Bagi mengurangkan beban pengguna domestik TNB ekoran peningkatan bil elektrik semasa tempoh PKP, Bantuan Prihatin Elektrik telah diumumkan. Dana bantuan ini dibiayai oleh Kerajaan menerusi Kumpulan Wang Industri Elektrik (KWIE), Kementerian Kewangan dan Tenaga Nasional Berhad (TNB).

Bantuan Prihatin Elektrik (BPE) Untuk Semua Rakyat Malaysia
Bantuan Prihatin Elektrik (BPE) Untuk Semua Rakyat Malaysia
Credit Pic : SUMBER


Bantuan ini adalah tambahan kepada diskaun bil elektrik di bawah Bantuan Prihatin Elektrik yang telah dilaksanakan sejak 1 April 2020 dan akan disalurkan melalui bil elektrik bulan Julai 2020. 

Bantuan Prihatin Elektrik (BPE) Untuk Semua Rakyat Malaysia


Jika pengguna telah membuat bayaran bagi bulan April, Mei dan Jun, lebihan bayaran untuk ketiga-tiga bulan tersebut akan ditolak daripada bil bulan Julai.

Bantuan Prihatin Elektrik (BPE)

BPE adalah pakej bantuan tambahan yang diberikan oleh Kerajaan Malaysia bersama TNB kepada semua pelanggan domestik dalam bentuk manfaat penggunaan elektrik percuma sehingga RM77 sebulan, bersamaan penggunaan elektrik sehingga 300kWj pertama untuk tempoh 3 bulan pelaksanaan PKP.

Di samping itu, bagi pengguna domestik yang menggunakan elektrik di antara 601 – 900 kWj sebulan akan menikmati diskaun tambahan sebanyak 10% iaitu tambahan 8% daripada kadar diskaun sedia ada sebanyak 2% mulai bulan April 2020 hingga September 2020.

Pelanggan tidak perlu membuat semakan kelayakan kerana BPE akan diberikan secara automotik kepada semua pelanggan domestik.

Bantuan ini merupakan tambahan kepada diskaun elektrik di bawah Pakej Ransangan Ekonomi (PRE) sedia ada dan akan dimasukkan secara sekaligus dalam bil Julai 2020.

Untuk penggunaan elektrik di antara 601 - 900 kWj sebulan, diskaun tambahan 8% akan diberikan bermula April hingga September 2020.

SUMBER

Baca Juga : Betul Ke Penjawat Awam Boleh Memiliki Empat Buah Rumah?

Post a Comment

Previous Post Next Post