Perkongsian ini di kongsikan oleh Dato' Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah berkenaan benarkah anak sulung seorang yang keras kepada dan ego. Semoga bermanfaat. 

Betul Ke Anak Sulung Ini Ego?
Betul Ke Anak Sulung Ini Ego?
Credit Pic : SUMBER

Betul Ke Anak Sulung Ini Ego?


1. Ego

Walaupun boleh bertolak ansur, namun anak sulung dilihat sedikit ego dan tegas dalam segala hal. Mungkin istilahnya mereka tidak mahu dipandang lekeh dalam segala hal apatah lagi diperkecilkan kebolehan dan kemahiran mereka. Malah anak sulung juga tidak suka diarahkan segala tingkah laku yang bakal mereka lakukan.


2. Bertolak Ansur & Rasional

Walaupun begitu, dalam tingkah laku ketegasannya, anak sulung juga dikatakan boleh bertolak ansur dalam segala hal. Hal ini kerana mungkin anak sulung cuba bersikap rasional dalam segala hal terutamanya sekali kepada adik beradiknya yang berada di bawahnya.


3. Lebih Tegas

Ya!!!  anak sulung biasanya lebih tegas berbanding anak-anak yang lain. Mungkin sebagai ketua kepada adik-adiknya, sikap mereka ini lebih terserlah. Mungkin sebab mereka cuba menunjukkan sikap dan rasa tanggungjawab mereka kepada ibu ayah serta kesemua adik beradik lain sebagai contoh dan teladan.


4. Mengawal Orang Lain

Perkara ini sering dikaitkan dengan kebolehan anak sulung yang bijak bermain dengan kata-kata. Keramahan serta pergaulannya yang lebih perngalaman luas membolehkan dia mengawal situasi dengan baik dan mengawal orang lain di persekitaran juga. Disebabkan itu juga ianya dikaitkan dengan rasa hormat adik beradik lain kepada anak sulung yang lebih tinggi ilmunya.


5. Lebih Bijak

Sebagai orang yang terawal, anak sulung dilihat lebih bijak dalam menguruskan segala hal. Ini termasuklah berjaya di dalam peperiksaan dan kerjaya. Kesungguhan ini di dorong oleh rasa ingin dicontohi oleh orang lain terutama sekali adik beradik sendiri yang berada di bawahnya.



Post a Comment

Previous Post Next Post