Hidup ini indah jika dapat melakukan perkara yang kita suka, apatah lagi jika dibayar. Namun tidak kurang  dalam kalangan kita yang dihantui kebosanan kerja. Anda diberi pilihan, dia akan memilih untuk berhenti kerja. 

Tips Untuk Bahagia Dengan Kerja Yang Dilakukan Setiap Hari
Tips Untuk Bahagia Dengan Kerja Yang Dilakukan Setiap Hari
Credit pic : SUMBER


Bagaimanapun, kerja harus diteruskan kerana terikat dengan tanggungjawab mencari nafkah.

Tips Untuk Bahagia Dengan Kerja Yang Dilakukan Setiap Hari


Islam mengajar umatnya bersyukur kepada Allah kerana masih mempunyai pekerjaan dalam meneruskan kelangsungan hidup. Kita juga harus kreatif penyubur cinta kepada kerja agar hati bahagia dan mendapat pahala berganda. Bagaimana untuk bahagia dengan kerja yang dilakukan setiap hari ?


1. Lakukan Perubahan Walaupun Kecil.

Kebosanan antara punca rasa tidak puas hati di tempat kerja. Justeru cabar diri untuk melaksanakan tugas dengan cara berbeza. Jika sebelum ini anda menyelesaikan tugas berseorangan, berubahlah kepada berkumpulan. Semakin ramai, semakin banyak idea dan pendapat boleh dikongsi bersama. Secara langsung, anda telah menambah nilai pada diri dan kumpulan. Kuasa kita adalah mengubah diri sendiri.


2. Betulkan Niat

Niat umpama navigasi yang memjadi tunjang misi pekerjaan seseorang. Yakin kepada ketentuan dan balasan Allah bahawa kerja yang sedang dibuat untuk mendapat keredaan Allah. Kemampuan anda untuk berusaha mencari rezeki merupakan natijah usaha untuk mencapainya.
''Sesungguhnya semua tindakan di dorong oleh niat dan bagi setiap orang adalah apa yang diniatkan.'' (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

3. Elakkan Mengeluh.

Tanpa sedar kita sering mengeluh dalam sindiran atau gurauan yang akhirnya menjadi 'viral' dalam pemikiran. Keluh kesah dan tidak berpuas hati dengan apa yang kita peroleh akan merosakkan amalan.

Bersyukur dan sedar bahawa ganjaran upah daripada majikan dan ganjaran pahala Allah adalah atas apa yang kita usahakan. Getarkan hati bahawa keredaan Allah lebih utama daripada yang lain. Pahala tersekat kala lidah mengeluh seolah-olah tidak reda dengan Allah.


4. Bergaul Dengan Orang Positif

Berdampinglah dengan mereka yang berkenyakinan dan berusaha menjadi lebih baik setiap hari. Bukan bermaksud memutuskan persahabatan dengan rakan yang sebaliknya , tetapi perlahan-lahan berusaha membantu mereka untuk mengubah sikap dan persepsi supaya lebih positif.

Sangat penting untuk kita menjarakkan diri daripada mereka yang sentiasa merungut tentang kerja dan berpandangan negatif tentang segala-galanya. Dia tidak pernah rasa berpuas hati, walaupun masih bekerja di tempat yang sama. Merekalah 'pekerja bertoksik'. Racun berbahaya merosakkan pemikiran orang lain.


5. Motivasi Diri

Jika tahap motivasi anda rendah atau anda dilanda kebosanan, berpaling kepada perkara lain yang mampu memotivasikan diri. Cabar diri, tetapkan sasaran dan matlamat baharu serta bercita-cita tinggi setiap hari.

Kejar dan lestarikan cabaran baharu anda dengan tekun, belajar menggunakan masa dengan betul dan produktif dan pastikan pastikan setiap hari anda mempunyai sasaran baharu untuk ke tempat kerja.


SUMBER - Haji Zainuddin Ali

Post a Comment

Previous Post Next Post