Artikel Terkini

Benarkah Makanan Laut Dan Darat Tidak Boleh Dimakan Sekali ?


Ramai dikalangan masyarakat kita percaya bahawa dengan mencampurkan makanan laut dan darat adalah perbuatan yang boleh mendatangkan mudharat kepada kesihatan.


Benarkah Makanan Laut Dan Darat Tidak Boleh Dimakan Sekali ?
Benarkah Makanan Laut Dan Darat Tidak Boleh Dimakan Sekali ?
Credit Pic : SUMBER


Perintah memakan daripada rezeki atau hasil yang halal lagi baik merupakan perintah daripada Allah SWT kepada orang-orang yang beriman dan juga kepada para rasul. 

Di dalam Al-Quran terdapat banyak ayat al-Quran yang menunjukkan akan tuntutan bagi setiap insan itu untuk memakan daripada hasil dan rezeki yang halal lagi baik. Ini kerana, pemakanan yang halal lagi baik itu merupakan salah satu faktor utama dalam kemustajaban doa seseorang hamba itu. 


Benarkah Makanan Laut Dan Darat Tidak Boleh Dimakan Sekali ?


Adakah ada hadith berkenaan larangan pencampuran makanan laut dan darat ? Sudah tentu tidak. Perjelasan Sahibus Sahamah Mufti Wilayah berkenaan hal ini.
Setelah kami menekuni berkaitan isu ini maka kami katakan bahawa tiada larangan sama ada daripada al-Quran ataupun hadith Nasi SAW berkaitan mencampurkan makanan di antara makanan laut dan darat ketika makan. 
Akan tetapi, jika ilmu sains membuktikan bahawa dengan mencampurkan antara makanan darat dan laut akan menyebabkan mudharat maka ia perlulah dijauhi. Di samping itu juga, berkemungkinan amalan tidak mencampurkan di antara makanan darat dan laut juga adalah merupakan petua orang-orang lama dengan tidak mempelbagaikan laut pauk ketika menjamu selera.
Selain itu juga, kita perlulah meraikan adab-adab ketika makan seperti tidak berlebih-lebihan dalam menjamu selera dan juga untuk mengelakkan daripada berlaku sebarang pembaziran makanan. 

 Kesimpulannya 

1. Tiada hadith yang melarang perbuatan mencampurkan makanan laut dan makanan darat.

2. Tiada kajian yang menunjukkan mencampurkan makanan laut dan darat akan memberi kesan buruk kepada kesihatan.

Semoga dengan pencerahan yang ringkas ini dapat memberi sedikit manfaat dan kefahaman kita dalam agama.

Oleh itu, masyarat diminta untuk tidak lagi mempercayai perkara mitos seperti ini lagi. Semoga Allah SWT memberi kita kefahaman di dalam agama agar dapat kita beramal dengannya serta sampaikannya kepada orang lain. 


SUMBER 1 & SUMBER 2 

Baca Juga : Apakah Hukum Menghisap Vape Dan Rokok Elektronik

No comments:

Post a Comment