Rezeki, ajal mau dan jodoh semuanya di tangan Tuhan. Tidak ada satu pun yang kita boleh nafikan tentang ketentuan ini.

Tapi kenapa bilamana jodoh kita lambat sampai, semua dah kelam kabut tak tentua arah dan dikir yang bukan-bukan. kenapa x ada org yg nakkan aku? Buruk sangat ke aku ni?


Sebab-Sebab Jodoh Kita Lambat Sampai?
Sebab-Sebab Jodoh Kita Lambat Sampai?
Credit pic : SUMBER


Hanya segelintir sahaja imdividu yang single memikirkan hal ini. Sebenarnya ada beberapa faktor mengapa jodoh seseorg itu berat dan lambat sampai.


Sebab-Sebab Jodoh Kita Lambat Sampai?


Sebab-Sebab Jodoh Lambat Sampai Ialah : 

1. Usaha Belum Sempurna

Walaupun dah cuba berusaha, tapi usaha yang dilakukan itu belum ckup sempurna. Sebagai contoh, kita telah berusaha mencari jodoh tetapi kita berhenti pada usaha yang ke 99. Sedangkan mungkin Allah hendak berikan jodoh kepada kita pada usaha yang ke 100.


2. Terlalu Memilih

Nak yang cantik, handsome, kulit putih, gebu atau pun tinggi lampai. Kiranya tasete x nak kalah la. Macam mana jodoh nak lekat kalau memilih sangat? Dah kalau si hitam manis yang suka anda, nak tunggu juga ke si putih gebu masuk minang? Fikir-fikirkanlah ya.


3. Tidak Berdoa

Bila dah usaha, jangan lupa pula untuk berdoa. Kalau solat pun malas, apa lagi nak berdoa kan? Dekatkan diri dengan agama dan ikut segala perintahnya. Dengan berdoa, Insha-Allah semua masalah dapat diselesaikan.


4. Tiada Daya Penarik

Diri kita diibaratkan magnet kepada pasangan mahupun orang lain. Cara untuk meningkatkan power magnet ini adalah dengan mengisi cas-cas positif iaitu tidak mempunyai perasaan hasad dengki atau marah kepada orang lain. Sabar dan banyakkan beristighfar kerana dengan mengamalkan istighfar, ia dapat mencuci segala karat di dalam hati.


5. Tidak Dapat Restu Ibu Bapa

Mungkin ibu ayah belum bersedia melepaskan anak mereka. Emak mana tidak mahu melihat anaknya berkahwin tetapi di lubuk hati masih tidak benar-benar mahu melepaskan anaknya, Tapi jangan pula kerana ini, anda hilang hormat pada kedua ibu bapa anda.


6. Yang Baik Selalunya Datang Lambat

Pernah dengarkan statement ini ? Orang tua-tua selalu berpesan jdooh yang baik datang lambat sebabnya seseorg itu mementingkan kesempurnaan dan dia akan mencari dan terus mencari.

Kekadang ramai sangat orang yang terjatuh hati dekat kawannya sendiri. Lepas itu tak nak luahkan sebab takut hilang persahabatan.

Sabar la ya...Mungkin jodoh anda pun tengah membaca artikel ini. Sama-samalah berdoa.


SUMBER


Baca juga : Cara Mudah Dan Berkesan Untuk Melupakan Seseorang Dalam Tempoh Singkat

Post a Comment

Previous Post Next Post