Artikel Terkini

Perkara Yang Nampak Remeh Tetapi Mampu Membuat Orang Sekeliling Senang Hati


Dalam kehidupan lumrah untuk seseorang berhadapan dengan rasa sedih, kecewa atau sebaliknya. Tetapi selagi mana kita dikelilingi oleh sebuah masyarakat yang bertimbang rasa, menyebarkan kebahagian serta kasih sayang dan saling menghormati antara satu sama lain pasti segala masalah mudah diselesaikan dan juga semua kesedihan dapat terubat dengan cepat.


Perkara Yang Nampak Remeh Tetapi Mampu Membuat Orang Sekeliling Senang Hati
Perkara Yang Nampak Remeh Tetapi Mampu Membuat Orang Sekeliling Senang Hati
Credit Pic : SUMBER

Siapa sangkakan hanya dengan anda melakukan beberapa perkara yang anda nampak mudah dan remeh ini mampu membawa makna yang besar untuk kehidupan orang lain.


Perkara Yang Nampak Remeh Tetapi Mampu Membuat Orang Sekeliling Senang Hati


Perkara-perkara yang mudah dilakukan bersama-sama untuk menjadikan Malaysia sebuah negara yang lebih harmoni : 


1. Memberi Signal Ketika Memandu 

Bayangkan sewaktu anda di jalan yang sesak di awal pagi hari, ada sebuah kenderaan dari sebelah kanan jalan menerpa masuk ke hadapan kereta anda tanpa memberi sebarang signal isyarat. Terketar-ketar anda menekan pedal brek. Paling menyakitkan jika ianya berlaku sepanjang hari.

Alangkah baiknya, andai semua orang tidak mementingkan diri dan fikir keselamatan orang lain. Berilah signal tak kira la anda bermotosikal ataupun kereta. Tak susah kan? Mana tahu dengan cuma memberi signal, anda telah berjaya membuat mood seseorang itu tenang dan ceria ketika memandu.


2. Memberi tempat Duduk kepada Orang Yang lebih Memerlukan

Malaysia adalah sebuah negara yang mempunyai banyak kemudahan pengangkutan awam yang terbaik di dunia. Tetapi apakan daya, masih ada segelintir daripada kita yang mementingkan diri sendiri. Tempat duduk khas untuk wanita mengandung atau golongan OKU awal-awal lagi diisi oleh orang yang mementingkan diri sendiri. 

Jadi mulai hari ini, mari kita sama-sama mempermudahkan urusan orang lain. Jika kita hormati hak orang lain, pasti esoknya nanti orang hormati hak kita juga. Siapa sangka hanya dengan memberi tempat duduk juga dapat membuatkan mereka senang hati.


3. Senyum Apabila Jumpa Semua Orang

Senyumlah walaupun hati sedang menangis. Kita tak tahu siapa yang sukakan senyuman kita. Jadi, rajin-rajinlah memberi senyuman. Tapi jangan pula asyik senyum bersendirian sudah la, nanti ada yang cakap anda kurang waras pula.

Cubalah untuk senyum dengan semua orang. Kemudian anda lihatlah hasilnya. Silap-silap nanti anda dah lupa macam mana cara nak buat muka sedih.


4. 'Greet' Rakan Sekerja Anda

Pagi-pagi kita masuk kerja, macam-macam gelagat yang boleh dilihat. Ada yang mengeluh stress dengan jalan sesak, ada yang stress kereta rosak atau membebel dengan timbunan kerja yang banyak. Jadi cuba anda greet mereka dengan mengucapkan Selamat Pagi, Selamat Bekerja atau mungkin Bertanya Khabar. Mungkin dengan ucapan ringkas itu dapat membuatkan mereka merasa sedikit lega. Dan tak mustahil juga, mereka akan meluahkan segala masalah mereka yang terpendam kepada anda. So, sebagai rakan sekerja yang baik,luangkan sedikit masa dan tumpukan perhatian kepada mereka. Tak salah kan jika kita yang mulakan menyebar kebaikan.


5. Sekali Sekala Bayarkan Makanan Untuk 'Strangers'

Yeahh...bayarkan samada makanan atau minuman untuk strangers. Tak perlu pun bayarkan yang mahal-mahal. Boleh juga bayar untuk segelas minuman. Mungkin bagi anda tak ada apa yang menarik. Tapi cuba anda bayangkan, anda membayarkan minuman atau minuman seseorang dengan harga RM 4. Dan rupa-rupanya memang hanya ada RM4 di dalam dompetnya. Mana tahu Dengan RM4 itu juga dia perlu mengisi minyak motosikalnya untuk pulang ke rumah nanti. Maka, andalah penyelamatnya. Dalam Rezeki kita juga ada rezeki orang lain, maka berkongsilah.

Jadi, secara ringkasnya, persekitaran yang baik ialah kunci utama yang boleh mempengaruhi emosi diri dan kehidupan seseorang. Jadi marilah sama-sama kita berkongsi dan menyebarkan rasa kebahagian, kasih sayang dan saling hormat-menghormati kepada semua orang.

SUMBER

Baca Juga : Punca-Punca Ilmu Susah Masuk Dalam Pembelajaran

No comments:

Post a Comment