Semua orang di dunia ini mengimpikan suatu kehidupan yang indah bersama pasangan selepas alam perkahwinan, ada juga segelintir orang yang mengalami perasaan gemuruh, takut dan phobia akan kehidupan selepas perkahwinan.

Apa Itu Gamophobia?
Apa Itu Gamophobia?
Credit Pic : SUMBER



Ianyai dkenali sebagai ‘Gamophobia’, ia merupakan satu perasaan takut untuk memasuki ke alam perkahwinan, dimana individu tersebut tidak yakin dengan diri sendiri dalam memberi komitmen kepada satu kehidupan yang baharu iaitu berkahwin.

Apa Itu Gamophobia?


Seseorang yang mempunyai gamophobia mungkin pernah mengalami trauma dalah hiudp mereka seperti pengalaman ibu dan bapa mereka yang telah bercerai, atau melihat kepada kegagalan perkahwinan sahabat-sahabat yang mendorong mereka untuk tidak berkahwin dan mereka lebih rela hidup membujang sampai ke tua.

Kegagalan dalam percintaan juga boleh menjerus seseorang itu untuk mempunyai gamophobia.
Malah, mereka yang sudah berkeluarga juga tak terlepas daripada mengalami gamophobia ini dan boleh menyebabkan mereka lebih selesa untuk bercinta namun tidak terikat dengan apa-apa komitmen di alam perkahwinan.

Terdapat beberapa simptom fizikal gamophobia, seperti degupan jantung menjadi kencang, sakit dada, pening, berpeluh-peluh dan mengalami kesukaran untuk bernafas.
Bagi mengurangkan perasaan gamophobia ini daripada membelenggu diri, individu yang mengalami gamophobia ini dinasihatkan untuk berjumpa dengan pakar piskologi bagi menjalani terapi.

Segera dapatkan khidmat serta nasihat daripada pakar sekiranya ia mula menjadi masalah kepada kehidupan anda.



Post a Comment

Previous Post Next Post