Perkongsian artikel ini dikongsikan oleh Dato' Dr Haji Mohd Fadzilah Kamsah melalui page Rasmi Facebook beliau berkenaan tentang , 8 petua untuk mendidik anak yang bijak, kreatif dan berakhlak mulia.

Cara Mendidik Anak Menjadi Bijak, Kreatif Dan Berakhlak Mulia
Cara Mendidik Anak Menjadi Bijak, Kreatif Dan Berakhlak Mulia
Credit Pic : SUMBER

Cara Mendidik Anak Menjadi Bijak, Kreatif Dan Berakhlak Mulia

1. Bermain dengan anak. Main permainan sukan bersama anak, main permainan video game, beriadah simple bersama anak walaupun sekadar main one two som, anak akan hargai kualiti masa bersama ibu dan bapa.

2. Rajin menjawab soalan anak, walaupun benda sama ditanya banyak kali. Jangan jemu menjawab soalan anak-anak.

3. Rajin bertanya kepada anak, tunjukkan kepada mereka yang kita ambil berat terhadap mereka dan bantu mereka berfikir.

4. Kalau mereka membuat silap, betulkan kesalahan mereka sama-sama. Ajar mereka mengemas bilik bersama sama anak, ajar kemas tempat permainan, cuci pinggan, ajar anak susun selipar di luar rumah.

5. Terima hakikat yang manusia ni pelupa dan perlu diingatkan banyak kali. Kadangkala kita cepat emosi  dan tekanan dengan anak serta marah-marah anak bila sekali dua cakap kita mereka lupa, dan mereka membuat kesalahan sama berulang kali.

6. Solat dan membaca al-Quran bersama anak. Bantu anak-anak membentuk akhlak mereka dan disamping menguatkan hafazan al-Quran mereka juga.

7. Layan minat anak bersama. Tengok kartun kegemaran dia bersama-sama, main sukan kegemaran dia, ambil tahu pasal idola anak-anak.

8. Selalu peluk anak, beritahu mereka yang kita amat sayangkan mereka, bangga dengan mereka, beritahu mereka pengharapan kita terhadap mereka, supaya jadi anak soleh, beriman dan bijaksana.

Anak-anak ni ada naluri semula jadi untuk mengambil hati dan membuat kita bangga dengan mereka.

Kita yang kadangkala terlupa dan berikan expectations yang melampau terhadap anak-anak, sehingga membuatkan mereka menjauhi kita.

Berilah senyuman dan kemesraan kepada anak, sebab pulangannya terlalu indah tak terkira.



Post a Comment

Previous Post Next Post