Bagi penggemar roti, anda mesti sudah kenal dengan beberapa jenama roti popular tanah air. Sebut sahaja roti Gardenia, anda pasti dengan mudahnya sudah dapat merasai keenakkan dan kelembutan roti putih jenama tersebut.

Maksud Disebalik Tag Harga Roti Gardenia Berbeza-Beza Warna
Maksud Disebalik Tag Harga Roti Gardenia Berbeza-Beza Warna
Credit Pic : SUMBER

Sudah jadi kebiasaanya, roti gardenia ini dibeli secara kerap kerana biasanya tidak mampu bertahan lama. Roti gardenia ini hanya mampu bertahan untuk beberapa hari sahaja sebelum tarikh luputnya tiba.

Maksud Disebalik Tag Harga Roti Gardenia Berbeza-Beza Warna


Boleh rosak mood kan, bila ambil roti nak buat sandwich atau dicelup dalam air teh ketika minum petang, tengok pada tag tanda harga, tarikh luputnya dah lepas.
Tapi sekejap, anda penggemar roti tahu tak yang tanda harga roti sebenarnya mempunyai warna yang berbeza-beza? Dan satu lagi, percaya tak  bahawa warna tag harga yang berbeza-beza membawa maksud yang tersendiri bagi setiap satu darinya?

Sebenarnya, tag tanda harga gardenia yang anda gemar beli itu mempunyai warna yang berbeza-beza kerana itu mempunyai maksud unik yang tersendiri. Ada yang mengatakan bahawa warna-warna ini mewakili hari roti berkenaan dihasilkan. Betul ke?

Secara umumnya, terdapat lima warna yang digunakan oleh pihak pengeluar iaitu warna Biru, Hijau, Merah, Putih dan Kuning dan warna-warna tersebut mewakili :

1. Biru - Isnin
2. Hijau - Selasa
3. Merah - Khamis
4. Putih - Jumaat
5. Kuning - Sabtu

Bagaimanapun, carian kami membawa penemuan sekeping gambar daripada laman web The Philippine Beat yang sedikit berbeza berbanding di atas. Gambar berkenaan merupakan infografik daripada Gardenia.


Maksud Disebalik Tag Harga Roti Gardenia Berbeza-Beza Warna
Maksud Disebalik Tag Harga Roti Gardenia Berbeza-Beza Warna
Credit Pic : SUMBER

Infografik ini juga menyenaraikan warna tag tanda harga yang lengkap untuk tujuh hari dan warna-warna ini membawa maksud sedikit berbeza.

Jika warna-warna di atas mewakili hari roti berkenaan dihasilkan, untuk Gardenia pula, warna-warna dibawah ini pula mewakili hari roti gardenia yang segar berkenaan dihantar ke kedai-kedai. Warna-warna berkenaan adalah :

  •  Tan – Isnin
  •  Oren – Selasa
  •  Kuning – Rabu
  •  Biru – Khamis
  •  Hijau – Jumaat
  •  Merah – Sabtu
  •  Putih – Ahad


Semua warna-warna diatas disebut sebagai ”The Colour of Freashness”. Namun begitu, ada sesetengah syarikat pengeluar menggunakan warna mereka yang tersendiri untuk untuk tujuan yang pelbagai.

Apapun, dengan bantuan tarikh luput yang tertera dan hari yang diwakili oleh tag tanda harga bewarna, ia membolehkan anda menentukan kualiti dan kesegaran roti yang ingin dibeli dengan lebih tepat. Mungkin, dapat menjimatkan duit anda pada masa yang sama.



Post a Comment

Previous Post Next Post