Unrequited love atau cinta tidak terbalas adalah satu momen yang saya percaya ramai mengalaminya. Lagi-lagi diusia muda, bila sudah mula merasa kehangatan cinta dan berakhir dek kerana si dia tidak punya rasa yang sama. 


Cinta Tak Berbalas Sebenarnya Mengajar Anda Erti Kesetiaan Sebenar
Cinta Tak Berbalas Sebenarnya Mengajar Anda Erti Kesetiaan Sebenar
Credit Pic : SUMBER

Namun tanpa anda sedari hal atau keadaan ini adalah baik untuk anda tanpa anda merasakannya.

Cinta Tak Berbalas Sebenarnya Mengajar Anda Erti Kesetiaan Sebenar


1. IA MENGAJAR ANDA UNTUK BERHADAPAN DENGAN ‘REJECTION’

Bagi saya ‘unrequited love’ itu adalah salah satu istilah penolakan. Si dia tidak bermaksud untuk menyakiti hati anda, tetapi secara jujurnya dia tidak merasa hal yang sama. Benar, getting turned down for a date stings, tetapi bila cinta anda ditolak, it’s painful. 

Berhadapan dengan kemelut sebegini bakal mengajar anda untuk lebih mudah berhadapan dengan ‘rejection’ dan menjadikan anda lebih kuat untuk terus kehadapan.


2. MEMAKSA ANDA UNTUK MEMPERBAIKI DIRI SENDIRI

Jika anda rasa anda perlu mengubah diri anda supaya menjadi wanita/lelaki ideal buat si dia anda salah. Stop doing it for them and start doing it for yourself! Di dalam fasa ini anda akan meneroka  bahagian yang kurang dalam diri anda dan memaksa diri untuk menjadi versi yang lebih baik dari sebelumnya, bukan kerana si dia tetapi untuk diri anda sendiri.


3. FAHAMI APA SEBENARNYA YANG MEMBUATKAN ANDA GEMBIRA

Salah satu cara untuk melupakannya adalah dengan melawan semula dengan perkara yang anda suka. Saya tidak bermaksud dengan sepotong kek, satu sudu ice cream atau ‘stalking’ si dia di Facebook, tetapi immerse yourself in hobbies! Inilah masa untuk menghabiskan masa bersama teman rapat anda dan melupakan kemurungan dengan memulakan sesuatu perkara yang sudah lama anda idam-idamkan.


4. MENJADIKAN ANDA LEBIH BERJAGA-JAGA

Belajar dari kesilapan yang lepas. Kali ini anda bakal menjadi lebih berhati-hati sebelum memulakan hubungan dengan seseorang. Anda akan mengenali si dia dengan lebih mendalam dan ketahui bahawa si dia memiliki atau menyimpan perasaan yang sama sebelum memulakan hubungan. Ia akan mengambil sedikit masa tetapi anda tidak akan menyesal di kemudian hari.


5. MEMPERBAIKI TAHAP KEYAKINAN DIRI DAN HARGA DIRI

You loved, you lost and you survived! Anda akan merasa lebih yakin dan kuat bila cinta anda ditolak. Inilah masanya untuk memperbaiki apa yang kurang, menjadi lebih cantik/handsome dan menarik dari sebelum ini. 

MAHU PIKAT LELAKI IDAMAN ANDA > KLIK DISINI <


Anda bakal menghargai diri anda di kemudian hari, winning the battle dan bangun semua dari kemelut cinta tidak berbalas menjadikan anda lebih berkeyakinan dan percaya pada diri anda sendiri.

Panduan Menangani Karenah Suami Yang Bermasalah > Klik Disini<

Akhir sekali, it’s not the end of the world, mencintai seseorang tidak bermaksud si dia juga mencintai anda semula. Jangan biarkan ia menjadi tekanan dalam diri anda, sebaliknya nikmati kebaikan dalam kemelut ini agar anda dapat memperbaiki diri dan menjadi lebih baik di masa akan datang.

SUMBER

Baca Juga : Sebab-Sebab Mengapa Lelaki Gemar Membalas Mesej Pendek Dan Lambat

Post a Comment

Previous Post Next Post