YAB Ketua Menteri Sarawak dalam pembentangan Belanjawan Negeri 2020 di Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada 4 November 2019 telah mengumumkan Bantuan Ibu Bersalin berjumlah RM450.00 bagi setiap ibu yang melahirkan anak bermula 1 Januari 2020. Bahagian Pembangunan Awal Kanak-Kanak, Kementerian Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak (KWKPK) telah diamanahkan untuk menguruskan Bantuan Ibu Bersalin (BIB).


Permohonan Bantuan RM450 Ibu Bersalin Tahun 2020
Permohonan Bantuan RM450 Ibu Bersalin Tahun 2020
Credit Pic : SUMBER


1) Syarat-Syarat Kelayakan:
(i) Warganegara Malaysia; 
(ii) Ibu pemegang Kad Pengenalan Sarawak berstatus 'K‘ atau Isteri kepada pemegang Kad Pengenalan Sarawak berstatus ‘K’ (Sarawak Connection);  
(iii) Melahirkan bayi di dalam atau di luar Sarawak; dan
(iv) Pendaftaran boleh dibuat apabila ibu telah bersalin sehingga 3 bulan selepas bersalin.


Permohonan Bantuan RM450 Ibu Bersalin Tahun 2020


2) Permohonan boleh dibuat melalui kaedah berikut:
(i) Online melalui pautan ini (http://bit.do/bib2020) atau 
(ii) Manual melalui Borang Permohonan

3) Borang Permohonan boleh didapati melalui kaedah berikut:
(i) Boleh dimuat turun di pautan http://bit.ly/bib_kwkpk atau
(ii) Boleh didapati di mana-mana Pejabat Kebajikan Masyarakat Bahagian / Pejabat Residen Bahagian / Pejabat Daerah / KWKPK

4) Penghantaran Borang Permohonan boleh dibuat melalui kaedah berikut:
(i) Boleh dikembalikan kepada mana-mana Pejabat Kebajikan Masyarakat Bahagian / Pejabat Residen Bahagian / Pejabat Daerah / KWKPK (Dilengkapi dengan nota discaj atau sijil lahir bayi)


Peringatan :

(i) Permohonan ini hanya terbuka kepada ibu yang melahirkan bayi pada tahun 2020;
(ii) Tempoh permohonan adalah 3 bulan dari tarikh bersalin;
(iii) Sila rujuk carta aliran permohonan BIB di pautan https://bit.ly/bibflowchart
(iv) Hanya ibu sahaja dibenarkan memohon melalui online atau manual;

Sekiranya butiran permohonan adalah tidak lengkap atau palsu, KWKPK berhak untuk menolak permohonan tanpa memberi sebarang alasan atau notifikasi. 

Alamat Surat-Menyurat:
Urus Setia Bantuan Ibu Bersalin (BIB) 
Bahagian Pembangunan Awal Kanak-Kanak (BPAKK)
Kementerian Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak
Tingkat Bawah, Bangunan Baitulmakmur, Petra Jaya
93050 Kuching, Sarawak
Tel: 082-311340 / 082-311718
E-mel: insentif.ibubersalin@gmail.com

SUMBER

Baca Juga : Permohonan Rumah PPR Online Terkini 

Post a Comment

Previous Post Next Post