Kenapa lelaki tetiba diam?  Anda perasan tak, kalau perempuan bergaduh dengan lelaki, lelaki biasanya akan diam seribu bahasa. Ya, Lelaki akan diam membatu.

Sebab-Sebab Mengapa Lelaki Lebih Memilih Berdiam Diri Apabila Marah
Sebab-Sebab Mengapa Lelaki Lebih Memilih Berdiam Diri Apabila Marah
Credit Pic : SUMBER

Perempuan yang tengah marah akan membebel bertubi-tubi. Perempuan bilamana cakap dengan lelaki,si lelaki boleh pula buat muka macam tak ada reaksi je… Seolah-olah diberi ‘silent treatment’ pulak kan? Mau tak hangin kan.

Lepas tu perempuan tu pun mulalah rasa tak puas hati dan akan paksa si lelaki tu untuk bercakap sampai buatkan dia mula nak marah. Hah, mesti selalu berlaku kan?

Oleh itu, perempuan kena la faham mengapa lelaki lebih memilih untuk diam supaya punca kepada masalah komunikasi ni dapat diselesaikan dengan baik.

Terdapat banyak sebab mengapa lelaki lebih memilih untuk berdiam diri dalam banyak situasi.

Sebab-Sebab Mengapa Lelaki Lebih Memilih Berdiam Diri Apabila Marah 

1. OTAK MEREKA TAK DIJADIKAN UNTUK ‘MULTITASKING’

Lelaki ni kalau dia berdiam diri tak semestinya dia marah atau tak minat dengan topik anda.

Lelaki tak macam perempuan yang boleh ‘multitasking’ atau maksudnya membuat 2-3 sesuatu kerja dalam satu masa, tahukah anda bahawa minda lelaki hanya boleh fokus satu perkara sahaja pada satu masa.

Kalau lelaki tidak hiraukan anda, boleh jadi dia sedang berfikirkan tentang urusan atau masalah lain seperti konflik di tempat kerja atau masalah kewangan ke?

Berikan lelaki masa untuk dia bersendirian dan dekati dia dengan cara yang menyenangkan supaya dia lebih tenang untuk diajak bercakap serta berbincang.

Jangan serbu ikut suka ja. Mulakan dengan bertanya tentang harinya.

Bila lelaki rasa dirinya disayangi, barulah dia juga akan bersikap lebih mendekat tanpa disedari si perempuan.


2. PEREMPUAN LEBIH PANDAI BERCAKAP

Dalam satu hubungan, komunikasi mesti lebih memihak kepada perempuan kerana memang sifat semulajadi perempuan yang lebih petah bercakap dan bersikap lebih terbuka.

Majoriti lelaki juga tidak boleh untuk berbahas soal percintaan atau emosi dengan orang lain mahupun dengan pasangannya sendiri.

Lelaki juga menganggap tak 'jantan' kalau berkongsi emosi dan lebih rela memilih untuk berdiam bila bercakap tentang hal ini.

Jadi, pilihan untuk berdiam diri adalah jalan paling mudah dan singkat di samping dapat mengelakkan lelaki hilang rasa keyakinan diri.

 

3. JALAN SELAMAT

Kalau bab bercakap ni, lelaki biasanya akan mengalah dengan perempuan kan? Majoriti la kan. 

Diam tu beerti seolah-olah macam senjata mereka berbanding perempuan yang ‘handal mencabar dan berdebat’.

Lelaki lebih suka gunakan teknik mendiamkan diri sahaja sebagai cara untuk menyelamatkan diri dari dibelenggu masalah yang lebih besar.

 

4. TAK MAHU BURUKKAN LAGI KEADAAN

Secara semulajadinya, lelaki diajar untuk menyayangi dan hormat pada perempuan.

Namun, bukan senang untuk lelaki bercakap dengan rasa hormat dan mengawal kemarahan pada waktu yang sama.

Bila lelaki hendak marah, dia lebih suka berdiam diri sebagai cara untuk kawal perasaan daripada bertindak agresif secara fizikal.

Sebagai perempuan, bila anda berdepan dengan lelaki yang mendiamkan diri secara tiba-tiba, jangan pula anda memaksa dia untuk bercakap. Sebabnya, paksaan tu bukan memudahkan lagi, sebaliknya membuatkan lelaki lebih tak selesa, bertambah rimas, serabut, dan lagi susah untuk bercakap.

 

5. REFLEKSI DIRI

Jika anda mempunyai pasangan yang jenis pendengar yang baik, anda perlu bersyukur. Kalau dia diam boleh jadi, dia tengah hadam kata-kata dari anda.

Ini suatu perkara yang baik kerana dia bukan sekadar mendengar tapi dia juga cuba untuk fahami perasaan dan diri anda.

Hubungan juga boleh jadi lebih baik kalau kita lebih bersikap terbuka dalam mencari penyelesaian berbanding mencari salah pasangan anda.

 

6. ‘EGO LELAKI’

Bila bab bercakap dari hati ke hati ni, lelaki pun ada ego dia juga .

Jika lelaki rasa tak mampu untuk bagi yang terbaik untuk orang yang dicintai memang dia cukup rasa mengecewakan.

Oleh sebab itu, lelaki lebih memilih untuk berdiam diri  sahaja dan mereka yang tak mahu dianggap yang mereka tak cukup bagus.

Walaupun susah untuk mengajak lelaki berbincang, tapi komunikasi mesti perlu dijaga demi mengekalkan hubungan berterusan.

Berikan sedikit waktu kepada lelaki supaya keadaan lebih tenang dan emosi dia lebih tenang. Kemudian, ajaklah pasangan anda berbincang dengan cara yang elok supaya perbualan lebih terbuka dan berkesan. Yang penting, waktu kena sesuai dan tak memaksa pasangan anda.

Bila dia dah setuju hendak berbincang, anda orang perempuan jangan nak tunjuk ‘terror’ nak berbahas pulak dengan si dia…

Berikan si dia peluang pula untuk dia luahkan cerita dari sisi dia pula. Barulah dinamakan komunikasi dua hala ok !!

SUMBER

Baca Juga : Kenapa Lelaki Melayu Lebih Meminati Perempuan Cina


Post a Comment

Previous Post Next Post