Sifat dendam adalah satu perkara yang bukan sahaja tidak baik di sisi agama malah ia boleh mendatangkan banyak keburukan. Dan keburukan itu bukannya hanya datang untuk orang yang ingin dibalas dendam tetapi buat si pendendam itu juga.

Ciri-Ciri Seorang Pendendam Yang Perlu Anda Elakkan Dalam Diri
Ciri-Ciri Seorang Pendendam Yang Perlu Anda Elakkan Dalam Diri
Credit Pic : SUMBER

Amarah yang tidak terkawal lalu melahirkan rasa dendam sebenarnya tidak elok untuk pembentukan sashsiah jati diri seorang yang baik dan dapat menerima apa sahaja yang berlaku dalam hidupnya.

Ciri-Ciri Seorang Pendendam Yang Perlu Anda Elakkan Dalam Diri


Ya, reaksi orang akan berbeza-beza apatah lagi jika diuji dengan pelbagai cara yang dirasakan tidak adil untuk kita. Namun dengan berdendam ia tidak akan mendatangkan keuntungan kepada sesiapa sahaja.

Sifat dendam ingin membalas perbuatan orang lain hanya boleh menyeksa diri, membuang waktu dan memenatkan fizikal dan mental. Adakah kamu seorang yang mempunyai sifat dendam yang tinggi?

Jom kita lihat ciri-ciri seseorang yang mempunyai sifat pendendam : 

1. Berusaha Untuk Menjatuhkan Orang Lain 

Bila berdendam segala apa yang waras sudah menjadi perkara nombor dua. Apa yang kamu mahu hanyalah kehancuran orang yang kamu benci dan berdendam. 


2. Rasa Tak Tenteram Selagi Mana Orang Yang Kamu Benci Itu Tidak Rasa Apa Yang Kamu Rasa

Selepas muncul rasa dendam, fokus perkara penting dalam hidup kamu sudah berubah. Apa yang kamu mahu ialah melihat dia merasai sendiri keperitan yang pernah kamu rasa. Selagi ianya tidak berlaku selagi itulah kamu tidak tenang.


3. Tidak Berfikir Secara Rasional

Bagi kamu bersih atau kotor itu sudah tidak penting. Dan apa yang pada mata zahirnya jelas akan keburukan kamu ketepikan demi mencapai misi kamu iaitu membalas dendam.


4. Misi Utama Kamu Ialah Kehancurannya

Dendam ini amat bahaya dan boleh membuatkan kamu berubah sekelip mata. Bagi pendendam tiada apa yang lebih penting dalam hidupnya melainkan membuat orang dibencinya menderita.


5. Setiap Hari Ada Sahaja Yang Tidak Kena

Bila diri sudah tidak tenang dan sering bergelumang dengan rasa dendam, hati kamu tidak akan tenteram. Ada sahaja yang tidak kena dan membuatkan kamu naik angin hinggakan orang yang tidak terlibat pun terkesan dengan perubahan kamu ini.


6. Hati Menjadi Keras Dan Sukar Memaafkan

Segala kesilapan dia lakukan pada kamu suatu masa dahulu tidak akan pernah kamu maafkan. Walapun dia datang melutut meminta maaf dan memohon keampunan, hati kamu keras. Bagi kamu selagi dendam tidak terlunas selagi itulah kamu tidak akan maafkannya.


7. Sering Membuat Justifikasi Di Atas Segala Perbuatan

Kamu ingin semuanya adil lantaran itu segala apa yang dilakukan pasti ada jutifikasinya; walaupun ia terang-terangan satu perkara yang salah. Berhati-hatilah dengan ciri-ciri tersebut agar kamu tidak menjadi seorang pendendam yang parah.

Jika kamu memiliki salah satu ciri-ciri di atas masih ada ruang untuk kamu berubah menjadi seorang yang redha dan bersifat pemaaf. Jadilah seseorang yang lebih terbuka dan murah dengan rasa rendah diri dan memaafkan orang lain.


SUMBER

Baca Juga : Fakta Menarik Tentang Bayi Yang Jarang Diketahui Orang

Post a Comment

Previous Post Next Post