Artikel Terkini

Asal Usul Penciptaan Peti Ais Yang Jarang Orang Ketahui


Semasa cuaca panas, kita memerlukan sesuatu yang dingin untuk menyejukkan badan kita. Kita juga memerlukan tempat yang sejuk untuk menyimpan barang-barang yang mudah rosak seperti sayur-sayuran, lauk-pauk, dan lain-lain lagi. Oleh itu, pelbagai cara dilakukan untuk mengatasinya.

Asal Usul Penciptaan Peti Ais Yang Jarang Orang Ketahui
Asal Usul Penciptaan Peti Ais Yang Jarang Orang Ketahui
Credit Pic : SUMBER

Masyarakat zaman dahulu telah mencuba pelbagai cara untuk mendapatkan tempat yang sejuk. dan kelayinan antara penyejuk bekuan dan penyamanan udara,Misalnya pada tahun 1000 SM, rakyat China memotong dan menyimpan ais. 

Asal Usul Penciptaan Peti Ais Yang Jarang Orang Ketahui


Sekitar 500 SM pula, orang Arab dan India pula membekukan air pada waktu malam dan menyimpannya dalam bekas bagi mengelakkan ais itu mencair. Pada abad ke-18 pula, masyarakat England akan mengutip ais semasa musim sejuk dan menyimpannya dalam rumah sejuk. 

Ais tersebut dibungkus dengan meletakkan garam dan disimpan di bawah rumah agar ais itu sentiasa beku bagi kegunaan semasa musim panas.

Pada abad ke-19, kotak ais telah pun digunakan di England. Para ilmuan telah mencuba pelbagai cara untuk mencipta sebuah mesin yang dapat menyejukkan sesuatu benda. Oleh itu, kaedah penyejukan pertama telah direka oleh William Cullen dari Universiti Glasgow, Scotland pada tahun 1748. 

Kemudian pada tahun 1805, Oliver Evans, iaitu seorang pencipta dari Amerika Syarikat pula telah mereka dan mengubahsuai mesin peti sejuk yang pertama di dunia. Hasil daripada rekaan Evans telah mendorong pereka lain untuk mencipta peti sejuk yang lebih baik dari sedia ada.

Dalam sekitar tahun 1844, John Gorrie iaitu seorang doktor dari Florida telah berjaya menghasilkan satu alat yang berinovasikan dari ciptaan Evans untuk membuat ais bagi menyejukkan udara untuk merawat pesakit-pesakit kuning. Peti sejuk perdagangan yang pertama untuk menyejukkan makanan telah dijual oleh Syarikat General Electric pada tahun 1911. Namun begitu, peti sejuk yang lengkap sepenuhnya telah dicipta oleh Alfred Mellowes pada tahun 1915.


SUMBER

Baca Juga : Apa Itu Hypophrenia ? (Sedih Tanpa sebab)

No comments:

Post a Comment