Roti Gardenia? Brand apa tu? Bohong la kan kalau anda semua tidak pernah dengar nama roti Gardenia kan? Satu jenama buatan Malaysia yang memang terkenal kerana menepati selera rakyat Malaysia.

Pengasas Roti Gardenia Yang Ramai Tidak Ketahui
Pengasas Roti Gardenia Yang Ramai Tidak Ketahui
Credit Pic : SUMBER

Macam tak percaya,  tidak sangka yang pemilik syarikat ini orang melayu terkaya di malaysia mahupun di dunia. Siapa lagi kan yang terkaya kalau bukan Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary. Beliau datang dari keluarga miskin semasa kecil. Kisah hidup beliau memang sangat  dikagum. 

Pengasas Roti Gardenia Yang Ramai Tidak Ketahui


Seawal di sekolah rendah lagi, beliau sudah pandai membantu ibunya menanam sayur, berniaga di pasar dan menjual roti canai. Bila selesai waktu sekolah pula, pada waktu petang dia membantu ayahnya menggembala haiwan ternakan. Dari situ kita dah nampak kecekalan beliau kan.

Pada awal permulaan, penternakan ayahnya telah bankrup , gara-gara jangkitan penyakit kaki tangan dan mulut. Habis hancur berkecai pernigaan itu. Tapi bagi Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary perkara itu baginya adalah suatu cabaran dalam perniagaan. Orang kata dari keperitan hidup itulah kita belajar untuk terus berjaya. 

Tidak semudah itu, beliau membuat bisnes lain pula iaitu pengangkutan. Semakin hari, semakin berjaya. Setelah itu, beliau cuba pula menceburi bisnes berasaskan beras. Ini juga terbukti berjaya dan semakin berkembang dan terus maju , ditambah lagi menceburi dalam perniagaan pakaian dan perkapalan. Malah, beliau juga tidak lupakan bisnes roti gardenia ini. 

Jasa dan pengorbanan Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary ini memang banyak, sama ada dalam komuniti masyarakat atau agama. Beliau tidak memikirkan dunia semata-mata, akhirat tidak dilupa. Bak kata beliau," Saya tidak mengumpul harta untuk isteri dan anak. wang bukan segala-galanya. Apa yang akan membantu saya di masa hadapan adalah kebaikkan yang telah dilakukan".

Biodata Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary

  • Umur : 53 tahun
  • Pendidikan : SPM
  • Mula berniaga : 19 tahun 
  • Kekayaan : RM1,425 juta
  • Ranking : Ke 7 terkaya di Malaysia manakala Ke 32 terkaya di Asia Tenggara (Forbes)

Antara syarikat miliknya :
  • MMC,
  • Pelabuhan Tg. Pelepas,
  • BERNAS,
  • Gardenia,
  • DRB-HICOM dan
  • Bank Muammalat

Kereta : Proton Perdana

Sumbangan sosial :
  • Yayasan Al-Bukhary,
  • Institusi pengajian untuk 3,000 pelajar,
  • Muzium Kesenian Islam,
  • Kompleks Al-Bukhary,
  • Menaja kelas tuisyen untuk pelajar Melayu,
  • Pengindahan Masjid Negara,
  • Sumbangan RM1 juta untuk Tabung Tsunami dan
  • Membantu dengan menaja setiap tahun penghantaran rakyat Malaysia yang tak mampu untuk tunaikan haji.
  • Masjid di Lapangan Terbang Senai,Johor


Post a Comment

Previous Post Next Post