Artikel Terkini

Pengalaman Temuduga Pembantu Awam SUK Pulau Pinang


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera buat pembaca-pembaca sekalian. Pada entri kali ini sy nak kongsikan pengalaman temuduga Pembantu Awam H11 di Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang (SUK).

Pengalaman Temuduga Pembantu Awam SUK Pulau Pinang
Pengalaman Temuduga Pembantu Awam SUK Pulau Pinang
Credit pic : SUMBER

Bila sebut Pembantu Awam apa yg terlintas di fikiran anda? Adakah anda tahu apa itu Pembantu Awam ? 

Pengalaman Temuduga Pembantu Awam SUK Pulau Pinang


Mari kila lihat, tugas2 Pembantu Awam (Sumber SPA) : 


- Menjalankan tugas penyelamat (lifeguard) di kawasan kolam renang.

- Menjalankan tugas pemanduan enjin sangkut/motobot

- Melaksanakan tugas-tugas lain yg diarahkan oleh ketua jabatan

Dari rujukan sy pula, Pembantu Awam ni lebih kepada pertukangan mcm sapu sampah, potong pokok, bersihkan kawasan2 tertentu, mencuci longkang dan lain2 lagi. Jangan risau, yg penting kerja halal. (Tak silap sy, kalau yg perempuan akan ditempat di Office).


Soalan-Soalan Temuduga Pembantu Awam H11 di Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang (SUK) :

- Apakah tugas-tugas Pembantu Awam ?

- Berapakah daerah Pulau Pinang dan nyatakan?

- Nama SUK dan Timbalannya (Dlu sy pernah sebut Pengarah SUK ternyata silap x ada jawatan Pengarah SUK dlm kerajaan negeri)

- Nama Gabenor Pulau Pinang (Kena sebut penuh besertakan gelaran)

- Sanggup kerja di tengah panas ?

- Sanggup membuat kerja2 kotor seperti mencuci longkang?

- Sanggup kerja selain negeri pulau pinang ?

- Apakah perbezaan kerajaan dan swasta ?

- Pekerjaan ni x sesuai untuk perempuan kerana perlu perbaiki mesin2, angkat berat, adakah anda boleh melakukannya juga ? (Selalunya pompuan akan kena soalan mcm ni)

- Apakah kelebihan yg ada pada awak yg x ada pada calon lain? 

- Berapa kali awak temuduga ?

- Apakah yg membuatkan anda gagal temuduga sebelum2 ni ? (Kalau dh banyak kali iv)


Pengiraan markah di ambil kira semasa temuduga berdasarkan : 


-Personaliti diri dan Perwatakan anda

- Kelayakan Akademik

- Percakapan serta Cara Penyampaian Menjawab Soalan 

- Minat, Pengetahuan Am dan lain2

Bagi sesiapa yang tercari-cari panduan atau tips lulus temuduga kerajaan boleh dapatkan panduan di sini > Klik <

Bagi sesiapa yg tercari2 soalan2 temuduga SUK, ni contoh2 soalan yg pernah ditanya pada sy. Akhir kata, sy ucapkan Selamat Maju Jaya buat semua.



No comments:

Post a Comment