Kemurungan adalah gangguan perasaan seseorang yang boleh menyebabkan seseorang itu akan berasa sedih yang berlarutan, kepenatan dan ketiadaan tenaga, mudah marah serta hilang minat dalam aktiviti harian.
![]() |
Apa itu Kemurungan (Despression)? Credit Pic : SUMBER |
Ia boleh berlarutan sekurang-kurangnya dalam masa 2 minggu. Penyakit ini tidak kira umur, jantina atau bangsa.
Apa itu Kemurungan (Despression)?
Kemurungan boleh berlarutan sehingga berbulan-bulan bahkan bertahun-tahun.
Penyebab/ Punca Kemurungan
• Perubahan kimia dalam otak iaitu berlaku ketidakseimbangan kimia (Neurotransmitter Serotonin dan Neropinephine)
• Baka keturunan : seseorang yang mempunyai keluarga yang mempunyai sejarah kemurungan
• Persekitaran : Peristiwa hidup lampau dan kekurangan daripada sokongan keluarga
• Ubat-ubatan : Sesetengah jenis ubat darah tinggi boleh mencetuskannya
kemurungan.Walaubagaimanapun, ia akan beransur hilang apabila ubat tersebut diberhentikan
• Penyakit-penyakit lain : seperti gangguan fungsi thyroid hypothyroidsm juga boleh menyebabkan kemurungan
• Corak pemikiran : terdapat corak tertentu dalam pemikiran yang boleh mencetus kemurungan. Ini termasuklah bagaimana persepsi kita kepada diri sendiri, kehidupan dan dunia keseluruhannya.
• Stressor (punca stres) juga berupaya terjadinya kemurungan sekiranya tidak dikawal.
• Peristiwa lain yang boleh terjadinya kemurungan termasuklah penyalahgunaan dadah berbahaya dan ketagihan arak terlampau, juga menghidapi penyakit serius.
• Kehilangan orang yang disayangi
• Baru melahirkan anak
Tanda-tanda dan gejala kemurungan
• Kesedihan atau “kekosongan” perasaan yang berpanjangan
• Hilang minat atau keseronokan pada hobi sendiri lain yang biasanya mendatangkan keseronokan
• Mudah berasa letih dan tidak bertenaga
• Perasaan pesimistik dan mudah putus asa
• Perasaan bersalah
• Rasa diri tidak berguna
• Gangguan waktu tidur, bangun tidur terlampau awal atau tidur berlebihan
• Hilang selera untuk makan dan penurunan berat badan secara mendadak
• “Rasa seperti mati lebih baik”, kekadang disertai dengan percubaan untuk membunuh diri
• Rasa tidak tenteram dan mudah marah
• Kurang daya tumpuan dan ingatan
• Sukar membuat keputusan
• Sakit kepala, sengal-sengal badan dan gangguan penghadaman
• Kurang nafsu seksual
• Pergerakan menjadi kaku atau menjadi resah gelisah
• Mudah cemas atau fobia
Siapa yang berisiko
• Pernah mengalami kemurungan pada masa lepas
• Mempunyai ahli keluarga yang menghidap kemurungan
• Penghidap penyakit kronik seperti Kanser, Diabetes, Hipertensi, Sakit Buah Pinggang, Strok, Sakit Jantung atau kesakitan berpanjangan)
• Hilang anggota tubuh badan secara tiba-tiba
• Kematian orang yang disayangi secara tiba-tiba
• Perceraian
• Masalah rumahtangga
• Masalah keluarga
• Penyalahgunaan dadah dan arak
• Pengambilan ubat-ubatan tertentu
• Mangsa penderaan
• Tekanan di tempat kerja
• Pernah mengalami penderaan semasa kanak-kanak
• Kecenderungan mudah risau atau bimbang
• Perasaan sedih selepas bersalin (dalam berpantang)
• Krisis ekonomi
Kesan sampingan
• Mulut menjadi kering : minum air yang banyak, kunyah gula-gula getah yang kurang gula,
bersihkan gigi setiap hari.
bersihkan gigi setiap hari.
• Sembelit
• Masalah pundi kencing
• Masalah seksual
• Penglihatan yang kabur
• Pening
Pencegahan
• Ketahui penyakit anda
• Patuh kepada ubat-ubatan dan rawatan susulan
• Ber tenang dan sentiasa bersikap positif
• Rancang kewangan anda
• Amalkan gaya hidup sihat
• Menyertai aktiviti yang boleh membuatkan hati kita gembira. Contohnya mendengar lagu, menonton wayang, menonton video kegemaran atau bersenam.
• Senaraikan tugasan yang besar kepada yang kecil
Rawatan
Penyakit kemurungan boleh dirawat, lebih 80% orang daripada pesakit dapat disembuhkan sepenuhnya dengan rawatan yang teratur dan intensif
• Penggunaan ubat ‘Anti-depressant’
• Terapi elektrokonvulsif (ECT)
• Psikoterapi
• Kaunseling
Apa yang perlu anda lakukan jika mengalami kemurungan
• Rujuk dengan doktor di Hospital atau klinik Kesihatan yang berdekatan
• Berjumpa dengan kaunselor
• Membuat sesuatu yang boleh membuat anda tersenyum dan ketawa
• Rehatkan diri dari perkara rutin
• Elakkan membuat keputusan yang besar dan berisiko tinggi
• Senaraikan tugasan yang besar kepada yang kecil dan beri keutamaan
• Dekatkan diri kepada tuhan
Salah faham tentang kemurungan
• Ianya tidak boleh dirawat
• Ianya boleh hilang dengan sendirinya
• Ianya sesuatu yang memalukan
• Ianya petunjuk seorang yang mempunyai perwatakan yang lemah
Baca Juga : Tips Mencegah Batu Karang
0 Comments