Mungkin anda pernah melalui zaman kenakalan semasa kecil-kecil dulu bukan? Jika di fikir-fikir ia menjadi salah satu kenangan yang tidak mungkin kita lupakan. Namun perkara tersebut jika tidak di bendung dengan cepat, kemungkinan ia boleh mendatangkan kesan buruk pada seseorang.
Ketahui Punca-Punca Seseorang Anak Itu Menjadi Degil Credit Pic : SUMBER |
Ibu bapa, kakak, abang atau sesiapa sahaja mungkin pernah membebel jika ada yang salah. Bukan hanya kanak-kanak saja yang mengalami perkara tersebut, pada orang dewasa juga sering dimarahi disebabkan sifat degil dan tidak mendengar kata orang lain.
Ketahui Punca-Punca Seseorang Anak Itu Menjadi Degil
Bahkan ada yang membuat alasan sendiri kenapa kita tidak mahu mendengar kata dan juga degil? Di sini kami kongsikan dengan anda apakah sebab utama yang menyebabkan seseorang menjadi degil dan tidak mendengar kata. Semua pihak harus mengambil peranan diri sendiri tidak kira kanak-kanak, remaja, dewasa ataupun orang tua.
Mari kita lihat sebab utama kenapa seseorang itu mudah menjadi degil dan tidak mendengar kata. Jom kita semak sebabnya di bawah.
1. Masa
Sebab utama seseorang menjadi degil adalah disebabkan oleh masa. Pada mereka yang masih duduk bersama ahli keluarga tambah lagi ibu bapa jarang meluangkan masa dengan anda.
Jika anda terlihat contoh kakak atau abang yang degil dan tidak mendengar cakap, mungkin itu disebabkan oleh mereka sudah rasa penat dan langsung tidak mempunyai peluang untuk membuat keputusan mereka sendiri. Kadang mereka bersikap acuh tak acuh dan malas nak dengar apa-apa.
2. Tekanan
Sesetengah mereka yang selalu mengalami gangguan dan tekanan dalam kehidupan seharian mereka disebabkan oleh kenkangan masa dan terlalu sibuk menjadi salah satu sebab seseorang menjadi degil dan tidakmendengar kata. Jika sedang dalam keadaan marah, sebaiknya anda diamkan diri dan jangan sesekali melepaskan amarah anda kepada orang lain.
3. Pemakanan
Terlalu banyak makan lepas itu malas buat kerja itulah yang membuat seseorang degil dan tidak mendengar kata. Baik mengaku awal jika anda salah seorang yang mempunyai perangai seperti ini. Oleh itu kita disarankan untuk menjaga pemakanan supaya tidak menjadi malas bila membuat kerja ataupun aktiviti.
4. Selamatkan Diri
Lain pula jika anda mempunyai perangai yang ingin menyelamatkan diri dari sesuatu kerja yang disuruh sehinggakan anda sanggup buat-buat pekak dan tidak dengar. Perangai ini tidak bagus sama sekali. Sebaiknya jika di suruh anda terus lakukan dan tolong kerja yang perlu dibuat itu. Jangan terlalu berkira dan degil. Jika sering di layan itu boleh menjadi kebiasaan sehingga ramai orang tidak menyukai anda.
5. Kurang Perhatian
Sebab utama individu yang kurang perhatian adalah bila anda inginkan kasih sayang dan pada masa yang sama kekurangan perhatian dari orang yang anda harapkan, itu menjadi punca sering tidak mendengar kata dan degil. Pada masa yang sama, anda ingin membalas kembali apa yang telah anda rasakan.
Jadi sekarang sudah pasti anda sudah ketahui apa faktor seseorang bersikap degil dan tidak dengar kata. Paling penting, kedua-dua pihak haruslah faham keadaan semasa sendiri dan jangan sesekali meletakkan salah kepada orang lain. manusia tidak akan dapat mengelak perkara yang boleh mendatangkan amarah dan rasa serabut. Cuba elakkan diri anda dari terpengaruh dengan orang yang sedang dalam mood tidak elok.
SUMBER
Baca Juga : Kesalahan Yang Kerap Dibuat Oleh Ibu Bapa Dalam Menidurkan Anak
Post a Comment