MySejahtera merupakan satu aplikasi yang dibangunkan oleh Kerajaan Malaysia untuk membantu raykat Malaysia dalam pengawasan penularan wabak COVID-19 di dalam negara dengan membolehkan pengguna melaksanakan penilaian kesihatan kendiri. 

Bagaimana Mysejahtera Membantu Anda Dalam Pencegahan Covid-19?
Bagaimana Mysejahtera Membantu Anda Dalam Pencegahan Covid-19?
Credit Pic : SUMBER

Pada masa yang sama, ianya juga dapat membantu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mendapat maklumat awal untuk mengambil tindakan yang cepat dan berkesan.

Bagaimana Mysejahtera Membantu Anda Dalam Pencegahan Covid-19?

1) Carian Kontak

Jika anda terdapat kontak dengan individu COVID-19, atau anda pernah check-in ke premis positif COVID-19 yang berdaftar dengan Mysejahtera anda akan mudah untuk dihubungi oleh KKM. 


2) Menilai Faktor Risiko Diri

Jika anda mempunyai risiko rendah, anda mungkin selamat daripada COVID-19. Jika anda mempunyai risiko tinggi, saranan kesihatan atau langkah seterusnya akan diberikan (seperti Saringan dsb). 


3) Hotspot

 Mengesan kes di sekitar kawasan anda. Anda boleh amalkan langkah pencegahan yang lebih dan bersedia jika ada kes positif di tempat anda


4) Individu kuarantin

Semua individu yang dikuarantin disarankan untuk memuat turun apps agar mereka dapat dipantau seperti gejala dan kontak rapat. Jika anda yang tidak dikuarantin memuat turun apps ini juga ianya boleh membantu dari segi carian kontrak dengan individu yang dikuarantin. Jangan lupa muat turun Mysejahtera.



Post a Comment

Previous Post Next Post