Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Dah lama saya tak update pasal skop tugas ni kan. Tak sempat nak karang buat ayat elok-elok beberapa bulan ni. Busy sikit dengan projek , sekarang dh habis projek boleh la fokus kejap pada blog dan travel bersama family.
Skop Tugas Pembantu Operasi N11 Yang Sebenar 2019 Credit Pic : SUMBER |
Skop Tugas Pembantu Operasi N11 Yang Sebenar 2019
Jawatan ni boleh naik gred sampai N16. Kiranya Dari Gred 11 ke Gred 14 dan last ke Gred 16. Pembantu Operasi N11 ni dimana-mana kementerian pon ada. Skop tugas Pembantu Operani N11 ni atau lebih dikenali PO ni adalah sama sahaja di mana2 jabatan atau kementerian.
Pembantu Operasi N11 ni ada unform tak kiralah lelaki atau perempuan. Warna uniform PO ni ialah baju berwarna biru muda dan seluar bewarna biru gelap atau hitam.
Ok jom saya huraikan skop tugas Pembantu Operasi N11 ni ialah :
- Membuat salinan (fotostet) setiap surat-surat yang diminta sebanyak mana yang diperlukan dari pengawai yang berkehendakkan khidmat tersebut.
- Memastikan mesin fotostet sentiasa dalam keadaan yang baik.
- Memastikan kertas dan toner sentiasa mencukupi.
- Membantu PT fail dalam urusan pelupusan fail atau rekod.
- Memasukkan nombor bilangan surat serta mengemaskini kertas minit setiap kali surat dimasukkan ke dalam fail.
- Membawa kenderaan jia kekurangan pemandu dengan kebenaran Ketua Pengarah.
- Menggantikan tugas-tugas Pembantu Awam atau Pembantu Operasi lain sekiranya bercuti atau bertugas luar.
- Membantu PT Aset menyimpan barangan , aset dan bekalan alat tulis di tempat yang ditetapkan.
- Membuat kerja-kerja binding
- Dan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh ketua cawangan.
Baiklah, itulah sedikit sebanyak skop tugas Pembantu Operasi N11 yang boleh dijadikan panduan untuk anda. Di lain entri saya akan kongsikan pula skop tugas Pengawai Khidmat Pelanggan N19.
Baca Juga : Pengalaman Temuduga Pembantu Awam SUK Pulau Pinang
Tugas pembantu operasi ni ikut keperluan jabatan jugak, kekadang ade yg xde kena mengena dgn tugas. dan ada yg buat kerja kerani dan sbgnya. Multitask
ReplyDeleteIkut pada Jabatan...majoriti skop tugas PO mcm artikel di atas
DeleteTugas pembantu operasi tp keja kena buat tugas pembantu tadbir fail keseluruhan, tambah dgn tugas hakiki lagi kena buat....sabaq ja
ReplyDeleteP.O membatu melicinkan proses atau kerja-kerja pengurusan pejabat, jadi semua staf boleh mintak tolong P.O.. sbb namapun pembantu jadi kenalah bantu..kan
DeleteAdakah tugas pembersihan tandas pejabat, bilik guru,bilik kaunseling, bilik guru disiplin, perpustakaan sekolah, bilik menyuarat termasuk dalam skop kerja p.o?? Minta pemdapat
ReplyDeleteapa dasarnya cuci pejabat bukan tugas P.o..tapi tugas makcik cuci, tapi jika tiada perkhidmatan makcik cuci, P.O boleh melaksanakan kerja2 seumpama itu jika ketika itu tiada tugas2 utama yang hendak diselesaikan... dan ia menjadi tugas jika diarahkan oleh pegawai kita kerana ia termasuk dlm perkara arahan dari masa ke semasa... namun arahan dari masa ke semasa juga termaktub dalam tugas2 P.O yang telah ditetapkan.. anggap saja apa yang kita buat walaupun bukan dari skop tugas kita tu sebagai kebajikan..
DeletePost a Comment