Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Tahun 2020 bakal bermula. Jadi, apa perubahan atau matlamat serta harapan yang ada mahu lakukan di masa depan. Agak-agak matlamat pada tahun ni banyak tercapai x? Dalam hidup ini..saya mempunyai 9 matlamat yang perlu saya kecapi. Saya sudah perolehi 5 sasaran, hanya perlu 4 lagi matlamat saya yang belum tercapai. Akan memakan masa yang agak lama. 

Skop Tugas Sebenar Pembantu Awam H11
Skop Tugas Sebenar Pembantu Awam H11
Credit Pic : SUMBER

Bagi saya, kejayaan bermula daripada anda sendiri, bukan daripada orang lain. Ini bermakna, jika anda gagal, anda tidak boleh menyalahkan sesiapa melainkan diri anda sendiri. Jika hari ini, anda lengkapkan lembaran matlamat anda, kejayaan dan kegembiraan akan anda capai di masa hadapan.

Skop Tugas Sebenar Pembantu Awam H11 


Jadi berbalik kenapa entri lepas, saya akan menerangkan Skop Tugas Sebenar Pembantu Awam. Pernahkah anda dengar Apa Itu Pembantu Awam H11?

Tanpa membuang masa, jom kita fahami tentang kewujudan dan skop-skop pembantu awam. Tujuan perwujudan jawatan ini adalah untuk melaksanakan dan membantu pelbagai urusan pengoperasian termasuklah tugasan yang memerlukan keupayaan fizikal di dalam dan di luar pejabat. 

Untuk jawatan Pembantu Awam H11 lebih kepada fizikal. Maksudnya menggunakan tenaga yang banyak. Sebagai contoh mengangkat barang, membantu dalam urusan pejabat dan lain-lain. Pembantu Awam H11 ni ada uniform berwarna kuning cerah dan berseluar slack hitam. Elaun untuk uniform juga akan diperoleh termasuk juga kasut.


Skop Tugas Pembantu Awam


- Menjalankan tugas mengambil dan menghantar barang atau dokumen rasmi kerajaan  ke jabatan luar.

- Memproses surat untuk dihantar ke agensi luar.

- Menfailkan dokumen rasmi jabatan.

- Membuat salinan dokumen mengikut keperluan jabatan.

- Membantu dalam urusan pelupusan fail.

- Membantu dalam memindahkan peralatan atau barang bagi aktiviti jabatan mengikut keperluan.

Skop tugas Pembantu Awam H11 akan berbeza-beza mengikut jabatan dan kementerian.

Rahsia Mudah Lulus Temuduga Kerajaan > Klik disini <


Sampai disini saja perkongsian saya kali ini, diharap dengan perkongsian ini sedikit sebanyak dapat membantu anda dalam mengetahui skop-skop tugas Pembantu Awam H11.

Untuk di lain entri, saya akan kongsikan bagi Jawatan Pembantu Antidadah S19. Akhir kata, tiada rahsia untuk menggapai kejayaan, kerana kejayaan itu dapat terjadi kerana persiapan, kerajinan, pengorbanan serta mahu bangkit dan belajar dari kegagalan. Jangan pernah menyesali sesuatu perkara yang pernah membuatkan anda tersenyum.


6 Comments

  1. Salam. Boleh cerita lebih details ke tentang skop kerja h11 ni?

    ReplyDelete
  2. Kalau takda lesen memandu boleh memohon jawatan ni ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tidak tau laa bos. Sy pun mau tau juga jawapan. 😂😂

      Delete
    2. Bgantung tempat kerja dmana kta d tetapkn , sbaiknya mountain lesen memandu

      Delete
  3. perempaun boleh ke mohon jawatan ni

    ReplyDelete
  4. Saya tmuduga di kuching sarawak esok.

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post