'' Program minda atau cuci minda --> Paling baik pada waktu malam sebelum tidur, senyum, pejam mata dan katakan di dalam hati : 
Ya Allah, cuci otak aku, cuci hati aku, esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif dan positif

Himpunan Kata-Kata Terbaik Motivasi Dr Fadzilah Kamsah


Menurut kajian psikologi yang dilakukan, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokkan harinya.


Himpunan Kata-Kata Terbaik Motivasi Dr Fadzilah Kamsah
Himpunan Kata-Kata Terbaik Motivasi Dr Fadzilah Kamsah
Credit pic : SUMBER


Kata-kata motivasi ini dipetik dari artikel motivasi bertajuk 17 Petua Mencuci Hati karya asal oleh Dr Fadzilah Kamsah.

- Hati yang bersih memancarkan gelombang positif yang amat kuat, lantas memperngaruhi orang sekeliling dan situasi-situasi menjadi positif sama. Sebaliknya, hati yang kotor akan memancarkan gelombang negatif yang amat kuat, menukarkan orang-orang sekeliling menjadi negatif juga membuat situasi-situasi pada saat kita berada itu menjadi negatif.

Kesannya, kita akan murung, tertekan, tiada kegembiraan dan menjalani hidup penuh dengan tekanan. Nak bahagia, nak berjaya, nak gembira, kita perlu ubah persekitaran kita menjadi positif. Kita boleh ubah semua itu bermula dengan rajin-rajinkan diri mencuci hati dengan memprogramkan minda 7 saat sebelum kita tidur.

Ketika hati sedih, kita perlu untuk memilih. Pilihlah untuk senyum walaupun kita memiliki sebab untuk muram dan bersedih. Pilihlah untuk bangkit walaupun kita telah jatuh serta mendapat malu. Andai ada 2 pilihan antara sabar dan redha, pilihlah keduanya walaupun kita ada alasan untuk kecewa...kerana ingatlah, Allah sentiasa bersama orang yang bersabar. 

SUMBER

Post a Comment

Previous Post Next Post