Zaman belajar adalah zaman dimana mahasiswa mendapat pelbagai ilmu dan peluang di universiti. Di universiti, masing-masing akan diberi peluang untuk belajar pelbagai jenis ilmu sama ada yang di luar kelas mahupun yang di dalam kelas.

Tips Mudah Elakkan Mengantuk Semasa Pembelajaran Atas Talian
Tips Mudah Elakkan Mengantuk Semasa Pembelajaran Atas Talian
Credit Pic : SUMBER

Namun, perkara tersebut terbatas kerana pandemik COVID-19 yang melanda negara kita hari ini dan  telah menyebabkan sosial dijarakkan. Kelas pembelajaran hanya dilakukan secara atas talian sahaja.

Tips Mudah Elakkan Mengantuk Semasa Pembelajaran Atas Talian


Walaupun ia tidak mengehadkan kita untuk menuntut ilmu, namun auranya tidak sama. Jika belajar secara bersemuka di dalam kelas, kita dapat melihat pelbagai ragam kawan kelas dan tiada sebarang gangguan internet yang dihadapi.

Namun, suasana kali ini berbeza ditambah pula dengan mereka yang berada di rumah dan perlu menghadap komputer riba atau gajet seharian jika jadual kelasnya yang padat tanpa melakukan pergerakan, ia sedikit sebanyak boleh menghadirkan rasa mengantuk dan bosan.
Jadi, bagaimana untuk menghilangkan perasaan tersebut?


#1 – Sediakan air mineral bagi membantu anda kekal berjaga. Kandungan oksigen di dalam air mineral atau air putih dapat membantu anda mengurangkan ngantuk berbanding dengan meminum air yang mengandungi kandungan gula.

#2 – Jangan skip sarapan pagi kerana ia dapat membantu anda bekalkan tenaga untuk memulakan hari anda.

#3 – Sekali sekala, berkomunikasilah dengan rakan sekelas anda di dalam group perbualan WhatsApp. Mungkin lawak daripada mereka boleh membantu anda supaya kekal bertenaga.

#4 – Tukar posisi tempat belajar anda. Jika anda dah mula rasa bosan atau mengantuk belajar di dalam bilik, boleh tukar belajar di luar rumah atau di ruang tamu. Asalkan ia tidak mengganggu fokus anda serta rutin ahli keluarga yang lain.

#5 – Sediakan makanan ringan seperti snek di tempat belajar anda.

#6 – Ulang kaji sepintas lalu topik yang akan diajarkan oleh pensyarah atau guru anda agar ianya memudahkan lagi anda memahami sesebuah topik terlebih dahulu.

#7 – Jika anda seorang pencinta kopi, anda boleh mengambilnya dalam kuantiti yang sederhana kerana ia adalah minuman popular yang boleh menghilangkan rasa mengantuk selain air putih. Namun, jangan diambil secara keterlaluan, bimbang jika ia boleh mendatangkan mudarat.

Mengantuk adalah satu perasaan biasa yang datang terutamanya apabila mempunyai rutin harian yang sama dalam jangka masa yang lama.

Tetapi, ianya dapat dikawal dengan mencuba beberapa tips yang dikongsikan. Jangan dilayan sangat perasaan tersebut kerana adab terhadap guru dan ilmu perlu sentiasa dititikberatkan.

Semoga anda menjadi penuntut ilmu yang diredaiNya !!



Post a Comment

Previous Post Next Post