Kenapa Kebanyakan Kawan Perempuan ‘Okay’ Berjalan Berpegangan Tangan Sesama Mereka?

Sedangkan bila lelaki berpegangan tangan, akan rasa geli dan nak muntah. Silap-silap, dilabel ‘gay’. Tetapi mengapakah ianya berlainan pula bagi pihak perempuan? Seolah-olah, berpegangan tangan sesama mereka itu salah satu cara untuk ekspresikan rasa saayng sesama kawan, tidak pula dilabel ‘lesbian’.

Mengapa Perempuan Lebih Suka Berpegangan Tangan Sesama Mereka Berbanding Lelaki?
Mengapa Perempuan Lebih Suka Berpegangan Tangan Sesama Mereka Berbanding Lelaki?
Credit Pic : SUMBER


Menarik kan?

Mengapa Perempuan Lebih Suka Berpegangan Tangan Sesama Mereka Berbanding Lelaki?

Semuanya tak lain dan tak bukan, daripada perbezaan sensitiviti kulit lelaki dan wanita itu sendiri.

Wanita mempunyai sensitiviti kulit yang lebih tinggi berbanding lelaki, malah dibuktikan dengan sebuah kajian, di mana ‘subjek’ lelaki yang mempunyai sensitiviti yang paling tinggi sekali pun, masih kurang sensitif berbanding ‘subjek’ wanita yang paling kurang sensitif dalam eksperimen tersebut. Kerana kulit wanita lebih nipis berbanding lelaki.

Dalam badan kita, ada sebuah hormon bernama ‘Oxytocin’ yang berfungsi untuk aktifkan perasaan mahu disentuh, dan menjadikan deria sentuhan kita lebih sensitif.

Seperti anda boleh kaitkan, wanita yang lebih sensitif kulitnya, mempunyai hormon ini lebih banyak daripada lelaki, menjadikan perasaan mereka untuk perlu sentuh, pegang, pimpin tangan dan sebagainya, lebih kuat berbanding lelaki.

Tahukah anda?

Wanita itu 4 hingga 6 kali ganda lebih banyak bersentuhan dengan wanita lain dalam perbualan sosial mereka, berbanding lelaki dengan lelaki lain.

Oleh itu, tidak pelik lah mereka selesa untuk berpegangan tangan, pimpin lengan dan laga pipi, sedangkan sesama lelaki, nak jalan pimpin tangan pun sudah rasa ‘elektrik’ nya!

Tip mahu lebih mesra dengan ahli keluarga perempuan, atau isteri dan anak?
Banyakkan sentuh mereka melalui salaman, pelukan dan belaian.

SUMBER

Baca Juga : Kesalahan Yang Kerap Dibuat Oleh Ibu Bapa Dalam Menidurkan Anak

Post a Comment

Previous Post Next Post