Artikel ini dikongsikan oleh Dato' Dr Haji Mohd Fadzilah Kamsah di laman rasmi Facebook beliau berkenaan dengan 10 Ciri-ciri Isteri Idaman Suami. 

Ciri-Ciri Wanita Idaman Lelaki Zaman Sekarang
Ciri-Ciri Wanita Idaman Lelaki Zaman Sekarang
Credit Pic : SUMBER


Semoga dengan sedikit perkongsian ini memberi manfaat kepada semua pembaca.

Ciri-Ciri Wanita Idaman Lelaki Zaman Sekarang


1. Kecantikan Dalaman

Kecantikan dalaman diri seseorang akan menyerlahkan keindahan hati dan tingkah laku seseorang wanita. Walaupun beperwatakan lemah lembut, mereka masih mempunyai nilai dan prinsip yang kukuh untuk mencari nama dan wang, tidak mengikut hawa nafsu semata-mata dan tidak akan menuntut sesuatu yang bukan miliknya. Selain itu, cahaya nur juga akan terpancar di wajah wanita yang mempunyai minda serta hati yang suka bersangka baik.


2. Keanak-anakan

Sifat semulajadi lelaki yang suka menjaga, melindungi dan membimbing membuatkan lelaki suka kepada wanita yang keanak-anakan serta manja. Namun, perlu diingatkan, sifat keanakan wanita yang agak terlampau juga boleh disimpulkan bahasa wanita itu kurang matang dan boleh membuatkan lelaki menyampah dan menjengkelkan. Antaranya, bercakaplah dengan lemah lembut nadanya dan tingkahlaku yang sopan santun.


3. Bepegang Kepada Agama

Berpegang pada agama akan mengangkat martabat diri sebagai seorang wanita. Rasullulah menekankan, pilihlah yang beragama kerana agama akan menjadi kekuatan wanita dalam melindungi maruah diri demi suami tercinta.


4. Bijaksana

Jadilah seorang wanita yang bijak tetapi tidak menunjukkan memang menjadi idaman lelaki. Jika wanita terlalu suka menunjuk-nunjuk, ianya boleh mencabar ego lelaki dan menyebabkan lelaki itu menyampah serta tidak berani mendekatinya.


5. Tidak Cerewet

Wanita yang cerewet boleh merimaskan lelaki. Percakapan wanita yang kekadang gemar mengkritik, memperbesarkan sesuatu perkara yang kecil, bercakap benda yang sama dan bercakap tentang sesuatu yang tidak berasas memang menjengkelkan lelaki. Wahai wanita, anda dinasihatkan bercakaplah dengan perkataan yang indah, menghiburkan lagi bermanfaat sahaja.


6. Memahami Lelaki

Jadilah wanita yang peka pada sekeliling dan mempunyai gerak hati yang kuat untuk memahami isi hati lelaki. Ini kerana lelaki amat mengimpikan wanita yang mampu memahami situasinya dalam suka dan duka dengan hanya membaca riak wajah sahaja tanpa perlu bercakap berbicara. Lantas, bertindak menghiburkan dikala duka dan memberikan semangat serta kekuatan.


7. Tidak Terlampau Cemburu

Lelaki tidak suka wanita yang suka mengongkong dan cemburu buta terhadap lelaki. Jangan suka membuat tuduhan melulu yang beremosi tanpa bukti yang kukuh. Lebih baik jika bersangka baik dan berbincang dengan cara yang paling berhemah sebelum membuat sebarang tuduhan secara melulu.


8. Sejuk Mata Memandang

Wanita yang sentiasa bersikap bersopan santun, manis wajah, sentiasa tersenyum, menutup aurat dengan elok, ramah mesra dan menundukkan pandangan secara tidak langsung, akan mendamaikan perasaan lelaki.


9. Pandai Menaikkan Semangat Dan Motivasi

Lelaki lebih tertarik dalam mencari seorang wanita yang pandai menaikkan semangat dan bermotivasi buat dirinya. Wanita ini bukan sahaja menjadi dorongan kepada suami, malah berbakat menjadi ibu yang mampu merangsangkan minda anak-anak untuk menjadi cemerlang.


10. Sabar

Lelaki suka akan wanita yang bersabar dan tabah dengan segala ujian yang dilalui. Menjadi idaman setiap lelaki yang bergelar suami, jika sedang ditimpa kesusahan dan kesedihan, datang seorang isterinya yang solehah dan penuh kesabaran, berkata, “La Tahzan! Inna Allaha ma’a na” (Jangan bersedih, sesungguhnya Allah bersama kita). Nikmat mana lagi yang lelaki inginkan selain dari isteri yang solehah kan?



Post a Comment

Previous Post Next Post