Pelbagai Jawatan di Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri Kelantan 2019
 Jawatan Kosong Pelbagai Jawatan di Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri Kelantan 2019


Berikut dikongsikan adalah maklumat iklan kerja kosong yang ditawarkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri kelantan 2019 termasuk beberapa senarai jawatan dan syarat kelayakan : 


Jawatan : Penolong Pengawai Tanah NT29 / Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) N19

Jabatan / Kementerian : Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri kelantan

Lokasi : Kelantan

Kekosongan : Rujuk Web SPA

Gaji : Rujuk Web SPA


Syarat Kelayakan Permohonan

Bagi calon yang berkeyakinan dan mempunyai kelulusan PMR/PT3, Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), STPM, Diploma dan Ijazah adalah dipelawa untuk mengisi kekosongan jawatan dia atas.

1. Warganegara Malaysia
2. Berumur tidak kurang dari 18 pada tarikh tutup permohonan
3. Boleh berkomunikasi dengan baik
4. Mempunyai ciri-ciri kepimpinan dan perwatakan yang menarik
5. Mempunyai keterampilan yang baik.
6. Mempunyai semangat yang tinggi dalam bekerja secara berkumpulan.
7. Mempunyai bakat kepimpinan
8. Mempunyai jati diri yang cemerlang
9. Mempunyai kelayakan / profesionalisme yang sesuai dengan jawatan.

Setiap permohonan hendaklah dihantar mengikut yang tertera pada iklan atau atas talian. Sila ikut arahan permohonan di bawah. Calon yang disenarai pendek sahaja akan dipanggil temuduga.

Calon-calon yang telah mendaftarkan permohonan bagi jawatan dia atas tidak perlu lagi mendaftar semula. Namun demikian, sila pastikan pendaftaran permohonan tersebut masih dalam tempoh sah laku. 




TARIKH TUTUP PERMOHONAN : 8 Julai 2019

26 June

Jawatan Kosong Di Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia 2019


Jawatan Kosong di Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia 2019? Berita baik buat pemohon yang berminat dan memenuhi syarat kelayakan termasuk yang sedang mencari pekerjaan dalam sektor kerajaan dan swasta. 

Terdapat kekosongan di Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia 2019, mana-mana pemohon yang berminat untuk menjawat jawatan tersebut boleh memohon jawatan seperti di bawah.


Jawatan Kosong Pelbagai Jawatan di JabatanPerkhidmatan Awam Malaysia 2019

Pengambilan jawatan kosong terkini di Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia 2019. Anda semua dipelawa untuk membuat permohonan bagi mengisi kekosongan jawatan di Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia 2019 sebelum tarikh tutup permohonan pada 7 Julai 2019.

Jawatan Kosong Di Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia 2019
Jawatan Kosong Di Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia 2019 

 Jawatan Kosong di Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia 2019

Jawatan Kosong Di Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia 2019
Jawatan Kosong Di Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia 2019 


Berikut dikongsikan adalah maklumat iklan kerja kosong yang ditawarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia 2019 termasuk beberapa senarai jawatan dan syarat kelayakan : 


Jawatan : Pembantu Tadbir (Kewangan) W19

Jabatan / Kementerian : Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia

Lokasi : Seluruh Malaysia

Kekosongan : Rujuk Web SPA

Gaji : Rujuk Web SPA


Syarat Kelayakan Permohonan

Bagi calon yang berkeyakinan dan mempunyai kelulusan PMR/PT3, Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), STPM, Diploma dan Ijazah adalah dipelawa untuk mengisi kekosongan jawatan dia atas.

1. Warganegara Malaysia
2. Berumur tidak kurang dari 18 pada tarikh tutup permohonan
3. Boleh berkomunikasi dengan baik
4. Mempunyai ciri-ciri kepimpinan dan perwatakan yang menarik
5. Mempunyai keterampilan yang baik.
6. Mempunyai semangat yang tinggi dalam bekerja secara berkumpulan.
7. Mempunyai bakat kepimpinan
8. Mempunyai jati diri yang cemerlang
9. Mempunyai kelayakan / profesionalisme yang sesuai dengan jawatan.

Setiap permohonan hendaklah dihantar mengikut yang tertera pada iklan atau atas talian. Sila ikut arahan permohonan di bawah. Calon yang disenarai pendek sahaja akan dipanggil temuduga.

Calon-calon yang telah mendaftarkan permohonan bagi jawatan dia atas tidak perlu lagi mendaftar semula. Namun demikian, sila pastikan pendaftaran permohonan tersebut masih dalam tempoh sah laku. 




TARIKH TUTUP PERMOHONAN : 07 Julai 2019

24 June

Bahasa Isyarat Sayang Dari Suami Yang Jarang Diketahui Oleh Isteri


Sebenarnya lelaki juga menggunakan tubuh dan bahasa berlapik untuk menunjukkan yang mereka sayang si isteri. Sama sahaja dengan wanita yang lebih suka menggunakan bahasa berlapik atau berkias bila nak menunjukkan betapa dia meyayangi seorang suami, lelaki pula lebih gemar menggunakan bahasa badan.

Bahasa Isyarat Sayang Dari Suami Yang Jarang Diketahui Oleh Isteri
Bahasa Isyarat Sayang Dari Suami Yang Jarang Diketahui Oleh Isteri
Credit Pic : SUMBER 


Jom ikuti sedikit perkongsian tentang bahasa 'badan' lelaki : 

Bahasa Isyarat Sayang Dari Suami Yang Jarang Diketahui Oleh Isteri


1. Makanan

Sebenarnya suami sangat suka dapat makan masakan si isteri tetapi tidak diucapkan secara lisan. Cara lelaki menunjukkan yang mereka menghargai masakan isteri adalah dengan cara mereka makan tanpa banyak soal. Pada mereka ini sudah jelas menunjukkan mereka suka sebab memang jaranglah hendak memuji secara lisan.


2. Kereta

Perempuan semestinya akan nampak lelaki macam terlampau sayangkan kereta mereka. Tetapi sebenarnya mereka mempersiapkan kereta mereka untuk isteri tersayang juga.

Contohnya, mereka akan memastikan kereta bersih, minyak penuh serta memeriksa kereta dalam keadaan yang selamat. Nanti isteri tersayang juga akan gunapakai. 


3. Pakaian

Lelaki memang jarang sangat memuji pakaian si isteri. Bukan kerana mereka tidak hairan tetapi sebenarnya pada mereka, si isteri sentiasa cantik di masa asalkan kemas dan selesa.Kaum lelaki amat ringkas, mereka tidak pandai memuji lebih-lebih. Tapi sebenarnya mereka sekali-sekala juga perlulah mengambil hati isteri.


4. Rumah

Dalam bab mengemas rumah, lelaki memang jarang menolong. Tapi pada hakikatnya jarang menolong di depan mata isteri, di belakang isteri mereka akan membantu juga.

Contohnya kerja rumah yang berat-berat terutamanya seperti membaiki paip sinki atau membetulkan pintu yang rosak.


5. Hal Tempat Kerja

Kekadang apabila lelaki pulang dari tempat kerja dan dia senyap sahaja. Kemudian tiba-tiba bercakap hal di tempat kerja. Ini kerana lelaki hanya bercerita kepada orang yang dia percaya sahaja.

Dia percaya iserinya yang memahmi kesukaran yang dialaminya di tempat kerja. Setialah mendengar kerana mereka sangat menghargainya.


6. Solat

Bahasa lelaki yang paling jelas menunjukkan yang mereka sayang pada isteri adalah dengan mengajak solat bersama.

Lelaki yang mengajak isteri solat bersama kerana mereka juga ingin menunjukkan kasih sayang mereka. Ini menunjukkan yang mereka sentiasa ingin bersama isteri hingga ke syurga.

Apabila lelaki tidak menyatakan secara lisan, bukanlah beerti mereka tidak sayang. Cuma mereka lebih mengamalkan 'action speaks louder than words'. Perbuatan lebih jelas daripada perkataan.

Jadi mereka lebih menggunakan bahasa badan berbanding mengucapkan secara verbal kepada pasangan. Jadi pasa isteri semua, janganlah lekas merajuk andai suami lebih banyak berdiam diri. 


SUMBER

Baca Juga : Rahsia Fakta Lelaki Yang Perempuan Jarang Ketahui

23 June

Hukum Berkenaan Pemasangan CCTV Di Surau Wanita


Pemasangan kamera CCTV di surau wanita yang diawasi oleh pengawal keselamatan lelaki. Adakah di bolehkan atau sebaliknya? 

Soalan : 

Apakah hukum memasang kamera cctv di surat wanita yang diawasi oleh pengawal keselamatan lelaki? 


Hukum Berkenaan Pemasangan CCTV Di  Surau Wanita
Hukum Berkenaan Pemasangan CCTV Di  Surau Wanita
Credit Pic : SUMBER

Jawapan : 

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah tuhan sekalian alam, selawat serta salam buat Rasulullah SAW, juga ahli keluarga baginda, isteri-isteri dan seterusnya mereka yang mengikuti jejak langkah baginda hingga ke hari kiamat.


Hukum Berkenaan Pemasangan CCTV Di  Surau Wanita


Dalam isu ini, kami berpendapat bahawa isu ini perlu dilihat kepada maqasid atau tujuan kepada pemasangan CCTV. Hal ini berdasarkan kaedah fiqh yang bermaksud : 
Wasiah (sesuatu yang membawa kepada tujuan) mengikut hukum tujuan.
Sekiranya tujuan memasang CCTV ini adalah sebagai langkah untuk menjaga keselamatan wanita yang menunaikan solat dari kecurian atau kes-kes yang lebih besar, maka diharuskan berdasarkan kaedah dia atas.

Dalam hal ini, pengawal keselamatan tidak boleh menyebarkan rakaman yang memperlihatkan aurat wnaita kerana penyebaran tersebut juga merupakan suatu jenayah sedangkan tujuan asal adalah untuk mencegah jenayah yang berlaku.

Sesungguhnya Islam sangat tegas dalam melarang penyebaran aib manusia. Hal ini berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Ibn Abbas Ra bahawa Nasi SAW bersabda yang bermaksud : 
Barang siapa yang menutupi aib saudaranya Muslim, Allah akan menutupi aibnya pada hari akhirat dna barang siapa yang membukakan aib saudaranya Muslim, maka Allah akan membukakan aibnya hingga terbukalah kejelekannya di dalm rumahnya. (Riwayat Ibn Majah : 2546)

Setelah mengamati masalah ini, maka diputuskan bahawa : 

- Pemasangan CCTV ini hendaklah terhad di kawasan dewan solat sahaja dan tidka boleh meluputi tempat wudhuk wanita.

-  Pengawal CCTV ini hendaklah terdiri daripada pengawal yang beramanah.

- Rakaman CCTV ini hanyalah boleh dilihat dan digunakan untuk tujuan pihak keselamatan sahaja, sebarang aktiviti penyebaran adalah haram kerana akan mengaibkan dan mendedahkan maruah serta aurat wanita.

- Hendaklah diletakkan di pintu utama surau atau tempat yang boleh dilihat secara jelas bahawa surau tersebut dibawah pemerhatian CCTV.

- Hendaklah disediakan suatu ruang khas yang tertutup bagi Jemaah muslimah menukar pakaian solat.


SUMBER

Baca Juga : Apakah Hukum Menggugurkan Kandungan Janin Dalam Islam

23 June

Benarkah Makanan Laut Dan Darat Tidak Boleh Dimakan Sekali ?


Ramai dikalangan masyarakat kita percaya bahawa dengan mencampurkan makanan laut dan darat adalah perbuatan yang boleh mendatangkan mudharat kepada kesihatan.


Benarkah Makanan Laut Dan Darat Tidak Boleh Dimakan Sekali ?
Benarkah Makanan Laut Dan Darat Tidak Boleh Dimakan Sekali ?
Credit Pic : SUMBER


Perintah memakan daripada rezeki atau hasil yang halal lagi baik merupakan perintah daripada Allah SWT kepada orang-orang yang beriman dan juga kepada para rasul. 

Di dalam Al-Quran terdapat banyak ayat al-Quran yang menunjukkan akan tuntutan bagi setiap insan itu untuk memakan daripada hasil dan rezeki yang halal lagi baik. Ini kerana, pemakanan yang halal lagi baik itu merupakan salah satu faktor utama dalam kemustajaban doa seseorang hamba itu. 


Benarkah Makanan Laut Dan Darat Tidak Boleh Dimakan Sekali ?


Adakah ada hadith berkenaan larangan pencampuran makanan laut dan darat ? Sudah tentu tidak. Perjelasan Sahibus Sahamah Mufti Wilayah berkenaan hal ini.
Setelah kami menekuni berkaitan isu ini maka kami katakan bahawa tiada larangan sama ada daripada al-Quran ataupun hadith Nasi SAW berkaitan mencampurkan makanan di antara makanan laut dan darat ketika makan. 
Akan tetapi, jika ilmu sains membuktikan bahawa dengan mencampurkan antara makanan darat dan laut akan menyebabkan mudharat maka ia perlulah dijauhi. Di samping itu juga, berkemungkinan amalan tidak mencampurkan di antara makanan darat dan laut juga adalah merupakan petua orang-orang lama dengan tidak mempelbagaikan laut pauk ketika menjamu selera.
Selain itu juga, kita perlulah meraikan adab-adab ketika makan seperti tidak berlebih-lebihan dalam menjamu selera dan juga untuk mengelakkan daripada berlaku sebarang pembaziran makanan. 

 Kesimpulannya 

1. Tiada hadith yang melarang perbuatan mencampurkan makanan laut dan makanan darat.

2. Tiada kajian yang menunjukkan mencampurkan makanan laut dan darat akan memberi kesan buruk kepada kesihatan.

Semoga dengan pencerahan yang ringkas ini dapat memberi sedikit manfaat dan kefahaman kita dalam agama.

Oleh itu, masyarat diminta untuk tidak lagi mempercayai perkara mitos seperti ini lagi. Semoga Allah SWT memberi kita kefahaman di dalam agama agar dapat kita beramal dengannya serta sampaikannya kepada orang lain. 


SUMBER 1 & SUMBER 2 

Baca Juga : Apakah Hukum Menghisap Vape Dan Rokok Elektronik

22 June

Perkara Yang Nampak Remeh Tetapi Mampu Membuat Orang Sekeliling Senang Hati


Dalam kehidupan lumrah untuk seseorang berhadapan dengan rasa sedih, kecewa atau sebaliknya. Tetapi selagi mana kita dikelilingi oleh sebuah masyarakat yang bertimbang rasa, menyebarkan kebahagian serta kasih sayang dan saling menghormati antara satu sama lain pasti segala masalah mudah diselesaikan dan juga semua kesedihan dapat terubat dengan cepat.


Perkara Yang Nampak Remeh Tetapi Mampu Membuat Orang Sekeliling Senang Hati
Perkara Yang Nampak Remeh Tetapi Mampu Membuat Orang Sekeliling Senang Hati
Credit Pic : SUMBER

Siapa sangkakan hanya dengan anda melakukan beberapa perkara yang anda nampak mudah dan remeh ini mampu membawa makna yang besar untuk kehidupan orang lain.


Perkara Yang Nampak Remeh Tetapi Mampu Membuat Orang Sekeliling Senang Hati


Perkara-perkara yang mudah dilakukan bersama-sama untuk menjadikan Malaysia sebuah negara yang lebih harmoni : 


1. Memberi Signal Ketika Memandu 

Bayangkan sewaktu anda di jalan yang sesak di awal pagi hari, ada sebuah kenderaan dari sebelah kanan jalan menerpa masuk ke hadapan kereta anda tanpa memberi sebarang signal isyarat. Terketar-ketar anda menekan pedal brek. Paling menyakitkan jika ianya berlaku sepanjang hari.

Alangkah baiknya, andai semua orang tidak mementingkan diri dan fikir keselamatan orang lain. Berilah signal tak kira la anda bermotosikal ataupun kereta. Tak susah kan? Mana tahu dengan cuma memberi signal, anda telah berjaya membuat mood seseorang itu tenang dan ceria ketika memandu.


2. Memberi tempat Duduk kepada Orang Yang lebih Memerlukan

Malaysia adalah sebuah negara yang mempunyai banyak kemudahan pengangkutan awam yang terbaik di dunia. Tetapi apakan daya, masih ada segelintir daripada kita yang mementingkan diri sendiri. Tempat duduk khas untuk wanita mengandung atau golongan OKU awal-awal lagi diisi oleh orang yang mementingkan diri sendiri. 

Jadi mulai hari ini, mari kita sama-sama mempermudahkan urusan orang lain. Jika kita hormati hak orang lain, pasti esoknya nanti orang hormati hak kita juga. Siapa sangka hanya dengan memberi tempat duduk juga dapat membuatkan mereka senang hati.


3. Senyum Apabila Jumpa Semua Orang

Senyumlah walaupun hati sedang menangis. Kita tak tahu siapa yang sukakan senyuman kita. Jadi, rajin-rajinlah memberi senyuman. Tapi jangan pula asyik senyum bersendirian sudah la, nanti ada yang cakap anda kurang waras pula.

Cubalah untuk senyum dengan semua orang. Kemudian anda lihatlah hasilnya. Silap-silap nanti anda dah lupa macam mana cara nak buat muka sedih.


4. 'Greet' Rakan Sekerja Anda

Pagi-pagi kita masuk kerja, macam-macam gelagat yang boleh dilihat. Ada yang mengeluh stress dengan jalan sesak, ada yang stress kereta rosak atau membebel dengan timbunan kerja yang banyak. Jadi cuba anda greet mereka dengan mengucapkan Selamat Pagi, Selamat Bekerja atau mungkin Bertanya Khabar. Mungkin dengan ucapan ringkas itu dapat membuatkan mereka merasa sedikit lega. Dan tak mustahil juga, mereka akan meluahkan segala masalah mereka yang terpendam kepada anda. So, sebagai rakan sekerja yang baik,luangkan sedikit masa dan tumpukan perhatian kepada mereka. Tak salah kan jika kita yang mulakan menyebar kebaikan.


5. Sekali Sekala Bayarkan Makanan Untuk 'Strangers'

Yeahh...bayarkan samada makanan atau minuman untuk strangers. Tak perlu pun bayarkan yang mahal-mahal. Boleh juga bayar untuk segelas minuman. Mungkin bagi anda tak ada apa yang menarik. Tapi cuba anda bayangkan, anda membayarkan minuman atau minuman seseorang dengan harga RM 4. Dan rupa-rupanya memang hanya ada RM4 di dalam dompetnya. Mana tahu Dengan RM4 itu juga dia perlu mengisi minyak motosikalnya untuk pulang ke rumah nanti. Maka, andalah penyelamatnya. Dalam Rezeki kita juga ada rezeki orang lain, maka berkongsilah.

Jadi, secara ringkasnya, persekitaran yang baik ialah kunci utama yang boleh mempengaruhi emosi diri dan kehidupan seseorang. Jadi marilah sama-sama kita berkongsi dan menyebarkan rasa kebahagian, kasih sayang dan saling hormat-menghormati kepada semua orang.

SUMBER

Baca Juga : Punca-Punca Ilmu Susah Masuk Dalam Pembelajaran

01 June

Keputusan Temduga Pembantu Pengurusan Murid N19 2019


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera buat semua pembaca-pembaca sekalian. Syukur ke hadrat Ilahi kerana kita masih diberi penafasan untuk berjumpa Ramadhan pada tahun ini. Pejam celik, pejam celik dah nak dekat raya dh kan. Dah buat persiapan raya dh ka ? Baju raya dh beli ? Hahaha..Untuk ernti kali ni, saya nak kongsikan berkaitan Pembantu Pengurusan Murid N19.

Keputusan Temduga Pembantu Pengurusan Murid N19 2019
Keputusan Temduga Pembantu Pengurusan Murid N19 2019
Credit Pic : SUMBER


Pada bulan 10.4.2019, saya ada pergi temuduga bagi jawatan  Pembantu Pengurusan Murid Gred N19 di Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Pulau Pinang. Ni kali kedua saya ditemuduga jawatan Pembantu Pengurusan Murid ni, kali pertama  temuduga di Jitra. Hehehe tapi gagal la temuduga. 

Keputusan Temduga Pembantu Pengurusan Murid N19 2019


Bagi yang tak tahu apa itu Pembantu Pengurusan Murid ini apa..., Pembantu Pengurusan Murid ni terbahagi kepada 3 iaitu Prasekolah, Pendidikan Khas dan Asrama. Skop tugas masih sama iaitu membantu guru-guru dalam hal pembelajaran pada waktu kelas.

Bidang kerjaya ni bagi sy, memerlukan seseorang yang penyabar kerana kita perlu melayan karenah murid-murid samada murid normal ataupun murid kelainan upaya.

Kalau PPM prasekolah ni, semua murid-murid normal. Jika anda rasa anda mampu membantu guur mendidik murid-murid ni boleh la apply jawatan PPM ni. PPM pendidikan khas pula, murid-murid special, maksudnya kelainan upaya. 

Saya juga minat PPM pendidikan khas ni, bagi sy..mereka juga berhak mendapat layanan istimewa sebagaimana budak-budak normal dapat. Mereka tak minta dilahirkan sebegitu. Kalau bukan kita yang dipertanggungjawab ke atas mereka, siapa lagi kan. Jiwa mereka juga mudah tersentuh, jadi kena pandai la ambil hati mereka. Bila dah dapat dan pandai menjaga hati mereka, mereka akan mudah didekati dan mudah mesra. 

Untuk PPM Asrama pula, dari murid-murid tu bangun tidur sampai la ke tidur kena pantau mereka. Ajar mereka kemas katil, beringat akan kerja sekolah. Skop tugas PPM asrama ni sy kurang pendedahan kerana sy tak ada kawan yang bekerja sebagai PPM Asrama. 

Jadi keputusan temuduga sy bagi jawatan Pembantu Pengurusan Murid N19 sudah boleh disemak pada 29.5.2019 dann...keputusannya adalah seperti berikut 

Keputusan Temduga Pembantu Pengurusan Murid N19 2019
Keputusan Temduga Pembantu Pengurusan Murid N19 2019

Alhamdulillah..sebagai calon simpanan. Semua ni atas rezeki masing-masing. Andai tertulis rezeki, In sha Allah dapat. Andai tak dapat, anggap sahaja tuhan nak beri yang lebih baik buat kita.

Pada yang lulus, saya ucapkan Tahniah buat anda. Jadilah seorang penjawat awam yang berintegriti dalam menjalankan tugas. Pada yang gagal, usah bersedih, cuba dan cuba lagi, jangan mudah putus asa. Ingatkan rezeki kita, masing-masing sudah tuhan tetapkan.


Baca juga : Keputusan Temuduga Pembantu Perawatan Kesihatan 2019