Penyakit autoimun (AI) ialah penyakit yang menyebabkan sistem imunisasi tubuh seseorang menyerang sel atau tisunya sendiri. Ini berlaku kerana sistem pertahanan badan gagal membezakan sel atau tisu badan dan menanggap sel terbabit sebagai sel asing, sekali gus menyerang pelbagai organ dan tisu.


Apa Itu Sebenarnya Penyakit Autoimun?
Apa Itu Sebenarnya Penyakit Autoimun?
SUMBER 

Sebenarnya sistem imun tubuh adalah sistem yang berfungsi untuk melindungi tubuh daripada ‘ancaman’ yang membahayakan tubuh seperti jangkitan bakteria, virus dan fungus.


Apa Itu Sebenarnya Penyakit Autoimun?


Satu teori menarik dikemukakan seorang pakar penyakit autoimun dari Amerika Syarikat, Dr Stephen B Edelson yang menyatakan penyakit autoimun adalah kombinasi antara faktor genetik dengan persekitaran. Faktor genetik menyumbang pada penyakit autoimun dan dipengaruhi oleh keadaan persekitaran.

Pakar perubatan alam sekitar,  Dr Thomas Nissen, pula berpendapat semua manusia mempunyai faktor genetik yang cenderung pada sesuatu penyakit.

Jika seseorang itu terlampau lama terdedah kepada persekitaran yang tidak baik dan tidak sihat (toksin) ia akan mencetuskan pembentukan radikal bebas dalam tubuh manusia.

Radikal bebas ini akan mengubah pH tubuh manusia yang memudahkan virus, bakteria dan fungus untuk hidup, serta merangsang pembentukan radikal bebas yang berperanan merosakkan sel-sel dalam tubuh manusia. Keautoimunan akan terhasil apabila sistem imun badan bertindak menyerang sel-sel yang rosak ini.

Tanda-tanda seseorang mungkin menghidap autoimun:

1. Susut berat badan

2. Sakit sendi, sakit otot atau kelemahan otot

3. Sukar untuk memberikan perhatian atau tumpuan

4. Ruam yang berulang, amat sensitif pada cahaya matahari, ruam berbentuk rama-rama pada hidung dan pipi.

5. Rasa letih, berat badan bertambah atau tidak tahan sejuk.

6. Rambut gugur ataupun keputihan pada kulit.

7. Kekeringan pada bahagian mata, mulut dan kulit.

8. Kebas pada bahagian tangan dan kaki.

9. Kerap mengalami keguguran

Pencetus Atau Penyebab Autoimun:

Secara khususnya penyebab kepada penyakit autoimun hingga ke saat ini masih belum diketahui meskipun beberapa teori telah diutarakan. Secara amnya penyakit autoimun ini disebabkan oleh faktor-faktor berikut :-

1. Sejarah keluarga yang mempunyai penyakit autoimun.

2. Jantina dan status hormon (75 peratus penyakit autoimun berlaku dalam kalangan wanita)

3. Jangkitan virus atau bakteria

4. Pendedahan pada persekitaran dan bahan kimia toksik

5. Tekanan (stres) dan trauma

6. Merokok

7. Kekurangan nutrisi


Enam daripada 13 penyakit yang berkaitan dengan autoimun antaranya :

1. Alopecia Areata

Penyakit ini berlaku apabila sistem imun pesakit menyerang folikel rambut iaitu struktur tempat tumbuhnya rambut. Ininya akan menyebabkan keguguran rambut yang teruk sehingga menimbulkan tompok-tompok botak pada kepala. Selain masalah pada keguguran rambut, pesakit juga akan merasakan kegatalan atau rasa terbakar pada kulit kepala.

2. Psoriasis

Psoriasis ialah penyakit autoimun yang menyerang kulit. Penyakit ini mempengaruhi sel kulit hingga sel kulit baharu menjadi matang terlalu cepat sehingga sel-sel yang sudah tua tidak gugur menyebabkan penimbunan sel-sel pada permukaan kulit. Ini akan menyebabkan inflamasi, tompokan dan bersisik terutama pada bahagian kulit kepala, lutut, punggung atau pergelangan tangan.

3. Penyakit Grave

Ini adalah penyakit autoimun yang akan menyerang kelenjar tiroid iaitu kelenjar di leher yang boleh mengakibatkan hormon tiroid.

4. Penyakit Hashimoto

Berbeza dengan penyakit Grave, penyakit Hashimoto umumnya menyebabkan kelenjar tiroid kurang aktif (hipotiroid) sehingga tidak menghasilkan cukup hormon tiroid. Gejala yang akan timbul antaranya adalah peningkatan berat badan, gangguan emosional, keletihan tanpa sebab yang jelas, sukar untuk mengingati sesuatu serta mengantuk.

5. Penyakit Celiac

Celiac adalah sejenis penyakit autoimun yang menyerang usus kecil hasil daripada intoleransi terhadap produk gluten iaitu bahan yang terdapat dalam gandum. Ini akan menyebabkan gangguan dalam penyerapan sehingga pesakit tidak mendapat gizi yang mencukupi.

Jika penyakit ini berlaku pada kanak-kanak, boleh menyebabkan gangguan pertumbuhan dan perkembangan. Gejala dapat dilihat seperti penurunan berat badan, ketidakselesaan perut, kembung, cirit dan Anemia.

6. Sistemik Lupus Erythematosu (SLE)

Autoimun sering dikaitkan dengan Sistemik Lupus Erythematosu (SLE). SLE merupakan penyakit autoimun yang melibatkan lebih daripada satu organ. Oleh itu kesan dari penyakit ini amat berbahaya kerana ianya melibatkan banyak organ dan gejala-gejala yang timbul adalah tidak spesifik.

Masih terdapat banyak lagi penyakit autoimun. Sebagai contohnya diabetes mellitus jenis 1, penyakit inflamasi usus, ankylosing spondylitis atau primary billiary cirrhosis. Namun begitu pada dasarnya semua penyakit autoimun adalah akibat  sistem imun pesakit yang menyerang sistem imun pesakit sendiri.

SUMBER

Baca Juga : Apa itu Brain Aneurysm Dan Adakah Ianya Berbahaya ?

Post a Comment

Previous Post Next Post