Persediaan Awal Hadapi Temuduga Kerajaan
Credit Pic : SUMBER
Assalamualaikum dan salam sejahtera, ni first artikel yang nak saya kongsikan kepada pembaca-pembaca semua tentang Persediaan Awal Hadapi Temuduga Kerajaan.

Persediaan Awal Hadapi Temuduga Kerajaan


Disini sy akan listkan perkara2 yang penting sahaja iaitu dari segi Penampilan, File-File dan juga Pengetahuan Am.


1. Penampilan

Seperti sedia maklum, mana-mana interview samada Kerajaan atau Swasta perlulah berpakaian formal.


- Untuk Pakaian Lelaki 

 = Berkemeja berlengan panjang (Kalau boleh cari warna lembut seperti biru muda atau warna putih)
 = Berseluar slack (Jeans dilarang sama sekali ya)
 = Bertali leher (Ikut kesesuaian warna kemeja. Kalau kemeja putih, pakailah tie gelap)
 = Berkasut hitam tertutup (Kasi kilat2 sikit ya kasut tu..:D)
 = Bertalipinggang  (Nampak la sikit kemas)
 = Jam Tangan (Yang ini ikut kehendak masing2 la, x pakai pon x apa)


- Untuk Pakaian Wanita

 = Baju kurung (Pakai hat kosong tau..x perlulah banyak2 corak dan pilih warna yang cerah2 k)
 = Bertudung bagi yang beragama Islam (Jangan sesekali pakai shawl tau, apa jenis shawl pon jangan pakai...ni salah satu kesalahan dari segi penampilan temuduga, Pakai ja tudung bawal..comey dh aih)
 = Beg tangan sederhana kecil (Nanti nak masuk ke bilik IV, tinggalkan diluar ya)
 = Kasut bertutup warna hitam (Jangan sesekali pakai heel naa..kita nak pergi temuduga noh bukan pergi mall tau..nak pakai kasut sedikit bertumit pon boleh tapi dalam satu ke dua inci sudah la)
 = Jam Tangan (Sy lebih suka pakai jam besi, so kalau anda x nak pakai jam pon x apa..tapi sy lebih syorkan pakai la..Nampak wow2 gitu kah...Cincin dan gelang tu x perlu la nak pakai ..habis Iv haaa...melawa la sampai balik :D)


2. Persediaan File 

Dokumen-dokumen yang perlu anda bawa nanti adalah seperti berikut Sijil-Sjil Original, Salinan Fotostet Sijil Dan Resume Bergambar. (Nak bawa sekali surat panggilan temuduga pon boleh sebagai rujukan)

Disini sy akan detailkan apa yang perlu dibawa sama ada dokumen ASAL mahupun SALINAN. 

 = Kad pengenalan, lesen memandu dan sijil kelahiran (Mana2 jawatan pon akan mintak 3 benda ni, so jangan x bawa pulak naahh) -> Buat Salinan
 = Sijil SRP/PMR/PT3 (kalau dh mintak jawatan PMR, wajib la bawa nooh) -> Buat Salinan
 = Sijil SPM (Yang ini sebagai backup ja, better bawa la..x bawa kang panel tanya mcm2 lak) -> Buat Salinan
 = Sijil Kegiatan luar (Yang ini, kalau ada sijil2 penyertaan ka, penghargaan ka, menang apa2 ka..elok la bawa) -> Asal Sahaja
 = Resume Bergambar (Resume ni kalau nak cantik molek buat sehelai sudah la..kasi padat dan ringkas maklumat tentang diri, letak sekali gambar dlm resume tu haaa...huahuhaa gambar tu kalau boleh hat lawa2 noh..gambar pakaian formal)

* Kalau Iv jawatan PMR ..bawa PMR dan SPM sudah la. 
* Kalau Iv jawatan SPM .. boleh bawa sampai tahap Diploma atau STPM ja.

# Sijil Ori letak dlm file holder manakala yang salinan tu x perlu letak dlm file ...just clipkan ja bersama resume.


3. Pengetahuan Am

Setiap orang akan ditanya pasal pengetahuan am ni..so jangan la pi goreng benda2 fakta ni noh. 

Misalnya sebagai contoh, temuduga jawatan di Kementerian Kesihatan, anda perlu tahu :
- Siapa Menteri Kesihatan berserta Timbalannya (Ni jangan main2 noh...kalau menteri tu ada gelaran doktor, kena sebut sekali gelaran Dr.
- Moto KKM
- Tugas jawatan yang anda temuduga (Tugas2 ni better jumpa terus org yang menjawat jawatan tersebut, nampak la sikit skop tugas dia mcm mana..selain itu nampak juga keinginan nak kerja tu)
- Isu-Isu semasa (Kalau nak selamat, ambil tahu pelbagai bidang..sukan ka, penyakit ka,isu negara ka..benda2 yang viral la senang cita...pasal artis tu x yah la :P hahaha)

* Disini sy nak ingatkan, kalau yang baru pertama kali temuduga tu, andai anda x tahu tmpt yg akan anda ditemuduga tu eloklah survey siap2 kat mana, takut kalut datang iv penat2 lak cari tmpt temuduga.
Sampai situ sahaja la, perkongsian saya kali ini, di lain entri saya akan kongsikan pengalaman2 temuduga yang pernah saya dapat.

Saya berharap dengan sedikit perkongsian ini, anda dapat membuat persediaan awal bagi menjalani sesi temuduga akan datang.


Baca juga : Contoh Soalan Psikometrik SPA 2019

3 Comments

  1. Assalamualaikum, maaf bertanya resume perlu dlm bahasa melayu atau english? Dan dokumen perlu mendapatkan pengesahan ke? Terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikummussalam...Resume dalam bahasa Melayu ja....dan dokumen tu pula...x perlu pon buat pengesahan...tapi juga x salah nak buat pengesahan...kalau sy...cop ja pengesahan tu.

      Delete
  2. kalau ambik jawatan untuk diploma? sijil pmr perlu bawak ke?

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post