Koleksi Soal Jawab Agama
Hukum Menggunakan Selipar Tandas Dalam Kawasan Rumah Credit pic : SUMBER |
Hukum Menggunakan Selipar Tandas Dalam Kawasan Rumah
Soalan :Jika seseorg keluar dari tandas dan menggunakan selipar tandas tersebut di seluruh kawasan rumah, adakah kawasan yg dilalui selipar tersebut menjadi najis? Jika ya, bagaimana cara mensucikannya?
Jawapan :
Jika yakin bahawa selipar yg digunakan itu terkena najis maka kawasan yang dilalui itu juga bernajis. Cara membersihkan najis tersebut ialah dengan :
1. Menghilangkan najis
2. Membasuh dengan mengalirkan air mutlak ke kawasan yg dikenalpasti dan pastikan hilang 3 perkara berikut dengan basuhan tersebut :
a) Warna
b) bau
c) rasa
Walaubagaimanapun, jika tertinggal salah satu daripada warna, bau atau rasa, sukar dihilangkan meskipun telah digosok dan dibasuh dengan air beberapa kali, maka ia dimaafkan dan dikira sebaai suci. Dicadangkan agar menggunakan selipar yg berlainan untuk kegunaan di bilik air dan di luar bilik air.
SUMBER
Post a Comment