Pernahkah ketika membawa anak ke klinik kesihatan, anggota kesihatan memberitahu bahawa anak anda mengalami bantut?

Cara Mencegah Anak Anda Daripada Pembesaran Terbantut (Masalah Ketinggian)
Cara Mencegah Anak Anda Daripada Pembesaran Terbantut (Masalah Ketinggian)
Credit Pic : SUMBER

Apa itu BANTUT?

Cara Mencegah Anak Anda Daripada Pembesaran Terbantut (Masalah Ketinggian)


Bantut ialah masalah ketinggian yang tidak seiring dengan usia. Dalam kata lain, pendek atau rendah berbanding rakan seusianya. Ia ditentukan berdasarkan ukuran panjang atau tinggi dengan umur kanak-kanak. 

Mungkin ada dalam kalangan kita yang beranggapan :

“Ibu bapa pun rendah. Sebab itu anak bantut”

Ya, faktor genetik boleh menjadi penyebab bantut namun ia tidak selalunya benar dalam semua kes. Punca utama bantut ialah disebabkan oleh masalah kekurangan zat yang kronik di awal usia. 80% pertumbuhan anak anda bergantung kepada apa yang dialami pada 1000 hari pertama kehidupan iaitu sejak dari dalam kandungan sehingga berusia 2 tahun. 

Kurang berat badan berbanding usia bermaksud anak anda mengalami kekurangan zat makanan (KZM). Berat yang kurang dalam jangka masa yang lama menyebabkan tubuhnya bukan sahaja tidak cukup zat untuk membesar, malah tidak cukup untuk meninggi. Jangan terkejut sekiranya anda menjumpai ibu bapa yang tinggi namun anaknya bantut.

Oleh itu, sekiranya anda merupakan ibu bapa yang rendah, anda mempunyai peluang untuk mempunyai anak yang tinggi dengan memastikan amalan pemakanan sihat dimulakan dari awal !!!

Cegah BANTUT dengan cara :

✅ Pastikan kenaikan berat mengikut saranan sewaktu kehamilan
✅ Pastikan bacaan darah atau Hb sewaktu hamil, 11.0 gm% dan ke atas
✅ Berikan susu ibu sahaja (secara eksklusif) kepada bayi dari lahir hingga berusia 6 bulan.
✅ Mulakan makanan pelengkap pada usia 6 bulan.

Beri makanan mengikut tekstur dan kekerapan yang disarankan. 
Elak beri kopi, teh dan kola kepada anak yang sedang membesar. (Ia boleh menghalang penyerapan kalsium yang penting untuk tulang)

✅ Dan yang paling penting, PASTIKAN BERAT, PANJANG/TINGGI DAN BMI ANAK ADA SESUAI DENGAN USIA. Bawalah anak ke klinik kesihatan mengikut temu janji yang ditetapkan untuk pemantauan berterusan. 

Yang telah lepas, biarlah lepas. Marilah kita menjaga generasi yang akan datang – anak Malaysia yang bakal lahir atau sedang membesar. Jagalah pemakanan anak-anak dari awal. Cegahlah sebelum merana. Agar anak anda membesar cergas dan sihat sentiasa. 



Post a Comment

Previous Post Next Post