Semua orang tahu, perkahwinan adalah sesuatu yang indah. Namun sebelum melayari bahtera perkahwinan, perlu ada cara dan langkah yang tertib demi menjamin kebahagiaan yang berkekalan.

Tips Berjumpa Dengan Bakal Mertua Buat Pertama Kali
Tips Berjumpa Dengan Bakal Mertua Buat Pertama Kali
Credit Pic : SUMBER

Ia juga sebagai memohon restu daripada pihak keluarga mentua agar mendapat keizinan anda dalam menjalin kemesraan antara dua pihak. Usah bertangguh lagi, Jom ikuti tips bertemu calon mertua ini :

Tips Berjumpa Dengan Bakal Mertua Buat Pertama Kali


1) Buat Perancangan

Benda paling penting tapi ramai lupa and ambil mudah
faktor masa ni benda paling penting sebab ini akan menentukan keadaan & suasana pertemuan tu.

Elakkan pertemuan secara mengejut, pilihlah waktu yang sesuai seperti pada waktu hari raya, kenduri kahwin saudara atau sewaktu dengannya, kalau gementar, jumpalah pada waktu petang untuk sesi hi-tea adalah yang terbaik. 
(untuk lebih adab, biar pasangan yang aturkan pertemuan tu, kita ikut je).


2) Pakai Pakaian Sopan

Yang perempuan jangan pakai ketat-ketat okay! Pilihlah pakaian yang sopan & ikut keselesaan masing-masing. Baju kurung antara pilihan yang terbaik.

Yang lelaki jangan lupa potong rambut, kemaskan misai & janggut tu sikit, baju tu jangan pakai gambar tengkorak pulak !! Cari yang elok sikit.


3) Bawa Buah Tangan

Cukuplah sekadar bawa buah-buahan atau kuih-muih ataupun kek untuk buatkan mereka rasa dihargai.

Tak payahlah sampai bagi set tudung goshop kat mak mertua, telekung siti khadijah pun not now ok. Nanti dorang fikir kita nak 'beli' mereka pulak (Jangan nampak sangat, Hahahaha !! Susah sangat tanya pasangan nak beli buah apa, apa yang keluarga dia suka).


4) Pandang Bersembang Dan Mesra

Bila dah sampai rumah mereka, jangan la senyum je dari awal sampai balik, gurau-guraulah sikit & buat aktiviti-aktiviti dengan keluarganya, sedar tak sedar boleh hilang gugup tu nanti.

Elakkan berbual perkara-perkara sensitif seperti politik dan jangan bercerita tentang kehebatan diri korang pulak. Sembang lebat sampai ternganga pulak org tua tu. Hahahah !!!

Mudah kata, jadi pendengar yang baik, tak tahu jangan buat-buat tahu sampai korang cerita gebang gajah pun boleh terbang !!!


5) Selitkan Pujian

Bila dah makan tu kalau boleh, pujilah sikit makanan tu atau tanya something yang berkaitan, contohnya...Sedap lauk ni, makcik masak ke? Masak apa ni?

Lepastu kalau tak sedap pun, nak tak nak korang kena makanlah juga walaupun tak banyak.. insyaAllah mesti dorang happy !!! Lagi-lagi korang puji Hahahahha.


6) Ringan Tulang

Bagi perempuan, lepas makan janganlah berat tulang nak bersihkan pinggan mangkuk, tak salah korang masuk dapur dan tolong cuci apa yang patut. Time ni lah waktu korang tunjukkan korang salah seorang wanita melayu terakhir yang wujud. Hehe, setidaknya inilah peluang korang nak rapat dengan bakal mak mertua kan.

Untuk lelaki, kalau ada kenduri buat-buatlah rajin tolong goreng ayam ke, kalau ada keramaian, ringankan tangan angkat makanan/dulang pada tetamu.

Mesti ada orang bisik, "Eh, siapa pulak tu yang rajin angkat hidang tu. Tak pernah nampak pun". Ishh rajinnya budak ni. (
Haa kalau bakal mak pak mertua dengar mesti tersengeh-sengeh dorang kahkahkah).


7) Ada Pengetahuan Agama

Terutamanya lelaki, jangan sampai bakal mertua suruh baca doa makan engko melopong pulak, naya pak karim woi hahahha.

Nak pulak masuk waktu, dia suruh korang jadi imam.. waduh time tulah ko buat-buat ada hal emergency, jangan buat hal la.

So setidaknya, korang bersedia untuk benda-benda basic !! Barulah bakal mertua korang yakin dengan korang nak jaga anak dia kan.

Yang perempuan pulak, kalau korang bukan wanita bertudung sekalipun atleast jaga tingkah laku, pakai pakaian sopan bertutur dengan tutur kata yang elok.. tapi takdelah sampai nak berpuitis bagai .


8. Kenal Dengan Adik Beradik Ipar

Yang terakhir, cubalah untuk bercakap dengan adik beradik pasangan juga, atau sekurangnya tegur dengan sapaan bang... Kak.. dik.. and senyum.. gitteww hahaha yeahh.

Muka tu jangan mendung macam hari nak hujan pulak, murahkan skit senyuman tunjukkan ekspresi muka yang ceria tak kesahlah muka kau bengis macam hulk sejak lahir ke, belajar untuk senyum ok. 

Semoga berjaya !!!



Post a Comment

Previous Post Next Post