Hukum dan pengertian aqiqah. Ustaz boleh tak terangkan serba ringkas tentang akikah? Terima kasih.

Pengertian Aqiqah Dalam Islam
Pengertian Aqiqah Dalam Islam
Credit Pic : SUMBER

Pengertian Aqiqah Dalam Islam 


JAWAPAN :

Pengertian Aqiqah Beserta Dalilnya


Arti aqiqah ialah :
ما يُذبح عن المولود شكرًا لله تعالى بنية وشرائط مخصوصة.
Artinya : “Haiwan yang disembelih dari kerana anak yang baru lahir sebagai tanda syukur akan Allah Taala dengan niat dan syarat-syarat yang tertentu.”
Bermula hukum aqiqah ini ialah sunat muakkad yang telah mengerjakannya oleh Rasulullah saw.

Telah diriwayatkan daripada Ibnu Abbas r.a. :
أن النبي صلى الله عليه وآله وسلم عقَّ عن الحسن والحسين رضي الله عنهما كبشًا كبشًا
Artinya : “Sungguhnya Nabi saw telah aqiqahkan akan Hasan dan Husain r.a. setiap seorang seekor kibash.” (Hadith Riwayat Abu Daud & An-Nasaaie)

Masa melakukan aqiqah itu ialah sejak anak itu dilahirkan maka jika disembelih haiwan sebelum anak itu dilahirkan nescaya tidak sah aqiqah dan jadilah ia sembelihan biasa.
Yang afdhal ialah disembelih pada hari yang ketujuh dari kelahirannya.

Jika tidak sempat sembelih pada hari yang ketujuh maka afdhal pada hari yang keempat belas dan jika tidak sempat maka pada hari yang ke dua puluh satu. Dan jika tidak sempat juga maka sembelih pada mana-mana hari yang dia sempat.

Yang afdhal ialah dua ekor kambing untuk anak lelaki dan seekor kambing untuk anak perempuan di sisi jumhur ulamak.

Tetapi jika disembelih seekor sahaja kambing untuk anak lelaki nescaya sah dan tidak perlu diulangi lagi.

Dan sah jika disembelih akan lembu atau kerbau atau unta dan setiap satu bahagian bersamaan seekor kambing maka yang afdhal bagi anak lelaki ialah dua bahgian padanya dan sah anak lelaki dengan satu bahagian sahaja. 

Disunatkan pada daging aqiqah itu seperti disunatkan pada daging korban yaitu disedekahkan kepada faqir miskin dan dihadiahkan kepada sahabat handai dan dimakan olih tuan aqiqah.

Dan harus disimpan akan daging aqiqah untuk dimakan kemudiannya. Tetapi yang afdhal ialah dimasak akan daging aqiqah kemudian disedekahkannya dan dimakan oleh tuan aqiqah dan sahabat handai.

Wallahua’lam 

SUMBER - Ustaz Azhar Idrus

Baca Juga : Amalan Yang Boleh Dilakukan Untuk Mendapatkan Zuriat

Post a Comment

Previous Post Next Post